“THE real cinta sampai mati” Begitulah ayat yang ditulis gadis ini pada video yang dimuat naik menceritakan semula mengenai kematian adiknya, Hanis Nuraishah Nasuha, 22, selepas dua bulan meratapi pemergian kekasihnya, Muhammad Hakimi akibat kemalangan jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Hari ni diucap tahniah, esok terima ucapan takziah! Suami reda isteri meninggal sehari selepas berkahwin - “Pukul 3 pagi dia beritahu sakit kepala” ARTIKEL BERKAITAN: Ditakdir temui pengganti tak bermakna lupa saat suami pergi selamanya... wanita ini syukur jodoh baru selalu ingatkan selit doa buat arwah, tak macam bapa tiri! Menurut Izzatul Khalida Nasuha, 25 pasangan ini dikatakan bakal bertunang pada April 2021 setelah empat tahun tempoh perkenalan, namun tidak kesampaian kerana Muhammad Hakimi telah menemui ajal pada Mei 2021 sebulan selepas koma akibat kecederaan parah terbabit dalam kemalangan jalan raya. Namun, apa yang berlaku dalam tempoh selepas kemalangan Hakimi dan seterusnya kematian Hanis ini diceritakan semula oleh kakak Hanis yang senang disapa Suha. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, jelas Suha yang berasal dari Temerloh, Pahang, pengalaman yang dilaluinya telah memberi impak yang penuh emosi buat dirinya. “Sepatutnya mereka dah rancang nak bertunang bulan April tahun lalu. Tapi tunang adik, Hakimi kemalangan jalan raya. Dia tak sedarkan diri selama lebih sebulan sebelum meninggal di Hospital Kuantan, Pahang. “Dalam tempoh Hakimi koma sampailah dia meninggal, adik saya memang hari-hari tak pernah tinggal untuk bercerita pada arwah mengenai apa yang telah berlaku. “Apa jadi, apa yang dia buat dan semua masalah dia akan hantar ke WhatsApp Hakimi. Semua dia luah di ruangan chat perbualan mereka walaupun tak berbalas sebab orang tu dah tak ada,” ujar Suha. Suha (kanan) adalah kakak paling rapat dengan Hanis dalam keluarga. Bercerita lanjut, Suha mendapat tahu mengenai perbualan di aplikasi WhatsApp milik adiknya ini sejurus selepas kematian Hanis. Ujar gadis ini yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik, adiknya telah meninggal dunia dua bulan selepas arwah Hakimi selamat dikebumikan iaitu pada 14 Julai 2021. Lebih tragis lagi, Hanis meninggal dunia di hari lahirnya dengan cara yang sama seperti kekasihnya iaitu kemalangan jalan raya. Sebelum adik saya meninggal, banyak juga tanda-tanda dia tunjuk, tapi kami sekeluarga anggap benda tu biasa saja. NASUHA “Adik saya meninggal akibat kemalangan jatuh jurang ketika dalam perjalanan balik rumah. Memang tragis sebab kami sekeluarga di rumah tunggu dia balik dan dah buat persiapan untuk sambut birthday dia. “Lepas kematian adik, baru saya jumpa semua WhatApps tu dalam telefon dia. Sebelum ni memang tak pernah geledah pun hal peribadi dia. Saya boleh buka lock phone dia sebab dua hari sebelum meninggal dia bagi semua password account privasi dekat adik nombor lima. Dia cakap ‘Ambillah password semua ni, akak takut nanti akak dah tak ada tak sempat nak bagi’. “Cuma pelik sikitlah sebab adik saya sempat padam semua chat semasa mereka hidup lagi. Yang tinggal cuma chat dia hantar daripada Hakimi koma sehingga meninggal je,” katanya. Berkenaan kematian Hanis yang merupakan anak nombor lima dalam keluarga, Suha menceritakan bahawa adiknya ini telah menunjukkan banyak tanda-tanda yang dia akan ‘pergi’ tetapi dianggap perkara biasa oleh keluarganya. Imbas Suha yang kini menetap di Kota Damansara, Selangor, Hanis merupakan anak perempuan yang paling rapat dengan bapa mereka sehingga boleh melakukan kerja-kerja yang biasa dilakukan oleh kaum lelaki. Oleh yang demikian, pemergian arwah memberikan kesan mendalam kepada keluarga kerana sikap ringan tulangnya yang suka membantu ahli keluarga lain. Hanis telah meninggal dunia akibat jatuh ke dalam gaung semasa hari lahirnya. “Sebelum adik saya meninggal, banyak juga tanda-tanda dia tunjuk, tapi kami sekeluarga anggap benda tu biasa saja. Dalam 44 hari sebelum dia meninggal, Hanis ada pergi lawat kubur arwah atuk, nenek dan pakcik. Saya jumpa video tu dalam phone dia. Dia menangis sambil belai batu nisan mereka. “Sehari sebelum meninggal, dia ada bancuhkan air milo untuk adik bongsu siap cakap ‘baby minumlah air akak buat ni. Ni air last akak buat untuk baby’. Itu pun kami masih tak sedar kenapa dia cakap macam tu. “Hanis ni rapat dengan semua orang dalam keluarga. Tapi paling rapat dengan abah sebab arwah ni rajin. Dia yang uruskan semua kerbau abah sampaikan dia pun ada ternak lembu sendiri. Kerja-kerja lelaki macam bertukang, baiki peralatan rosak dan tampal atap bocor pun boleh. Jadi bila Hanis meninggal, kami dah macam hilang tempat bergantung,” jelas Suha. Mengenai video yang menjadi tular, Suha pada asalnya mahu mencari semula keluarga terdekat Hakimi melalui platform media sosial. Jelas Suha yang bekerja sendiri, keluarga Hakimi masih tidak tahu tentang kematian adiknya akibat kemalangan jatuh gaung. “Kami tak tahu Hanis dan Hakimi ada hubungan sampailah mereka meninggal. Kami jumpa semuanya dalam galeri and WhatsApps dia saja. Tak pasti kenapa dia rahsiakan hubungan ni mungkin sebab ibu dan abah kami ni strict dan dia rasa dia masih muda lagi. Tangkap layar antara perbualan Hanis yang dihantar kepada Hakimi. “Apa yang saya tahu sepatutnya April 2021 tulah Hakimi nak datang merisik and jumpa keluarga. Tapi dia meninggal bulan Mei 2021. Apa yang kami nampak memang Hanis rapat dengan family arwah Hakimi. Cuma kami sekeluarga je yang tak tahu mereka dah bercinta selama empat tahun. “Jadi sampai sekarang family Hakimi mungkin tak tahu yang adik saya dah meninggal. Kami dah cuba untuk tanya orang sekeliling pasal arwah Hakimi tapi tak berjaya. Tapi kami cuma berharap dapat jumpa family Hakimi. Hanis terlalu berahsia sampaikan semua yang berkait dengan Hakimi dan keluarga dia dah padam tapi mereka berhak tahu pasal adik saya,” jelasnya menutupi kisah cukup sadis adiknya ini. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI