SEEKOR kucing baka British Shorthair (BSH) dijadikan sebagai hantaran dalam majlis perkahwinan seorang usahawan kosmetik dari Kelantan. Menurut Mohammad Fitri Khairul Nizam Hisham, 23, dia terharu apabila isterinya Nur Kiasatina Hannani Mohd Ezanee, 22, menghadiahkan si bulus comel itu dalam majlis resepsi yang berlangsung pada minggu lalu. Senang disapa Fit, dia akui hadiah berkenaan cukup dekat di hatinya memandangkan dia merupakan pencinta haiwan sejak kanak-kanak lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas kejadian hilang IG gara-gara video call dengan rakyat Israel, usahawan kongsi video ‘benci Kelantan’ pula - “Kita bukan jenis kaki gaduh” ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu asyik layan roti kukus, pengantin perempuan sempat ‘payung’ lagu TokTi atas permintaan ibu - “Orang lain mungkin segan, saya beranikan diri” "Saya memang minat haiwan sejak kecil lagi. Dulu saya pernah bela ular dan kala jengking, tapi semua dah mati. Di rumah, saya juga ada dua kucing baka biasa. "Bila isteri hadiahkan kucing British Shorthair dari Ukraine ketika majlis kahwin, memang saya rasa teruja. Walaupun bilangan kucing dalam rumah dah bertambah saya tak akan penat cuci najis kucing. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kucing ni saya dah anggap macam terapi. Penat-penat balik kerja, mesti saya main dengan kucing. Kadang-kadang tidur dengan kucing. Haiwan ini juga yang jadi punca rezeki saya. "Dulu masa zaman susah. Saya ada RM20 saja dalam poket. Tapi saya tetap beli makanan untuk kucing jalanan. Esoknya dapat rezeki RM2,000. Jadi, saya sentiasa percaya dengan rezeki kalau buat baik dengan haiwan," ujar Fit kepada mStar. Wang hantaran bernilai RM15,000 turut digubah indah dengan 300 keping wang kertas RM50. Fit pada Ahad tengah hari turut berkongsi video hantaran kucing yang dihadiahkan isterinya menerusi laman TikTok. Lebih istimewa, Fit turut menghadiahkan 1,000 kuntum bunga mawar sebagai hadiah hari lahir isterinya yang jatuh pada tarikh persandingan mereka, Khamis lalu. Usia kami masih muda, ada juga yang tanya sekiranya saya dah betul-betul bersedia. Saya anggap ini semua aturan Allah. FIT "Hari lahir isteri jatuh pada hari persandingan kami iaitu 3 Mac, jadi saya bagi 1,000 kuntum bunga sebagai ucapan daripada saya. "Biasa orang bagi ucapan dengan kek, tapi saya cari kelainan. Saya harap dia akan ingat kenangan ini sampai bila-bila," ujarnya. Fit dan isteri sama-sama berasal dari Kelantan. Ketika akad nikah, Fit turut menghadiahkan wang hantaran bernilai RM15,000 kepada isterinya, yang mana ia digubah indah dengan 300 keping wang kertas RM50. Bercerita mengenai perkenalan mereka, Fit dan isteri pernah menuntut di sekolah sama, namun mula rapat selepas menamatkan pengajian. "Dulu saya sekolah dengan dia, kenal tapi tak pernah bertegur. Bila dah habis sekolah baru saya tegur di Instagram dan kami terus berkawan rapat. Kucing comel yang bakal menjadi penyeri rumah tangga pasangan ini. "Usia kami masih muda, ada juga yang tanya sekiranya saya dah betul-betul bersedia. Saya anggap ini semua aturan Allah. Semuanya diatur dengan baik. "Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar, saya rasa lebih tenang selepas kahwin. Bisnes pun makin berkembang," ujar Fit yang pernah bergelar model sambilan sebelum ini. Fit akui bersedia menggalas tanggungjawab biarpun baru berusia 23 tahun. Untuk rekod, Fit pernah mendapat liputan mStar pada 15 Julai tahun lalu gara-gara tular dalam satu video berkaitan isu negeri Kelantan menerusi TikTok. Pada tahun lalu, Fit juga pernah kehilangan akaun Instagram kerana kelantangannya bersuara mengenai kekejaman Israel terhadap Palestin. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI