suria

Lebih 7 tahun selesa gaya lelaki, tapi gadis ini tak kekok jadi model koleksi Muslimah terbaru Aliff Syukri... terharu dihujani doa agar berubah

Video transformasi Angah menerima pujian netizen.

SELESA berambut pendek dan mengenakan pakaian lelaki, kemunculan gadis yang senang disapa Angah ini sering mencuri perhatian netizen.

Biarpun sering dihujani kecaman, Norhidayatul Asmiera Md Asadzzman Hoque, 19, tidak pernah ambil hati, sebaliknya menerima kata-kata yang dilemparkan dengan hati terbuka.

"Saya memang macam ni. Saya bukanlah seorang yang kasar dan ganas, cuma suka penampilan begini sejak umur 12 tahun. Keluarga selalu tegur. Apa yang salah, pasti mereka tegur.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu dah makan segala macam garam” - Bekas pengkid lalui banyak perubahan susulan kes viral tahun lalu, kini dikurniakan bayi lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Lagak tomboi sejak umur 14 tahun, pemergian bapa gerakkan hati untuk berubah... terus berhijab selepas pulang Umrah - "Sedih abah tak sempat tengok perubahan ini"

"Mak saya pun membantah. Dia selalu minta saya pakai tudung. Tapi mak ayah tahu, suatu hari nanti saya akan berubah. Kita sendiri tahu mana yang baik dan buruk," ujarnya yang memiliki 1.2 juta pengikut di aplikasi TikTok.

Dedah Angah, dia sudah lali menerima kecaman dan melihat ia dari sudut positif untuk berubah ke arah lebih baik suatu hari nanti.

Malah katanya, dia juga terharu apabila ada sebilangan netizen sudi menitipkan doa serta kata-kata semangat untuk dia mengubah penampilannya.

"Apa yang saya buat, saya tak harapkan penilaian orang tapi saya buat untuk kepuasan hati sendiri. Saya tak pernah hiraukan kecaman. Segala teguran netizen saya terima.

angah3

Angah terharu dipelawa jadi model busana Muslimah.

"Mana tahu doa salah seorang daripada mereka diangkat Allah. Saya sentiasa mengharapkan doa-doa mereka semua. Saya berpegang kepada satu kata-kata, kita hidup kena santai, jangan sampai kena bantai," ujar anak kedua daripada enam beradik itu.

Dalam perkembangan terkini, penampilan Angah menggayakan busana Muslimah menerusi beberapa video tular di TikTok turut meraih pujian ramai.

Bukan tak biasa. Setiap kali raya, saya memang akan pakai baju kurung. Belum pernah lagi saya pakai kurta masa raya.

ANGAH

Selain video menggayakan telekung, video Angah mengenakan hijab turut menjadi perhatian sehingga menerima lebih sembilan juta tontonan.

Jelas Angah, dia berpakaian Muslimah bagi menjayakan sesi photoshoot koleksi pakaian baharu usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri selepas dijemput menjadi model, baru-baru ini.

"Photoshoot itu untuk koleksi baru Datuk Aliff. Dia ajak saya jadi model dan saya terima dengan hati terbuka. Saya tak sangka dapat peluang macam ni.

"Sesi photoshoot itu baru sahaja dijalankan minggu ini dan belum habis lagi. Sejujurnya saya tak rasa kekok untuk pakai baju Muslimah, sebab saya memang perempuan.

angah2

Angah mengusahakan bisnes bundle dan kosmetik.

"Bukan tak biasa. Setiap kali raya, saya memang akan pakai baju kurung. Belum pernah lagi saya pakai kurta masa raya. Cuma penampilan harian saja saya pakai macam lelaki.

"Saya dah biasa, tapi mungkin orang jarang nampak. Saya bersyukur sampai lebih sembilan juta views video di TikTok. Terima kasih atas sokongan semua netizen, tanpa anda siapalah saya," ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Angah yang berasal dari Taiping, Perak sudah dua tahun mengusahakan bisnes pakaian bundle dan kosmetik di Sri Kembangan, Selangor.

Menurut Angah, ibu serta ayahnya juga mengusahakan bisnes restoran, kedai runcit, kedai perabut dan kedai gunting rambut.

angah4

Ramai netizen mendoakan supaya Angah mengubah penampilannya suatu hari nanti.

"Dah dua tahun saya buka kedai dan berniaga sendiri. Mak ayah saya pun buat bisnes. Sejak sekolah saya bantu mereka berniaga, biasanya saya akan bantu di kedai runcit dan restoran.

"Daripada pengalaman itu, saya banyak belajar. Saya tengok mak ayah sabar walaupun hadap pelbagai ujian, dalam setiap jatuh bangun mereka sentiasa bersama. Sikap mak ayah dalam berniaga jadi contoh kepada saya hari ini.

"Ayah saya orang Bangladesh, tapi dah lama duduk di Malaysia. Kakak sulung saya pun dah umur 22 sekarang," cerita Angah lagi.

Di akhir bicara, Angah turut meminta orang ramai agar mendoakan urusannya untuk mengembangkan perniagaan dipermudahkan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain