suria

Sedih, marah, kelakar! Sehari lebih 10 kali ajak, anak-anak terpaksa pura-pura bawa bapa nyanyuk 'balik kampung'... apa yang berlaku selepas itu memang puas hati

Sulaiman sering mengucapkan ingin pulang ke kampung sehingga anak-anaknya terpaksa berpura-pura membawanya.

"JOM balik kampung," itu kata-kata yang sering diucapkan abah, ujar Saidatul Syahirah Sulaiman, 27, ketika memulakan bicara mengenai ayahnya.

Bercerita kepada mStar, ujarnya yang mesra dipanggil Ira dalam kalangan ahli keluarga, abahnya juga akan mengambil dan mengemas semua pakaian di dalam almari untuk dibawa balik ke kampung walhal rumah yang didiami di Kampung Tanjung Labuh, Senggarang di Batu Pahat, Johor adalah miliknya sendiri.

Katanya, kejadian seumpama itu mula berlaku kira-kira dua tahun lepas selepas ayah didapati menghidap alzheimer atau nyanyuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak belajar sesuatu selepas ‘bapa tiada penyakit’ pergi mengejut, beri minum jadi kenangan terakhir - “Doktor kata abah berpotensi sembuh, esoknya nazak”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan teman ke klinik, anak bongsu rela korbankan kerja demi jaga bapa tiba-tiba kena strok - “Sedih tengok abah, penduduk taman pun terkesan”

"Ayah saya berusia 72 tahun dan dia pesara JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran). Sebenarnya abah belum disahkan alzheimer dan kami tidak mendapatkan rawatan berkaitan.

"Kami syak dia ada alzheimer. Biasanya abah ada appointment hospital tiga bulan sekali untuk rawatan kencing manis, darah tinggi, buah pinggang

"Selepas melihat beberapa simptom berkaitan seperti abah selalu dan tanya soalan berulang kali, kami rujuk kepada doktor yang merawatnya jadi doktor cakap sekarang abah di usia yang mudah untuk dapat nyanyuk. Doktor cakap ia berpunca daripada makan ubat hospital yang banyak.

"Sejujurnya, bila kami dimaklumkan tentang perkara itu dan sedar abah memang nyanyuk... kami semua rasa sedih sebab nyanyuk tu dah macam penyakit keturunan.

"Arwah nenek pun macam tu dan sekarang tiba-tiba abah jadi macam tu. Tapi kami kena kuat, reda dan tabah sebab kadang-kadang abah akan buat kami sekeluarga rasa sedih, hilang sabar dan nak marah.

"Tapi kadang-kadang ada juga sikap abah yang menghiburkan... pendek kata memang banyak suka duka yang kami lalui sepanjang bersama abah masa ni," ujarnya sebak.

Menurut suri rumah berusia 27 tahun itu, dia dan adik-beradik pernah membawa ayahnya mendapatkan rawatan tradisional Islam.

"Kami sekeluarga percaya pada rawatan hospital dan alternatif jadi kami bawa juga ustaz datang rumah untuk ruqiah abah. Selepas ruqiah, abah seolah-olah dirasuk kerana sebelum ini dia dah tak terdaya tapi selepas ruqiah abah tiba-tiba jadi kuat dan garang.

Duduk berjauhan menyebabkan mereka sering membuat panggilan video

Duduk berjauhan menyebabkan mereka sering membuat panggilan video.

"Lagi pelik sebab dia ingat semua benda. Ustaz pun cakap ada sesuatu jadi kami masih teruskan rawatan Islam, mudah-mudahan apa-apa yang tidak baik pergi jauh daripada abah," katanya sayu.

Ira yang juga anak kelima daripada lapan beradik memberitahu, perkara teruk yang pernah berlaku adalah abahnya keluar rumah dalam pukul 3 pagi.

"Waktu tu nasib baik adik belum tidur, dia perasan bunyi pintu terbuka dan masa tu abah dah berjalan menghala ke hutan. Lepas kejadian tu, kami terus tukar mangga dan pintu sentiasa berkunci.

"Jadi macam tu mungkin sebab kitaran tidur abah dah berubah. Dia akan berjaga di waktu malam dan tidur waktu siang..

"Selain tu, abah juga pernah berkelakuan yang sangat-sangat menyeramkan. Dia bukan saja boleh cakap sorang-sorang tapi dia juga nampak orang yang kami sendiri tidak nampak. Contohnya dia tengah baring depan sofa, tiba-tiba duduk dan cakap ada perempuan nak masuk.

Adik-beradik Ira sering berkumpul dan makan bersama.

Adik-beradik Ira sering berkumpul dan makan bersama.

"Bila dengar abah cakap macam tu, kami satu rumah terus rasa seram. Banyak juga kejadian yang unexpected berlaku," ceritanya sambil menyatakan hanya dia, suami, dua adik lelaki dan mak yang masih tinggal bersama ayah di kampung.

Bercerita lanjut, ujarnya, pernah suatu ketika dalam jam dua pagi, ayahnya tiba-tiba mandi dan bersiap kemas dengan baju masuk ke dalam serta memakai tali pinggang kerana mahu ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Abah juga pernah menangis awal-awal pagi dan cakap dia terlewat bangun, jadi tak boleh ambil SPM.

"Selain tu, ada juga peristiwa lain yang menguji kesabaran kami sekeluarga. Benda yang dia ingat adalah dompet, jam tangan, pencen.

Abah dah banyak kali ajak balik kampung sedangkan inilah kampung kami dan rumah abah. Kami tak ada kampung, rumah atuk dan nenek dah tak ada. Dalam satu hari lebih daripada 10 kali dia ajak balik kampung.

SAIDATUL SYAHIRAH

"Setiap 21 haribulan dia dah set akan dapat pencen, jadi mak yang akan ambil. Kalau terlambat ambil dia akan salahkan kita kerana dompet dia kosong.

"Jam tangan dia kadang-kadang tak tahu letak mana, dia akan salahkan kata ada orang curi kemudian menangis bila cari tak jumpa. Dompet dia pun pernah letak kat pinggang tapi dia cakap tak ada... jadi satu rumah jadi huru hara untuk cari," katanya sambil menzahirkan rasa syukur kerana ayahnya masih boleh menguruskan diri sendiri kecuali ketika buang air kecil.

Malah katanya, abah juga masih mengenali adik-beradiknya yang lain tetapi memerlukan masa yang lama untuk mengecam mereka.

Menceritakan tentang videonya yang viral di TikTok sehingga mendapat hampir 280,000 tontonan di samping 32,000 tanda suka, ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu, dia juga pelik kerana ayahnya sering mengajak pulang ke kampung dan bagi mengurangkan tekanan ke atas ayahnya, dia dan ibunya, Zahrah Suliman terpaksa berpura-pura pulang ke kampung.

"Abah dah banyak kali ajak balik kampung sedangkan inilah kampung kami dan rumah abah. Kami tak ada kampung, rumah atuk dan nenek dah tak ada. Dalam satu hari lebih 10 kali dia ajak balik kampung.

Sulaiman bersama anak lelakinya yang kini menetap di Sarawak.

Sulaiman bersama anak lelakinya yang kini menetap di Sarawak.

"Setiap kali dia nampak saya lalu, dia akan cakap 'Ira bila kita nak sama-sama balik kampung' saya pun jawab 'abah kita nak balik kampung mana' dia balas 'balik kampung...' sedangkan inilah rumah dia dan kampung kami.

"Abah saya akan tanya berulang kali. Setiap kali mak balik berniaga dari warung depan rumah, dia akan tanya mak 'awak dah siap ke, kita nak balik kampung ni'. Paling teruk sekali, dia ambil semua baju dalam almari, dia letak kat luar atas meja dan standby nak balik kampung.

"Tapi kami tak berani nak bawa ke mana-mana kerana musim wabak Covid-19 ni, jadi hanya bawa dia pusing-pusing.

"Dia pun akan suruh singgah kedai mana-mana untuk beli apa-apa nak bawa balik kampung. Bila dah sampai rumah, saya bersama suami dan adik-adik yang lain akan standby luar rumah seolah-olah menanti kehadiran abah. Selepas salam dan peluk dia jadi gembira," luahnya sedih.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan