SELALUNYA, kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh atau pusat asuhan pastinya tidak sabar untuk pulang ke rumah dan meluangkan masa bersama adik beradik lain serta ibu bapa. Pendek kata, ramai kanak-kanak tidak mahu berenggang dengan ibu bapa dalam tempoh yang lama. ARTIKEL BERKAITAN: Ibu rancak sembang dengan geng sampai lupa nak balik, anak tetap gagal ‘tarik’ ibu pulang walau datang ‘sound’ guna speaker ARTIKEL BERKAITAN: Anak menangis tak mahu balik sebab sekolah ‘best sangat’, bapa jawab tuduhan garang, cikgu lawa Namun situasi berbeza dialami Siti Nor Aida Mohd, 28, apabila anaknya yang berusia lima tahun enggan mengikutnya pulang selepas berkunjung ke rumah jiran, Hanan Md Yusoff, 29, Menerusi video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Nur Amanda Imani Hasinon yang lebih mesra dipanggil Amanda 'mengabaikan' ajakan ibunya yang mahu pulang ke rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Malah kanak-kanak tersebut dengan selamba terus duduk di atas kabinet televisyen walaupun ibunya sudah berada di depan pintu dan mengajaknya pulang. "Mai sini, dah kena halau tu cepat balik..." teriak ibunya di muka pintu. Gelagat bersahaja dan mimik mukanya yang tidak menghiraukan panggilan ibunya itu mencuit hati netizen. Selain memuji ragam kanak-kanak itu sebagai comel, ada juga yang menggamit memori masa kecil. "Perangai cute. Mak pun sporting, best berjiran jadi kawan," coret salah seorang pelayar TikTok. "Seronok nak berkawan tu," ujar seorang lagi. Amanda (kanan) suka menjaga anak bongsu Hanan. Bercerita kepada mStar, Nor Aida yang lebih mesra dipanggil Raida memberitahu, anaknya agak pemalu tetapi sangat suka berkawan bila dia sudah kenal dengan kanak-kanak lain. "Dia tak nak balik sebab suka berkawan dengan anak-anak Hanan, lagi pula anak bongsu Hanan berusia setahun 10 bulan. "Lama juga nak pujuk bawa balik, kadang-kadang hampir sejam proses memujuk tu. Dia akan cuba delay sebab tak puas main. "Amanda suka berkawan dengan budak yang lebih muda daripadanya. Tapi kalau sebaya atau lebih umur, dia akan berebut mainan," ujarnya sambil menyatakan Amanda seorang anak yang ceria. Raida bersama suami dan anaknya. Menurut anak kelahiran Pahang itu, anaknya pernah menyuarakan keinginan untuk mempunyai adik. "Amanda anak tunggal saya. Sebelum ni, dia ada cakap 'kakak nak baby tapi tak nak adik'. Mungkin sebab itu dia suka bermain dengan anak bongsu Hanan. "Amanda juga pernah ajak saya ke rumah Hanan, mungkin sebab dia bosan bila asyik bermain sendirian di rumah walaupun ada 'taman permainan' sendiri. "Kadang-kadang dia akan ajak ke rumah nenek dia kat Muazam Shah atau balik Sabah macam tempat tu dekat sangat. Kalau di rumah, selalunya bangun pagi tu dia akan tengok televisyen... petang dia akan main sendiri. "Amanda bukan jenis kanak-kanak yang duduk diam, banyak je 'kerja' dia nak buat," ceritanya sambil ketawa. Mungkin sebab dia dah terbiasa tengok saya hidang air kepada tetamu yang datang... jadi bila bertandang, dia tengok tak ada air minum, dia pun minta SITI NOR AIDA MOHD Ujar graduan Diploma Kejuruteraan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, ini, Amanda juga suka buat perangai selamba apabila pergi ke rumah Hanan. "Dia jenis suka mengunyah. Apa saja yang dia nampak di rumah Hanan dia nak makan. Kadang-kadang dia akan minta air seolah-olah tak minum di rumah sendiri. "Mungkin sebab dia dah terbiasa tengok saya hidang air kepada tetamu yang datang... jadi bila bertandang, dia tengok tak ada air minum, dia pun minta," katanya yang suka berniaga. Sementara itu, Hanan ketika dihubungi turut memaklumkan, dia sudah biasa dengan keletah Amanda dan video yang diambilnya hanyalah suka-suka kerana mimik Amanda yang tidak berperasaan ketika diajak pulang, dilihat menghiburkan. "Saya tak sangka video tu akan viral dan ditonton lebih 1.4 juta orang serta mendapat hampir 100,000 likes. Hainan dan Raida merupakan jiran yang rapat. Ujarnya, Raida adalah team bisnes dan dia akan datang rumah untuk mengambil stok. "Pada masa sama Amanda akan bermain dengan anak bongsu saya, Husna Illiyyin Che Husyam Aizuddin. "Saya ada tiga anak. Amanda suka main dengan yang bongsu, kalau mereka dua bergabung, rumah saya akan bersepah. Dia start tak nak balik tu lepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tahun lepas," ujar anak kelahiran Kelantan itu sambil ketawa. Menurut graduan Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam, Selangor ini, dia dan Raidar sudah hampir tiga tahun hidup berjiran. "Saya dah tujuh tahun tinggal di Kuaters Penjara Pengkalan Chepa Kelantan ni, Raidar pula baru berpindah ke sini tiga tahun lepas sebab suami dia baru ditukarkan. "Kami dua-dua minat berniaga dan Raidar adalah downline produk online saya. Dia datang rumah tak kira waktu, kadang-kadang pukul 3 pagi baru balik. "Jadi Amanda sudah terbiasa dengan anak-anak saya dan dia pun dah tak malu bila datang rumah," ujarnya yang turut menjual kek. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI