PERTARUH nyawa lalu jambatan runtuh! Detik cemas itu dapat dirasai menerusi satu video, menyaksikan seorang gadis sanggup menggadaikan nyawa berpaut pada jambatan yang runtuh, dipercayai berlaku susulan hujan lebat. Menurut video tular berdurasi 25 saat itu, ia dikatakan berlaku di Belukar Bukit di Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu. ARTIKEL BERKAITAN: Banjir Terengganu, Kelantan: Abang Viva sekali lagi mahu selamat mangsa banjir ARTIKEL BERKAITAN: "Sedang menanti bantuan pihak penyelamat" - Mangsa banjir akui bencana terburuk berbanding 2014 Gadis berkenaan yang hanya berpaut pada besi penghadang jalan itu sanggup menempuh bahaya demi bertemu ibu tercinta. Difahamkan kejadian itu berlaku pada Isnin petang. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Individu yang berkongsi video tersebut di laman sosial memberitahu, dia pertama kali ke kawasan dekat Jalan Belukar Bukit bagi melakukan misi bantuan banjir. "Allahuakbar... kuat semangat mu dik. Demi bertemu ibu tercinta," menurutnya sambil memaklumkan di ruangan komen bahawa jambatan di Belukar Bukit itu merupakan jalan menghubungkan antara Ajil dan Betong. Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan mereka terhadap keselamatan gadis tersebut yang sanggup menggadaikan nyawa. "Jangan bahayakan diri. Guna jalan yang lain dulu sebelum jambatan dibina balik.” "Ya Allah kasihan pula," demikian antara komen-komen netizen. Pasukan penyelamat sedang membantu memindahkan mangsa yang terjejas banjir. foto APM Penjelasan individu yang berkongsi video itu bagaimanapun melegakan banyak pihak. "Alhamdulillah... segala puji bagi Allah. Adik ni selamat dan bertemu ibunya. "Mungkin lepas ni dia pun takut. Mungkin tadi dia terlalu rindukan dan semangat untuk bertemu ibunya terlalu kuat. Doakan yang terbaik," tambahnya. Mungkin tadi dia terlalu rindukan dan semangat untuk bertemu ibunya terlalu kuat. Doakan yang terbaik. PENGGUNA TIKTOK @PAAWORK83 Tambah pengguna TikTok itu lagi, dia dimaklumkan bahawa bekalan elektrik dan air di kawasan itu terputus sejak Sabtu. "Info daripada orang situ... semua bekalan elektrik dah tiada kat situ akibat banjir kelmarin termasuk air," katanya. Video yang dikongsikan pengguna TikTok @PaaWork83 sejak Isnin malam itu meraih lebih 230,000 tontonan. Pengguna TikTok @PaaWork83 memaklumkan mengenai keadaan gadis berkenaan. Hujan yang berterusan di negeri Pantai Timur sejak Jumaat lalu menyebabkan banjir di luar kebiasaan. Dilaporkan, mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 17,742 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri itu, pagi Selasa. Ia menyaksikan 141 PPS dibuka bagi menempatkan kesemua mangsa daripada 4,557 keluarga. Pada Isnin, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menjadi korban pertama banjir di Terengganu setelah ditemukan lemas berhampiran rumahnya di Kampung Cheneh Baru di Kemaman kira-kira pukul 3 petang. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI