VIDEO YouTube memaparkan seorang wanita yang sedang memasak dan menikmati mi segera jenama Maggi dalam hutan yang dilitupi salji tebal di Amerika Syarikat (AS) ternyata membangkitkan selera sesiapa sahaja yang menonton. Menurut Naznin Hakim, 27, yang berdarah kacukan Melayu Myanmar, dia aktif menghasilkan video demi berkongsi pengalamannya selepas tujuh tahun berkelana di negara itu bersama suami serta dua cahaya mata. Senang disapa Naz, dia ketika dihubungi mStar sempat memperincikan semula kisah hidupnya yang pernah dibesarkan di Yan, Kedah sehinggalah mendirikan rumah tangga dan mendapat status kewarganegaraan AS. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’ ARTIKEL BERKAITAN: Lama merantau, lelaki ini pulang ke kampung semata-mata nak jadi YouTuber... jangan terkejut kerana pasangannya berusia 75 tahun! "Saya sebenarnya berdarah campuran. Mak saya merupakan orang Melayu yang berasal dari Kedah. Ayah saya pula merupakan Cina Muslim dari Myanmar. Saya lahir di Myanmar, tapi pernah membesar di kampung nenek di Yan. "Masa umur tiga tahun saya datang Malaysia, selepas itu saya balik semula ke Myanmar. Kemudian masa umur 11 tahun datang lagi, total 10 tahun juga saya menetap di Malaysia. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sekarang dah masuk tahun ketujuh saya kahwin dan berpindah ke Amerika. Saya jumpa suami pun di Amerika. Suami saya merupakan seorang Muslim dari Myanmar. Kini, kami sekeluarga dah jadi warganegara sini," ujarnya. Bercerita mengenai dirinya yang sudah bergelar YouTuber sejak setahun lalu, wanita itu mengakui seronok dapat berkongsi kisah kehidupan hariannya di sana. Naz memasak mi segera dalam hutan yang dilitupi salji. Jelas Naz, dia juga terharu dengan sokongan rakan-rakan yang setia menjadi penonton setiap kali dia berkongsi video-video baharu menerusi Facebook dan YouTube. "Saya mula-mula nak buat video bukanlah sebab nak buat content pun, niat saya nak kongsi pengalaman dan kehidupan sekeluarga di Amerika dengan kawan-kawan Facebook. Mereka suka tengok walaupun saya post video simple saja. Bila teringin makanan kampung kena usaha masak sendiri. Sekarang automatik jadi rajin masak macam mak saya. NAZ "Jadi saya mula buat video cerita pasal suasana, keadaan, kehidupan, komuniti Islam di Amerika dan masjid-masjid di sini. Saya juga memang ada hobi suka buat outdoor activity. "Berkhemah, daki gunung, memancing, memancing dalam ais dan sebagainya. Bila ada masa saya akan buat video di YouTube supaya orang di Asia atau di kampung boleh cuci mata tengok pelbagai pengalaman sini," ujarnya. Menurut Naz, dia juga gemar memasak dan segala menu yang dikuasai banyak dipelajari daripada ibunya sendiri. Dua cahaya mata yang menjadi penyeri hidup Naz dan suami. Selain masakan tradisi Melayu, Naz juga berkebolehan memasak juadah negara Myanmar, Cina dan sebagainya. "Mak saya sebenarnya pakar sangat dalam bidang masakan, di kampung, kenduri kahwin atau apa-apa mesti saudara-mara belah mak atau kawan-kawan minta dia tolong masak, sebab makanan mak paling sedaplah mereka cakap. "Sebenarnya sebelum kahwin saya tak reti masak. Lepas kahwin dan duduk di rumah sendiri dengan suami, saya kena masak menu kampung bila timbul rasa teringin. Bila lapar, saya call mak dan tanya cara masak. Kemudian saya juga ada join group masakan, banyak belajar dari situ. Naz pernah membesar di Kedah. "Duduk jauh macam ni la. Bila teringin makanan kampung kena usaha masak sendiri. Sekarang automatik jadi rajin masak macam mak saya. InsyaAllah saya boleh masak menu dari pelbagai negara macam Thailand, Malaysia, Myanmar, Cina dan barat tanpa tengok resipi. Dah jadi hobi. "Jadi lepas ni saya akan share lagi dalam YouTube cara masak dan resipi, sekali dengan masak dalam hutan sambil berkemah atau dalam salji. Suami Naz berasal dari Myanmar. "Video masak Maggi tu, ramai yang suka tengok saya lagilah happy. Kadang-kadang kesian mereka yang menetap di kampung, ada yang teringin sangat nak datang travel sini tapi tak semua yang mampu. "Mereka kata tengok video saya share pun dah seronok sangat. Kata-kata mereka yang buat saya semangat nak share pelbagai video lepas ni. InsyaAllah," ujarnya. Di akhir bicara, Naz turut menyeru orang ramai untuk mengikutinya di platform YouTube untuk menikmati pelbagai video yang akan dihasilkan nanti. Selain content masakan, Naz turut berkongsi banyak video lain seperti kunjungan ke tasik beku, aktiviti memetik buah, suasana musim luruh dan sebagainya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI