HIASAN gula sering dijadikan sebagai penghias atau dekorasi kek dan manisan ini sememangnya boleh dimakan. Namun, video aksi sekumpulan enam pelajar menghempas beberapa hiasan gula ke lantai sehingga pecah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya. Menerusi perkongsian di laman sosial, rata-rata netizen terkejut dengan tindakan itu dan mempersoalkan kenapa ia tidak dimakan, malah tidak patut dihancurkan begitu saja. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja terduduk saksikan 'tragedi' berpuluh kek cair di kedai, bos suruh buang... jangan sedekah atau makan! ARTIKEL BERKAITAN: Misteri kek terbelah 3 ketika adik ipar menjerit... lebih aneh pelanggan repeat order - "Saya menggigil trauma, dugaan apakah ini?" Seorang pelajar, Soh Chi menjelaskan bahawa hiasan gula atau sculpture gula itu merupakan tugasan amali mereka dalam pengajian Diploma Patisserie di Kolej Komuniti Kuala Kangsar di Kuala Kangsar, Perak. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurutnya, sculpture gula sering kali dijadikan sebagai pameran seni untuk dipertontonkan kepada khalayak sempena musim perayaan, pameran atau di majlis-majlis besar. Berhubung video yang tular, dia dan lima rakannya mempunyai alasan sendiri kenapa ia tidak dimakan sebaliknya dipecahkan sebelum ia dibuang. "Kami pamer (sculpture gula) tanpa ditutup dalam satu bilik. Sesetengah bahagian sculpture gula tu dihasilkan tanpa pakai sarung tangan, kiranya tak bersih jadi tidak digalakkan untuk makan. "Keduanya, gula dan coklat dalam hiasan tu adalah bahan yang sensitif, mudah berubah tekstur mengikut suhu dan kelembapan di sesuatu tempat," katanya kepada mStar sambil menambah ia sudah dibiarkan terdedah selama dua bulan. Soh Chi (kiri) dan rakan menyiapkan sebuah sculpture gula. Mengenai sculpture gula di dalam video itu, gadis berusia 24 tahun itu berkata, ia bertemakan 'The Sea' (Lautan) dan 'Fairy Tale' (Cerita dongeng), untuk pameran seni gula dan seni coklat. Disebabkan cuaca dan suhu susah ditetapkan, dia berkata, tekstur sculpture gula itu telah berubah dan kurang berkilat sehingga kelihatan kurang cantik. Sculpture gula memerlukan kerja sepasukan. "Sebenarnya, sculpture gula tu boleh je terus buang kat tong sampah. Tapi kami memilih untuk pecahkannya terlebih dahulu sebelum buang. "Kalau terus buang dalam tong sampah nampak macam sampah je, tapi ia adalah kenangan setelah kami hasilkannya dengan cantik. "Teknik hempas bertujuan untuk melepaskan perasaan dan tekanan. Kami rakam video bagi nampak lain daripada yang lain," ujarnya yang mengikuti pengajian dalam semester akhir. Beberapa sculpture gula yang dihasilkan sekumpulan pelajar. Selain faktor kebersihan, pelajar berasal dari Johor Bahru itu dan rakan-rakannya juga tidak makan sculpture gula berkenaan kerana teksturnya yang keras. "Sculpture gula ini lebih kurang kerasnya seperti gula lolipop. Saya rasa orang makan gula lolipop dengan cara menjilat dan bukannya gigit. Kami pamer sculpture gula tanpa ditutup dalam satu bilik. Sesetengah bahagian dihasilkan tanpa pakai sarung tangan, kiranya tak bersih jadi tidak digalakkan untuk makan. SOH CHI "Jika gigit memang bahaya sebab ada risiko gigi akan patah,” tambah anak sulung daripada lima beradik itu. Mengenai dua sculpture gula tersebut, Soh Chi yang bercita-cita untuk bergelar cef pastri berkata, mereka mengambil masa antara seminggu dan dua minggu untuk menghasilkannya. Soh Chi (dua, kiri) dan rakan-rakan bersama salah satu sculpture gula yang dihasilkan. "First time kami buat dan hasilnya menjadi. Kami cuba dan berlatih banyak kali. (Kepingan) yang terbaik kita lekat pada sculpture gula sehingga siap. "Rasa puas sangat. Kami bangga berjaya menyiapkan tugas ini. Bermula dari lakaran, kami menghasilkannya mengikut perancangan dalam tempoh yang ditetapkan," katanya. Video sculpture gula yang dimuat naik Soh Chi di aplikasi TikTok meraih lebih 600,000 tontonan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI