suria

Ajak ‘main tidur’ nak bayar RM200, penumpang trauma kenang gangguan seksual! Grab ambil tindakan terhadap pemandu

Grab memaklumkan pihaknya sudah mengambil tindakan ke atas pemandu tersebut.

TINDAKAN seorang pemandu lelaki yang melakukan gangguan seksual ke atas penumpang wanita baru-baru ini ternyata menimbulkan kemarahan ramai.

Syarikat e-hailing Grab dalam satu kenyataan ringkas menerusi ruangan komen saluran YouTube mStar mendedahkan pihaknya peka akan hal itu dan sudah mengambil tindakan sewajarnya.

"Hi, untuk makluman semua, pihak Grab telah mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut untuk siasatan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 2 anak menangis jadi mangsa gangguan seksual lelaki gempal - “Dia rapatkan badan, saya boleh rasa sesuatu terkena pada punggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali kena gangguan seksual dalam masa 24 jam, jerit pun tak guna... wanita ini sedar sikap orang sekarang - “Penumpang lain hanya tengok ‘drama’ saja”

"Keselamatan para pengguna adalah keutamaan kami dan Grab mengamalkan polisi toleransi sifar terhadap sebarang pelanggaran Kod Tatalaku yang dikuatkusakan ke atas semua rakan-pemandu dan rider kami di Grab," tulis pengendali akaun Grab Official.

Terdahulu, penumpang tersebut, Nur Isma Dalilah Ismadei, 24, mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

grab2

Posting gadis itu mengenai kejadian yang menimpanya.

Dalam satu video yang dikongsi, pemandu lelaki itu mengajaknya untuk 'main tidur' yang dipercayai membawa maksud untuk melakukan perkara tidak senonoh.

Lebih jijik, pemandu tersebut turut mengumpan gadis itu untuk melakukan perbuatan terkutuk itu dengan bayaran sebanyak RM200.

"You mahu main? Saya bayar you. Saya bayar you RM200, boleh?" ujar pemandu tersebut.

Susulan video tular itu, dia yang senang disapa Dalilah tampil berkongsi pengalamnnya menerusi satu temu bual video yang dikongsi menerusi saluran YouTube mStar pada Jumaat.

Dia tanya dua tiga kali betul ke tak nak? Dia tanya benda sama. Waktu dalam kereta saya berdear, rasa risau dan takut.

DALILAH

Video yang meraih lebih 239,000 tontonan itu dihujani pelbagai komen netizen, termasuklah pihak Grab yang meninggalkan komen ringkas berhubung tindakan ke atas kes tersebut pada Ahad.

Bercerita lanjut kepada mStar, Dalilah mengakui trauma dengan kejadian berkenaan yang tidak disangka-sangka akan berlaku ke ats dirinya.

"Sebenarnya saya tengah on the way nak pergi kerja. Biasanya saya akan drive sendiri. Waktu saya first naik tu, uncle tu macam OK je tau. Saya duduk, OK je lah.

"Lepas tu dia tanya, awak student ke kerja? Saya jawablah, student lagi. Macam tu lah, oh part time lah apa semua kan. Tapi lepas dah jalan sikit tu, dia macam tanya, mana boyfiend. Saya kata tak ada boyfriend. Saya anggap biasalah, macam nak ajak borak," ujar Dalilah.

grab6

Dalilah tampil berkongsi pengalaman menerusi temu bual di YouTube mStar.

Imbas gadis itu lagi, pemandu berkenaan mula mengajukan soalan berbaur lucah apabila perjalanan hampir tiba ke destinasi yang dituju.

"Dah nak sampai ke destinasi tu, tiba-tiba dia kata nak tanya satu soalan. Saya kata boleh. Kita hormat dia, macam level ayah-ayah kita. Dia tanya pernah main? Saya macam blur.

"That time, phone tengah buka WhatsApp, terus saya record, saya tanya main apa? Dia kata 'main tidur'. Dia tanya awak nak main dengan saya? Saya bayar RM200. Saya reject lagi.

grab1

Komen pihak Grab dan beberapa netizen di ruangan komen YouTube mStar.

'Bila dia drop, saya nak cari duit cash, dia tanya dua tiga kali betul ke tak nak? Dia tanya benda sama. Waktu dalam kereta saya berdebar, rasa risau dan takut. Bila dah keluar, memang berdebar. Masuk lobi tempat saya kerja, saya tengok dia still tak bergerak. Dia stay dua ke tiga minit.

"Nampak dia gerak, dia pusing round bulatan dua kali. Saya buat-buat tak pandang. Dia stay tiga minit, dia blah. Saya call kawan, saya nangis. Saya takut dan trauma," ceritanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain