suria

“Bergegar atas katil, terfikir apa jiran buat rupa-rupanya...” - Kecoh gegaran di merata tempat, ramai kongsi pengalaman tempias gempa bumi Indonesia

Para pekerja di sebuah bangunan di Shah Alam dan Putrajaya berkumpul di kawasan lapang susulan gegaran yang dirasai pada pagi Jumaat. Foto: Warga Twitter

"TERBANGUN dari tidur, ingatkan kawan yang gegarkan katil!"

Demikian antara komen netizen susulan kejadian gempa bumi yang menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia, pagi Jumaat.

Ketika ini laman media sosial khususnya Twitter dibanjiri dengan komen netizen yang menceritakan pengalaman masing-masing kerana turut merasai 'tempias' gegaran yang berlaku di negara jiran itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 6.1 magnitud landa Indonesia... Malaysia terkena tempias

Malah ada antara warganet yang sempat merakamkan detik ketika perabot di rumah mereka bergoyang, dan berkongsi klip tersebut di media sosial.

gempa baru 1

Pekerja di sebuah bangunan di Shah Alam bergegas keluar selepas gegaran dirasai pagi Jumaat. Foto: Twitter

Selain itu, ada juga yang sempat merakamkan detik cemas di mana kakitangan di tempat kerja masing-masing terpaksa mengosongkan bangunan dan berhimpun di kawasan lapang, kerana bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku.

"Ingatkan aku masih mengantuk... kenapa bergegar. tapi makin kuat pula shaking dan tiba-tiba semua rakan sekerja kelam kabut. Semua mula turun bawah.

KOMEN GEMPA

Antara komen warganet di Twitter.

"Baru je tengah nak mula kerja... terkejut kerusi dan meja gegar teruk. Benda pertama terlintas ingat mengantuk atau halusinasi," tulis Garigthere.

"Kerusi saya bergegar dan ingatkan sebab saya nak pengsan. Rupa-rupanya baru tahu ada gegaran di Indonesia," tulis Dvydhrshn pula.

"Rasa gegaran atas katil. Terfikir apa yang jiran atas buat sampai katil saya pun bergegar. Kemudian baru kawan beritahu ada gempa bumi," tulis Pualiping pula.

Baru je tengah nak mula kerja... terkejut kerusi dan meja gegar teruk. Benda pertama terlintas ingat mengantuk atau halusinasi.

WARGA TWITTER

Kata kunci dengan tanda pagar #earthquake turut berada di carian tertinggi di Twitter setakat ini.

Dalam pada itu, ramai warganet dari Malaysia turut mendoakan keselamatan dan kesejahteraan untuk rakyat di Indonesia khususnya di lokasi yang terjejas dengan bencana itu.

gempa baru 2

Gegaran turut dirasai di Putrajaya. Foto: Twitter

Terdahulu, gempa bumi dengan magnitud 6.1 skala Richter menggegarkan wilayah utara Sumatera, Indonesia, pagi Jumaat.

Menurut Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berlaku pada pukul 9.39 pagi (waktu tempatan) dengan pusta gempa berada 76 kilometer (km) dari Payakumbuh dan dengan kedalaman 10 kilometer (km) di bawah dasar laut.

GEMPA 2

Kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai gempa bumi di Indonesia pada pagi Jumaat.

Gegaran berkenaan turut dirasai di bahagian barat Semenanjung Malaysia, terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan setakat ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
gempa bumi, halusinasi, mengantuk, gegaran

Artikel Lain