suria

Pemilik terkejut! Salang Sayang Resort ‘diserang’ calon SPM 2021 selepas jadi topik ujian mendengar, apa sebenarnya berlaku?

Topik SPM 2021 dan Peter menjadi trend di samping Salang Sayang Resort.

GARA-gara tidak puas hati dengan soalan ujian mendengar bagi mata pelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pada pagi Isnin, calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 'menyerang' sosial media sebuah resort di Pahang.

Ia susulan, nama Salang Sayang Resort yang merupakan destinasi penginapan di Kuala Rompin dijadikan topik perbincangan bagi ujian berkenaan.

Bercerita mengenainya, pemilik Salang Sayang Resort, Nadiah Tuan Rozaimon Azam berkata, dia pada awalnya terkejut apabila mendapat 'serangan' bertubi-tubi di Instagram termasuk ruangan komen gambar pasukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diserang calon SPM kerana soalan susah, Melissa akhirnya bersuara - “Tolonglah berhati perut... kita semua hanya manusia biasa”

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor bingung pesakit tanya soalan cepu emas, tapi jawapan yang diberikan lebih sukar nak ‘hadam’ - “Ada orang lebih banyak pahala daripada saya”

"Serangan bermula jam 1 petang Isnin. Ia bermula dengan 'salam layang resort'

"Komen dan mesej yang ditinggalkan juga berbaur marah," katanya.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu lagi, disebabkan pelbagai komen dan mesej yang diterima, dia menyangkakan terdapat pelanggan yang tidak puas hati dengan layanan yang diberikan di resortnya.

"Betul pada mulanya saya check dulu dengan team di group WhatsApp sama ada terdapat masalah dengan pelanggan atau tidak.

Salah seorang calon SPM yang menghantar mesej menceritakan sebab Salang Layang Resort dicari

Salah seorang calon SPM yang menghantar mesej menceritakan sebab Salang Layang Resort dicari.

"Sebab pelik sangat pada mulanya, tapi bila tengok ada salah sorang calon SPM mesej di Instagram, baru faham ia berkaitan soalan peperiksaan.

"Calon tersebut cakap yang nama resort kami masuk dalam paper SPM untuk ujian mendengar.

"Katanya, soalannya macam ni 'Iman sekeluarga pergi bercuti di Pulau Tioman menginap di Salang Sayang Resort'.

"Tapi calon SPM dengar 'salam layang resort, salang layang, sembahyang resort' dan sebagainya," ujarnya yang masih terkesima apabila nama resortnya dijadikan topik dalam SPM.

Menceritakan dengan lebih lanjut, apa yang lebih mengejutkan adalah, dia turut dituduh mempunyai perjanjian dengan penggubal soalan daripada Jabatan Pendidikan.

Salang Sayang Resort memuat naik IG Story bagi menjawab isu calon SPM

Salang Sayang Resort memuat naik IG Story bagi menjawab isu calon SPM.

"Saya terpinga-pinga apabila mereka cakap 'ada deal dengan Jabatan Pendidikan ke sebab naik nama resort ni'.

"Sebenarnya, Salang Sayang Resort sudah beroperasi dari 1981 dan resort kami menyediakan tempat penginapan serta trip island hoping untuk pelancong.

"Salang ni sebenarnya nama kampung, terdapat beberapa resort di sini dan salah satunya resort kami," jelasnya yang mendapat lebih 200 mesej di Instagram dan lebih 300 komen pada gambar posting.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, memahami tekanan yang dirasai calon-calon SPM terlibat, dia membuat naik status di Instagram Story dengan menyatakan 'to all batch 04 SPM candidates, good luck on your SPM! Salang Sayang Resort tu wujud ya. Habis SPM yukk ke Salang Sayang'.

Lepas tu, interviewer tu macam gelak terpaksa. Dia tanya Rasyad sebelum hiking selalu makan apa dan Rasyad jawab 'orang mesti ingat saya selalu makan coklat tak pun manisan tapi sebenarnya saya makan biskut' sambil gelak.

AYIEN

Sementara itu, Ayien, salah seorang calon SPM yang berjaya dihubungi mStar menceritakan watak-watak yang menjadi trending di Twiter bermula petang Isnin adalah nama yang digunakan dalam ujian mendengar.

"Rasyad tu kena interview pasal hobi dia suka daki gunung, lepas tu dia cerita sambil gelak-gelak... macam mana calon SPM nak faham.

"Lepas tu, interviewer tu macam gelak terpaksa. Dia tanya Rasyad sebelum hiking selalu makan apa dan Rasyad jawab 'orang mesti ingat saya selalu makan coklat tak pun manisan tapi sebenarnya saya makan biskut' sambil gelak.

"Peter tu pula pasal kamera dia, tapi dia cakap macam rap... laju sangat dan kurang jelas. Dah la bahasa Inggeris.

Antara mesej yang diterima Salang Sayang Resort pada Isnin

Antara mesej yang diterima Salang Sayang Resort pada Isnin.

"Watak Iman pula sebagai individu yang pergi bercuti dengan keluarga. Ada yang dengar salam sayang, salam layang, salam dayang tapi sebenarnya Salang Layang Resort," ujarnya sambil menyatakan dia dapat menjawab soalan bahasa Melayu tetapi agak kecewa dengan soalan bahasa Inggeris kerana merasakan ia terlalu laju.

Semakan mStar di laman Twitter mendapati ada segelintir calon SPM menyalahkan resort itu kerana dianggap menggunakan nama yang sukar didengari.

Ia menyebabkan #SPM2021 menjadi trending kerana terdapat lebih 57,000 tweet mengenainya selain Peter yang mendapat 112,000 tweet.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain