BUKAN senang nak jadi senang! Justeru, penting untuk seseorang itu meletakkan sasaran dalam hidupnya. Begitu juga dengan Norbazilah Samad, yang memasang impian untuk membeli food truck demi melakukan transformasi dan mengukuhkan perniagaan apam balik warisan keluarganya yang wujud sejak 1996. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak disatukan, pelajar sedang hangat bercinta rancang kahwin lari di Siam - “Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang” ARTIKEL BERKAITAN: Comel, geram! Anak buat hal nak ‘berkampung’ di rumah jiran, selamba minta dihidang air ala tetamu - “Dah kena halau tu cepat balik” Demi mencapai usahanya itu, dia sanggup bersengkang mata melakukan kerja sambilan dengan mengambil tempahan kek walaupun kehidupan hariannya sibuk. Bercerita kepada mStar, anak kelahiran Pulau Pinang itu memberitahu, selepas mengambil alih perniagaan warisan keluarganya, waktu hariannya menjadi 'singkat'. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya berniaga dengan dua lagi adik-beradik... pasar pagi empat kali seminggu manakala pasar malam, enam kali. Hari Sabtu kami semua akan cuti. "Masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) pada tahun 2020, pasar pagi dan pasar malam tidak dibenarkan buka... jadi saya berniaga di tepi jalan. "Situasi yang dihadapi masa itu menyebabkan saya mula bisnes part time dengan membuat kek yang dijual secara online. Berniaga pasar pagi dilakukan bersama dua lagi adik-beradik. "Mulanya suka-suka nak buat sebab saya pun pandai bahagian tu saja... makin lama jadi seronok dan mendapat sambutan. "Sebab tu saya tak berhenti buat sampai sekarang dan saya jadikan baker tu kerja sambilan. Lepas tu, saya pasang impian untuk membeli food truck bagi mudahkan saya menjual apam balik. "Tapi target tak sampai lagi, jadi saya harap tahun ni dapat beli kereta dulu untuk mudahkan lagi urusan berniaga," katanya yang memperkenalkan perniagaan kek dalam talian dengan nama Cakebybazilahsamad. Norbazilah (tiga dari kanan) bersama adik-beradiknya. Menurut wanita berusia 26 tahun itu, dia sudah menerima ratusan tempahan kek sejak jenamanya diperkenalkan di Instagram. Bagaimanapun, baru-baru ini dia diduga dengan satu kejadian yang tidak disangka. Katanya, kek tempahan dengan tema lori yang dihantar ke rumah pelanggan pada 26 Februari tiba-tiba jatuh dan rosak. Mak dan ayah Norbazilah. "Pelanggan tempah dua minggu awal, tapi hari nak hantar tu baru saya boleh siapkan dekorasi kek. "Kek yang ditempah saiz tujuh inci dan jenis fondant... ambil masa dalam empat jam untuk siap. Cuma bila angkat dia dah renyuk. Lepas tu, sebabkan rasa bersalah, saya bagi free semua tu... total harga RM135. NORBAZILAH SAMAD "Dia minta saya hantar pukul 1 petang, tapi saya tak dapat hantar masa tu sebab pergi berniaga dulu. "Balik niaga tu baru boleh buat jadi saya cakap kat dia pukul 3 petang baru boleh sampai sana (rumah pelanggan)," ujar anak ketiga daripada sembilan adik-beradik. Ceritanya lagi, disebabkan terlampau kelam kabut pada hari tersebut, kek tempahan terjatuh semasa dia dan pelanggan cuba mengeluarkannya dari dalam beg. 'Kemalangan' itu menyebabkan kek tersebut hampir runtuh akibat sebahagian daripada krim rosak dan tulisannya pula hampir hilang. "Sampai tu kalut-kalut dah, perjalanan kira-kira satu jam dengan menaiki motosikal. Lepas tu nak bawa keluar kek dan cupcake yang ditempah, bila kalut kek tu terjatuh tapi sempat sambut. "Bila angkat dah renyuk. Lepas tu, sebabkan rasa bersalah, saya bagi free semua tu... total harga RM135. Kek asal sebelum 'kemalangan' (kiri), kek yang rosak (kanan) dan kek yang sudah dibaiki (atas, kanan). "Pelanggan nak bayar juga dan dia bagi RM50. Duit yang dia bagi saya hadiahkan kat anak saudara dia yang sambut hari jadi masa tu. "Saya rasa bersyukur sebab dia tak marah bila tengok kek rosak. Dia cakap tak apa, tapi saya cuba juga repair balik kek tu. "Walaupun tidak secantik seperti asal, tapi bentuk kek masih sama. Budak tu pun senyum je masa celebrate," jelasnya yang mendalami kemahiran membuat kek di YouTube selepas tamat kursus di Giat Mara. Tambahnya, kejadian itu turut diceritakan kepada ibunya yang berusia 54 tahun. "Mak tak marah, dia cakap 'benda nak jadi, nak buat macam mana'," katanya. Video kek tempahannya yang rosak akibat terjatuh mendapat lebih 13,500 tanda suka dan ditonton kira-kira 515,600 pelayar TikTok. Kebanyakan netizen yang menonton video berdurasi 20 saat itu meluahkan rasa simpati di samping mendoakan urusan Norbazliah dipermudahkan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI