USIANYA masih muda, namun remaja ini tidak kekok dan segan untuk mencari rezeki di Pasar Awam Masai, Johor. Dalam satu video tular, kelihatan Muhammad Arif Irfan Md Idrus, 15, membersihkan mukanya serta apron plastik yang dipakai kerana terkena air ikan. Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Arif mendedahkan sudah lama membantu keluarganya yang berniaga ikan di pasar tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Bagai mimpi, pilot Malaysia imbas kisah control macho saat bintang bola sepak Barcelona di depan mata... menyesal selfie dengan Neymar, Messi je ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya, atlet taekwando buat video tutorial sukan lain tular di TikTok... tak sabar nak test skill selepas pandemik - “Saya tak pandai buat content” "Mak dah lama berniaga ikan di pasar. Sejak saya kecil lagi. Mak dibantu abang, kakak dan seorang pekerja. Ayah pula bekerja di sebuah kilang di Gelang Patah. "Saya sendiri pun, sejak darjah lima selalu datang tolong mak di pasar. Tapi setakat ini saya masih tak berani nak potong ikan. Saya bantu urusan lain seperti layan pelanggan dan sebagainya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Biasanya seawal jam 6 pagi saya akan ke pasar dan balik pukul 12 tengah hari. Saya suka bekerja untuk cari duit sendiri. Selain tolong mak, saya juga belajar cara berkomunikasi dengan pelanggan," ujar anak ketiga daripada empat beradik itu. Kata Arif, dia suka-suka berkongsi video ringkas memaparkan dirinya di pasar itu dan sama sekali tidak menyangka ia akan meraih lebih setengah juta tontonan. Pasar tempat dia sekeluarga mencari rezeki. Dengan menulis kapsyen 'bodoh boleh, malas jangan' pada video itu, sebilangan netizen mengakui berasa sebak melihat kegigihan dia bekerja awal pagi pada usia muda. "Video itu sebenarnya dirakam pada bulan lepas. Kawan yang suruh saya kongsi di TikTok, tak sangka boleh viral macam ni. Jika ada rezeki, saya nak main untuk pasukan Kelantan suatu hari nanti, sebab ayah saya asal Kelantan. ARIF "Ramai yang komen, mendoakan semoga saya murah rezeki. Ramai juga yang bagi semangat dan tanya lokasi saya berniaga. Walaupun tak kenal, saya terharu baca komen mereka," ujarnya lagi. Ketika ini, Arif berkata dia jarang ke pasar kerana sedang menjaga ibunya yang baru melahirkan anak keempat pada bulan lalu. Mengenai dirinya, Arif mengakui tidak begitu meminati bidang akademik, sebaliknya bercita-cita menjadi pemain bola terkenal suatu hari nanti. Remaja ini pasang impian jadi pemain bola suatu hari nanti. Menurut anak jati Johor itu, dia juga memasang angan-angan untuk menjadi pemain bola pasukan Kelantan. "Saya minat bola sepak sejak kecil lagi dan sangat mengagumi Cristiano Ronaldo. Sejak sekolah rendah saya selalu masuk perlawanan bola. Sekarang saya main futsal pula. "Saya tak minat sangat belajar, tapi minat lebih ke arah sukan. Jika ada rezeki, saya nak main untuk pasukan Kelantan suatu hari nanti, sebab ayah saya asal Kelantan," ujarnya lagi. Arif merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Akui tidak mudah untuk mengejar impian, Arif berkata dia akan berusaha agar ia menjadi kenyataan suatu hari nanti. Dalam temu bual sama, Arif juga berterima kasih atas sokongan ramai selepas video dia di pasar tular di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI