SETELAH lebih sembilan tahun usia perkahwinan, ia bagaikan diuji apabila si isteri mendapat berita yang suaminya mahu berpoligami. Diceritakan semula oleh wanita ini, Safinatunnajjah Nasir, 31, dia sememangnya sudah tahu suaminya berhasrat untuk berkahwin lagi.ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pertama minta suami carikan seorang madu sebagai peneman, reda akhirnya dapat 3 orang - “Wife kedua BFF saya”ARTIKEL BERKAITAN: “Suka tak suka kena terima” - Suami sayang dua-dua, selepas 14 tahun mahu isteri terima bakal madu... tunggu dah kahwin baru boleh jumpa! Jelasnya yang mesra disapa Fiena, bagaimanapun dia tidak menyangka akhirnya ia berlaku pada Februari 2022 di mana suaminya, yang hanya ingin dikenali sebagai Mulkan, 35, sekali lagi melafazkan akad nikah dengan wanita lain. “Sejak dari tahun lepas lagi, suami dah bagi hint dia nak kahwin lagi. Dah banyak kali juga dia cakap nak kahwin lain tu. Tak sangka pula memang akhirnya dia kahwin juga. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Pada mulanya memang sangat berat untuk saya terima. Semestinya saya kecewa, sedih dan marah sebab saya hanya manusia biasa. Sama macam wanita lain, siapa yang nak berkongsi kasih. Siapa yang tak marah pada wanita yang menjadi orang ketiga dalam hubungan. “Siapa yang alami pun akan faham perasaan dan beremosi sama macam saya. Sembilan tahun kami berkahwin saya selalu ke mana-mana dengan suami sebab kami pun buat bisnes jual produk secara online sama-sama. Jadi memang ambil masa juga untuk saya ‘telan’ semua ni,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata ini. Bercerita lanjut, Fiena sememangnya tidak mengetahui tujuan asal suaminya mahu menduakan dirinya kerana beranggapan apa juga alasan suami pastinya tetap sama akan mengguris hati seorang yang bergelar isteri. Fiena telah mendirikan rumah tangga dengan Mulkan selama sembilan tahun. Kata wanita itu, dia sememangnya tidak mahu dimadukan tetapi reda dengan takdir Allah yang menentukan sedemikian sebagai jalan cerita hidupnya dalam berumah tangga. Ujar wanita yang kini menetap di Setapak, Kuala Lumpur ini, dia dan suami telah hadir di mahkamah bersama untuk menandatangani surat persetujuan untuk Mulkan berkahwin lagi. Suami tetap sedaya upaya nak jaga hati saya juga jadi kami putuskan nak pakai baju warna putih sama bertiga jadi kami semua sedondon. FIENA “Saya tak tahu kenapa suami kahwin lain sebab saya tak pernah tanya sangat tapi mungkin sebab dia rasa dia mampu. Lagipun suami memang tak pernah abaikan tanggungjawab dia pada saya dan anak-anak. Walaupun dia kahwin lain, dia tetap utamakan saya. “Walaupun pahit nak telan, saya cuma anggap ini bahagian saya yang Allah uji. Saya sedapkan hati dengan banyakkan cari orang-orang positif untuk beri semangat. “Saya dan suami sama-sama pergi mahkamah sign surat tanda setuju untuk hidup berpoligami. Jadi suami ada surat yang membenarkan dia kahwin lain. Masa pergi sign surat tu saya tak nangis pun cuma sedikit terkilan tak sangka suami nak kahwin lagi itu saja,” jelasnya akur dengan keputusan suami. Setelah suaminya selesai berkahwin, Fiena menyatakan bahawa dia sejujurnya tidak cukup kuat untuk menghadirkan diri di majlis persandingan suaminya. Namun menurut wanita yang berasal dari Johor ini, dia cuba bersikap lebih terbuka demi kebahagiaan keluarganya sendiri. Setelah dipujuk beberapa kali, Fiena akur untuk hadiri majlis kenduri bersama suami dan madunya. “Masa nikah, suami ada ajak pergi tapi saya yang tak nak. Tapi dia pujuk juga datang masa kenduri di dewan orang ramai Petri Jaya, Kota Tinggi, Johor. Dia beritahu saya kali ini dia tak nak ketepikan saya lagi kerana saya dah bagi keizinan untuk dia kahwin. “Waktu tu saya rasa boleh pergi sebab saya cakap pada diri sendiri, perkara yang besar yang setiap wanita berkahwin takut ialah suami kahwin lain tapi saya dah hadap pun. Jadi kenapa kenduri makan je saya tak boleh pergi,” jelasnya yang akur dan menghadiri majlis kenduri kahwin suaminya. Bercerita lanjut mengenai video yang tular, wanita ini menceritakan semula bagaimana dia bersetuju hadir ke majlis kenduri berpakaian sedondon dengan suaminya. Tambahnya, ramai yang mendoakan Fiena di ruangan komen agar sentiasa kuat dan memujinya yang sanggup hidup bermadu. “Dalam video tu sebenarnya bukan kenduri suami sanding. Suami saya tak sanding pun lepas bernikah tapi kakak kepada madu saya kahwin. Wanita ini memiliki tiga orang anak bersama suami sepanjang sembilan tahun usia perkahwinan mereka. “Suami tetap sedaya upaya nak jaga hati saya juga jadi kami putuskan nak pakai baju warna putih sama bertiga jadi kami semua sedondon. “Walaupun kadang-kadang saya dengan madu ada bergaduh tapi kami OK saja. Ada juga kami pernah keluar bertiga sebelum ni. Nak tak nak saya kena biasakan dengan kehidupan macam ni sampai bila-bila. Ikut saja rentak dan jalan Allah atur untuk saya,” ujar Fiena mengakhiri cerita kisah hidupnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI