suria

Makin panas! Live Kak Long bukan sahaja jadi bahan gurauan tapi bikin ramai kecut perut... Mydin siap letak amaran ‘No Entry’!

Mydin menerusi laman Twitter membuat gurauan membabitkan isu 'Kak Long'.

BELUM reda insiden di kedai serbaneka 7-Eleven mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Long 'mengamuk' kerana anaknya dituduh mencuri, netizen pantas menularkan kembali videonya memaki hamun pekerja di cawangan restoran makanan segera KFC.

Walaupun telah membuat permohonan maaf di atas ketelanjurannya, wanita berkenaan terus menerima kecaman dan sindiran netizen di media sosial.

Kisah Kak Long kini dijadikan meme atau bahan gurauan di media sosial, di mana netizen meminta pihak lain berwaspada bagi mengelakkan kejadian 'amuk' berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Walau insiden di 7Eleven dah settle, 'tentera bawang' gali sampai ke lubang cacing... video lama Kak Long maki staf KFC pula viral

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kecoh ibu buat live mengamuk anak dituduh mencuri... kurang 24 jam dihentam kaw-kaw, Kak Long ke lokasi kejadian semula, betul ke bukan sebab marketing?

Meme tersebut menunjukkan dua lembaga dengan wajah tengkorak sambil membawa senjata tajam beralih dari dua pintu terbuka yang tertera logo dua premis yang terlibat dengan insiden 'Kak Long' ke pintu lain yang bertutup dengan logo sebuah lagi restoran makanan segera.

mydin kak long 4

Tangkap layar video tular Kak Long memaki hamun di sebuah restoran makanan segera.

Terbaharu, pasar raya terkemuka, Mydin tidak terkecuali melakukan meme tersebut dengan penambahan pintu dengan logo premis itu, berserta amaran 'no entry' (dilarang masuk).

"Dah letak no entry. Harap tak masuk," tulis Mydin menerusi ciapannya di laman Twitter, sebagai reaksi kepada perkongsian seorang pengguna, pada Jumaat malam.

Posting di laman Twitter rasmi MydinMalaysia yang diulang kicau lebih 1,000 kali sejak Jumaat malam itu ternyata menghiburkan pengguna Twitter yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang lucu.

Rata-rata mereka turut memberikan emoji ketawa.

"Adeh! Menakutkan betul lah."

"Elok-elok, nanti buat live kat depan main entrance bising-bising.”

"Pintu belakang jangan lupa kunci juga. Atas bumbung pun tengok, takut-takut boleh tembus ke dalam," demikian antara komen-komen netizen.

mydin kak long 9 BLUR

Posting di laman twitter @MydinMalaysia.

Sebelum tular mengenai foto Kak Long disunting dengan imej ‘No Entry’ untuk ditampal di pintu mana-mana premis, sebagai amaran melarang wanita itu memasukinya.

Menerusi status di Facebook, wanita itu memberitahu akan mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan sedemikian dengan memaparkan gambarnya.

Pintu belakang jangan lupa kunci juga. Atas bumbung pun tengok, takut-takut boleh tembus ke dalam.

PENGGUNA TWITTER

Terdahulu, video wanita berkenaan 'mengamuk' di 7 Eleven gara-gara tidak berpuas hati anak lelakinya dituduh mencuri menjadi tular di media sosial.

Video tersebut tular selepas wanita berkenaan membuat siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya semasa kejadian berlaku pada malam Rabu (2 Mac).

mydin kak long 8

Logo 'dilarang masuk' yang memaparkan wajah Kak Long.

Bagaimanapun, wanita tersebut dikecam hebat kerana bertindak biadab dengan meninggikan suara serta dilihat enggan mendengar penjelasan daripada staf kedai serbaguna berkenaan.

Namun kurang daripada 24 jam selepas 'amukan' berkenaan, wanita itu tampil membuat permohonan maaf kepada staf yang terlibat dan sekali lagi menyiarkan pertemuannya menerusi siaran langsung (live) di Facebook.

Pada Khamis, wakil 7 Eleven pula tampil mengeluarkan kenyataan dan menceritakan perkara sebenar, serta meminta masyarakat agar berhenti mengecam wanita berkenaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain