suria

Ervan Rizuan lupakan bisnes, guna duit hasil live TikTok bantu mangsa banjir - “Jangan panik, bantuan on the way”

Ervan menggerakkan misi bantuan banjir sendiri sejak Ahad.

KETIKA Februari hampir melabuhkan tirainya, rakyat di Pantai Timur sekali lagi diuji dengan bencana banjir.

Di Terengganu misalnya, jumlah mangsa yang dipindahkan berjumlah 11,137 orang, setakat Isnin pagi.

Selain titipan doa menerusi media sosial, ramai rakyat negara ini turut menghulurkan bantuan dengan cara tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gila-gila sekarang dah lain! Instafamous buat lebih setengah juta pengikutnya terkejut selepas sukar tidur malam - “Dah bertahun kejar dunia...”

Tidak terkecuali, selebriti media sosial, Ervan Rizuan, 29, yang sudah menggerakkan usaha menghulurkan bantuan sejak Sabtu.

Ketika dihubungi mStar, figura yang senang disapa Ervan itu mendedahkan keadaan banjir masih meruncing, namun dia tidak putus semangat untuk meneruskan bantuan ke daerah-daerah lain.

"Sebenarnya dah seminggu hujan tak berhenti. Air mula naik sejak dua hari lepas, dalam hari Sabtu. Hari Ahad keadaan makin teruk, hari Isnin pun teruk. Ada kawasan yang terputus bekalan eletrik.

"Saya duduk di bandar Kuala Terengganu, Alhamdulillah tak terjejas. Tapi saya sedih lihat mangsa banjir yang terjejas teruk khususunya di kawasan Hulu Terengganu.

ervan2

Wang hasil membuat siaran langsung menerusi TikTok digunakan dalam misi banjir kali ini.

"Sejak semalam, saya mula gerakkan misi memberi bantuan. Saya tanya melalui Facebook, barang apa yang mangsa-mangsa perlukan? Makanan, tuala wanita, lampin bayi dan berus gigi antara barang yang saya agihkan setakat ini," ujarnya.

Bantuan yang dihulurkan di sekitar Hulu Terengganu pada Ahad akan diteruskan ke daerah-daerah lain pula pada Isnin seperti Dungun dan Setiu, kata Ervan.

Saya sendiri yang turun beli barang bantuan. Dah ada lori dan bot yang sedang standby untuk misi hari ini.

ERVAN RIZUAN

Menurut Ervan, dia menggunakan wang hasil membuat siaran langsung menerusi TikTok untuk menghulurkan bantuan banjir buat penduduk negeri kelahirannya itu.

"Saya guna duit sendiri. Hasil buat TikTok live selama ini, saya dapat duit. Jadi duit itu saya guna untuk bantu mangsa-mangsa banjir.

"Ada juga orang yang salurkan duit kepada saya, tapi sejujurnya saya tak berani nak guna duit orang. Saya harap orang di luar sana sama-sama membantu semampu mungkin," ujar usahawan kosmetik itu.

ervan3

Antara posting Ervan berkaitan bantuan banjir di media sosial.

Dedah Ervan, dia juga melupakan seketika urusan bisnes demi turun padang dan menghulurkan bantuan buat penduduk terjejas bersama beberapa individu terdekat dengannya.

Ujarnya, bantuan yang disalurkan kepada masyarakat setempat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan tahun lalu memberi semangat untuknya meneruskan misi murni sedemikian dalam bencana yang melanda kali ini.

"Saya minta mangsa banjir jangan panik, bantuan on the way sekarang. Saya mohon mereka sabar. Bisnes saya lupakan sekejap, saya nak fokus beri bantuan.

ervan4

Ervan akan menggerakkan bantuan ke daerah-daerah lain dalam Terengganu secara berperingkat.

"Masa PKP pun saya ada beri bantuan, sejujurnya saya lihat Allah kembalikan rezeki berganda kepada saya. Jadi saya tanam niat untuk bagi semampu yang boleh.

"Saya sendiri yang turun beli barang bantuan. Dah ada lori dan bot yang sedang standby untuk misi hari ini," ujarnya lagi.

Untuk rekod, Ervan memiliki hampir sejuta pengikut di TikTok dan lebih 600,000 pengikut di laman Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain