KEHADIRAN pandemik Covid-19 banyak mengubah landskap kehidupan masyarakat di negara kita. Ada syarikat yang gulung tikar, ada juga individu yang kehilangan kerja sehingga terpaksa mencari alternatif lain dalam mencari rezeki untuk kelangsungan hidup. Bagi Muhammad Hidir Zuriene Heslin, 28, yang sudah empat tahun berkhidmat dalam bidang perhotelan, badai pandemik turut memberi kesan buatnya sehingga dia terpaksa melakukan tiga kerja pada satu masa. ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar gigih buat 2 kerja part time demi miliki gim sendiri - “Saya tanya mak, dia beri kebenaran” ARTIKEL BERKAITAN: Kerja di darat kasih, tugas di udara sayang! Pramugara gembira 2 cita-cita masa sekolah tercapai, tak penat sebab ‘suka’ Selain bekerja di sebuah hotel di ibu negara, dia yang senang disapa Hidir turut mencari pendapatan sampingan sebagai penghantar makanan secara berjalan kaki (Foodpanda walker) dan kini menjadi pekerja penghantaran Lalamove pula. "Saya dah empat tahun bekerja dalam bidang F&B (Food and Beverage) di sebuah hotel. Sejak tahun 2020, saya buat kerja Foodpanda walker pula. Pada minggu ini, saya pun ada buat penghantaran Lalamove menggunakan kereta. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Biasanya pagi kerja di hotel, petang pula buat Foodpanda yang mana saya buat penghantaran secara berjalan kaki dalam radius 1 kilometer (km) di sekitar KL. Lalamove pula saya buat pada hari cuti ataupun ketika ada kelapangan," ujarnya. Bercerita lanjut, dia yang senang disapa Hidir mengakui ada sebab tersendiri sehingga sanggup menggadaikan waktu rehatnya demi melakukan tiga kerja serentak. Hidir sudah empat tahun bekerja di sebuah hotel di ibu negara. Menurut anak kedua daripada enam beradik itu, dia memasang impian untuk memiliki kediaman sendiri apabila usianya mencecah angka 30 tidak lama lagi. "Sejujurnya saya cakap kerja hotel tak cukup. Sekarang tak cukup. Saya nak simpan duit untuk sesuatu. Jadi saya buat lebih daripada satu kerja untuk cari duit poket, buat simpanan dan bantu keluarga. Terkejut saya bila kena hantar burung puyuh hidup. Saya jaga kereta tu, tapi tak apalah, saya OK saja demi pelanggan. HIDIR "Bila balik kerja, sudah tentu rasa penat. Jadi saya akan tidur. Lama-lama dah jadi terbiasa. Saya sebenarnya nak beli rumah, dan kalau ada rezeki jodoh saya nak kahwin. "Saya target untuk beli rumah ketika usia 30 hingga 35 tahun," ujarnya yang menetap di Sungai Buloh, Selangor. Kata Hidir, dia juga memilih kerja Lalamove kerana baru sahaja memiliki sebuah kereta model Proton Saga pada tahun lalu menggunakan wang ganti rugi kemalangan yang dialaminya pada 2018. Hidir pernah patah tangan pada tahun 2018. "Sebenarnya dulu saya pernah buat Lalamove menggunakan motor. Kali ini saya buat Lalamove dengan kereta pula. Saya baru beli kereta Ogos tahun lepas, tu pun sebab menang saman kemalangan yang berlaku pada 2018. "Naik turun mahkamah, akhirnya saya menang saman. Menggunakan duit itu, saya buat deposit untuk beli kereta. Kejadiannya pada tahun 2018, saya tak sempat elak sebuah kereta yang keluar simpang, menyebabkan saya patah tangan," imbasnya lagi. Di aplikasi TikTok, Hidir turut berkongsi video hari pertama dia membuat penghantaran Lalamove menggunakan kereta. Paling mencuri tumpuan apabila dia turut ditugaskan menghantar puyuh hidup kepada pelanggannya. Video dikongsi pemuda ini tular di TikTok. "Terkejut saya bila kena hantar burung puyuh hidup. Saya jaga kereta tu, tapi tak apalah, saya OK saja demi pelanggan. Saya juga terkejut bila video tu tiba-tiba jadi viral. "Ramai komen positif. Pada masa sama, ramai golongan rider turut tinggalkan komen. Saya terharu baca doa netizen. Tak terbalas satu-satu," ujarnya lagi. Dalam temu bual sama, Hidir turut menitipkan pesan kepada individu di luar sana agar terus cekal menghadapi cabaran hidup dalam situasi sukar hari ini. "Pesanan saya, buat sedaya upaya yang kita boleh. Sejujurnya, kerja e-hailing banyak membantu. Ramai kawan saya yang hilang kerja, mereka sertai e-hailing. "Macam-macam boleh cuba. Ada Ninja Van, Grab, Shopee, Foodpanda dan macam-macam lagi," ujarnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI