IMPIAN bagi setiap pasangan adalah untuk memiliki anak dalam perkahwinan mereka. Tidak ketinggalan bagi pasangan ini, Siti Aisyah Abu, 34, serta pasangannya Mohamad Khairunizam Ismail, 40, yang mengimpikan untuk memiliki anak perempuan setelah 12 tahun usia perkahwinan. ARTIKEL BERKAITAN: Anak ada geng mengidam dan bercerita sebab hamil serentak dengan ibu! Bapa paling happy dapat anak, cucu beza umur cuma 12 hariARTIKEL BERKAITAN: Meriah! Rezeki dikurniakan 7 puteri, suami isteri tetap tak putus asa nak timang 'hero'... kalau tak tunggu menantu je - “Orang kata curi senduk di rumah ramai anak lelaki” Namun ujarnya yang mesra disapa Siti, mereka ditakdirkan mempunyai empat anak lelaki sepanjang tempoh berumah tangga . “Anak sulung sampai nombor empat semua lelaki. Memang nak sangat anak perempuan sebenarnya. Tapi masa mengandung anak ke empat, saya tak tahu lagi jantina dia masa tu. Suami bernazar cakap pada saya ‘Kalau yang ni dapat girl, saya nak simpan rambut panjang. Awak dah bersalin baru saya potong.” View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) “Suami saya ni rambut dia jenis kerinting jadi dia malu sikit nak simpan sebab nanti semua orang kutuk. Tapi demi untuk anak ke empat tu, dia sanggup bernazar tak nak potong rambut. “Masa saya pergi scan awal mengandung tak nampak lagi jantina bayi. Sampai dah tujuh bulan pun baby tak nak tunjuk jadi doktor kata kemungkinan perempuan tapi doktor tak nak bagi harapan pada saya,” jelasnya ketika dihubungi mStar. Menurut wanita yang kini menetap di sebuah perumahan di Subang, Selangor, dia menyedari akan tingkah lakunya yang sedikit berubah semasa mengandungkan anak ke empat. Mohammad Airil Zaquan yang lahir pada 26 Jun 2018 merupakan anak ke empat pasangan ini. Jelas Siti, dia lebih suka bersolek dan berhias berbeza ketika mengandungkan tiga anak yang terdahulu. “Saya perasan masa mengandung anak ke empat ni saya asyik nak melawa je. Saya suka make-up dan bergaya. Masa anak yang lain saya jadi malas sikit nak berdandan. Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl. SITI “Jadi bila suami perhatikan sikap saya tu, dia pun cakap kemungkinan besar saya mengandung baby girl. “Saya pun dengan yakin ambil keputusan beli barang untuk anak dalam kandungan saya ni siap-siap sebab teruja. Saya beli baju warna pink dan barang-barang lain semua warna untuk anak perempuan,” katanya. Bagaimanapun, menurut Siti yang merupakan usahawan produk makanan sendiri, Sambal Cheq Siti ini, mendapat perkhabaran terkini daripada doktor. Setelah membuat pemeriksaan semula, keputusan yang diberikan tidak seperti yang disangka kerana doktor mengesahkan bahawa Siti sedang mengandung bayi lelaki. “Masa saya sarat nak bersalin, doktor scan lagi sekali dan beritahu yang anak saya sebenarnya 'boboy'. Dalam hati saya masa tu cakap tak apalah, asalkan anak saya sihat dan selamat pun dah cukup bersyukur. Empat orang pertama anak-anak yang dilahirkan merupakan anak lelaki Siti. “Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl. “Lepas saya beritahu suami yang doktor scan tadi kata anak ni boy, suami pun senyum sambil kata tak apa. Dia pun tak kisah samada lelaki atau perempuan asalkan baby sihat, walaupun ada juga nampak kekecewaan sikit pada air mukanya,” kata Siti. Berkenaan rambut yang disimpan oleh suaminya, Siti menjelaskan bahawa suaminya tidak memotong rambut itu sehingga anak ke empatnya, Mohammad Airil Zaquan lahir pada 26 Jun 2018. Wanita ini turut mengakui bahawa wajah anak ke empatnya yang kini sudah berusia lima tahun kelihatan comel dan lembut persis seorang bayi perempuan dan turut diakui oleh orang sekeliling. Berikutan video yang menjadi tular, kata Siti, dia telah melahirkan anak perempuan yang diberi nama Kyra Kaisara pada 28 Mei 2020. Pasangan ini bagaimanapun telah menimang cahaya bayi perempuan setahun selepas anak ke empat dilahirkan. “Setahun lepas dapat anak ke empat saya mengandung pula. Kali ini memang pasti anak perempuan tapi saya dah tak beli baju baru pink. Saya beli semua warna putih, biru dan hijau saja untuk dia. “Alhamdulillah ada juga rezeki kami nak dapat anak perempuan. Merasa juga ada anak perempuan dalam keluarga kami. Suami pun senyum lebar,” jelas Siti. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI