suria

Anak nyaris bakar kertas salasilah keluarga sejak berpuluh tahun! Bapa baru tahu berketurunan Bendahara Perak, terbukti ada darah Arab

Syazli menjumpai kertas mahjong yang merupakan susur-galur keluarganya.

MENGENALI asal usul dan keturunan amat penting kerana hubungan kekeluargaan dapat dikekalkan selain dapat merapatkan silaturahim seperti dituntut dalam Islam.

Perkongsian seorang lelaki, Syazli Abd Kudus, 43, mengenai salasilah keluarganya yang disalin di atas beberapa kertas baru-baru ini menarik perhatian warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Projek seni bongkar sejarah kepahlawanan keluarga... mendiang moyang digeruni, tatu bunga terung lambang kegagahan kaum Murutengki - “Tuan dia tak suka kami tinggal di rumah tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bertahan 20 tahun demi rumah pusaka, jadi mangsa individu talam dua muka... sanggup hantar hantu raya angkara dengki - “Tuan dia tak suka kami tinggal di rumah tu”

"Bagus kalau tahu salasilah atau susur-galur ni. Kena simpan baik-baik.

"Seronok bila tahu salasilah keturunan walaupun semestinya semua dari Nabi Adam.

"Simpan elok-elok yang ni. Lepas tu buat semula cetakan baru untuk sambung salasilah famili yang berikutnya," antara komen beberapa netizen.

Bercerita lanjut, lelaki ini telah memuat naik beberapa keping gambar salasilah keluarga di Facebook miliknya membuatkan ramai tertarik dengan perkongsian tersebut.

Tangkap layar perkongsian Syazli di Facebook miliknya.

Jelasnya, dia telah menjumpai salinan salasilah sebuah keluarga yang dipercayai milik arwah bapanya yang meninggal dunia pada 27 Januari 2020.

“Ayah saya dah meninggal dunia masa tu. Tak lama lepas tu kita terpaksa hadap PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Jadi kami satu keluarga tak sempat nak kemas bilik ayah tu.

“Sehinggalah tahun lepas bulan September, kami gotong royong bersihkan bilik ayah dan anak saya terjumpa kertas besar dan panjang.

Tak sangka bila tengok rajah tu, banyak perkara yang boleh saya tahu pasal sejarah keluarga sendiri. Yang saya baca ada tertulis juga gelaran Bendahara Perak.

SYAZLI

“Nasib baik anak saya tanya dulu ‘nak bakar ke?’. Jadi saya ambil dan tengok dulu kertas mahjong tu. Bila teliti, rupa-rupanya tu salasilah keluarga saya. Kertas tu macam salinan yang sudah difotokopi dan salasilah tu memang ada kena mengena dengan keluarga saya,” jelasnya.

Syazli yang berasal dari Ipoh, Perak berkata, dia memilih untuk berkongsi penemuannya itu di media sosial kerana kagum dengan hasil kerja tersebut.

Menurutnya, dia juga menerima mesej di Facebook daripada seorang pengguna yang mengaku mempunyai kertas asal salasilah itu.

“Salah seorang kawan saya mesej beritahu yang dia ada penulisan asal mengenai salasilah sama seperti saya punya.

“Kawan saya cakap tulisan pada salasilah tu ditulis oleh saudara maranya. Pada mulanya saya macam tidak percaya sehinggalah saya minta gambar asal dihantar kepada saya. Setelah melihat lakaran asal, ternyata memang sama.



Gambar Syazli dan isterinya yang sudah berumah tangga pada 19 Disember 2003.

“Dari situ saya dapat tahu yang arwah ayah saya salin daripada situ. Selain tu, lepas tengok gambar dihantar pengguna Facebook ni, saya pun baru tahu yang kami ada pertalian darah tapi belum meneruskan untuk berjumpa mana-mana saudara-mara lain,” ujarnya.

Jelas bapa kepada empat anak ini, banyak maklumat dan perkara yang diketahui mengenai latar belakang keluarganya setelah menjumpai kertas tersebut.

Tambah guru Pendidikan Agama Islam di Sekolah Kebangsaan Sibilin, Perak, ini dia juga dimaklumkan dokumen itu ditulis pada tahun 1930an.

“Tapi bapa saudara kepada kawan saya tu mula buat kajian tentang ‘family tree’ ni masa tahun 50an dulu.

“Tak sangka bila tengok rajah tu, banyak perkara yang boleh saya tahu pasal sejarah keluarga sendiri. Yang saya baca ada tertulis juga gelaran Bendahara Perak.

"Daripada salasilah tu ada juga yang menggunakan nama keturunan seperti Syarif Abu Bakar yang merupakan Bendahara Perak Pertama golongan Syed dan Syarif atau Syed Abu Bakar keturunan Syed Hussein Al-Garasi atau Jamalullail. Tapi disebabkan saya punya ni tak lengkap, jadi saya tak ada banyak maklumat sangat,” jelas Syazli.



Gambar Syazli (tiga dari kiri) bersama ahli keluarganya.

Bercerita lanjut, dia sendiri mengakui bahawa dia tidak mengetahui tentang dirinya berada dalam generasi berapa dalam keturunan keluarga.

Bagaimanapun, arwah bapanya pernah menceritakan bahawa mereka juga memiliki darah keturunan Arab dan ia terbukti benar selepas meneliti dokumen itu yang mencatatkan nama Sayyid.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain