suria

Wanita lewat 20an dalam dilema... risau diri tak normal sebab elak fikir kahwin, lebih rela belanja mak ayah berbanding ‘stranger’

Seorang wanita melontarkan pertanyaan mengenai situasi yang dialaminya di Twitter @twtwedding.

REZEKI atau 'bahagian' setiap orang berbeza-beza antara satu sama lain.

Ada yang ditakdirkan berumah tangga pada usia muda, namun perlu menunggu bertahun-tahun lamanya sebelum dikurniakan zuriat.

Ada pula segelintir yang lambat bertemu jodoh namun direzekikan untuk menghabiskan masa berbakti kepada ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Terpikat dengan calon SPM, 2 kali cubaan nak berkenalan ditolak... lelaki ini akhirnya dapat juga nikahi ‘gadis hidang air’ - “Tak kisah, ibu pun kahwin muda”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Satu geng’ masa belajar di kampus, 8 sekawan akhirnya kahwin sesama sendiri... masing-masing rahsia percintaan - “Kalau tak score, kena perli la”

Pendek kata, perjalanan hidup setiap individu sudahpun diatur oleh Yang Maha Esa kerana Dia adalah sebaik-baik perancang.

Isu 'jodoh lambat' mungkin menjadi kebimbangan utama sebahagian besar golongan hawa kerana budaya masyarakat Melayu yang meletakkan standard umur tertentu untuk seseorang wanita mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, hal yang berbeza dirasai oleh seorang pelayar media sosial ini apabila dia mengakui lebih senang memperuntukkan masa dan wang ringgit untuk ibu bapa serta keluarganya.

TWEET

Ciapan yang dikongsikan oleh @twtwedding.

"Saya wanita berumur lewat 20an. Normal ke kalau saya fikir begini. Saya rasa daripada saya berkahwin dan jaga makan minum pakai stranger (orang luar), lebih baik saya jaga parents (ibu bapa) dan adik-adik saya.

"Macam orang lain yang happy bila balik kerja jumpa anak bini kan? Macam itu la perasaan gembira saya apabila balik kerja jumpa mak dan adik-adik," tulis pelayar berkenaan.

Pertanyaan itu dihantar oleh pelayar berkenaan menerusi Direct Message (DM) kepada admin Twitter @twtmalaywedding yang kemudian membuat perkongsian dalam satu ciapan bagi bertanyakan pandangan warganet.

Menerusi maklum balas warganet di laman komen, nyata pelayar wanita berkenaan tidak keseorangan apabila ramai yang turut berkongsi kisah masing-masing yang hampir serupa.

Sebenarnya lewat 20an tu belum lagi terlalu lewat kalau belum berkahwin, cuma culture kita yang terbiasa dengan norma seperti itu.

NETIZEN

"Saya wanita 30an, menetap dengan ibu bapa. Perjalanan hidup kita tak sama dengan orang lain. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jadi sentiasa rasa bersyukur dengan apa yang kita miliki," tulis @sweetie_2022.

"Saya berusia lingkungan 30an dan rasa perkara sama apa yang awak rasa. Alhamdulillah rezeki bertambah murah. It's okay, jangan terlalu fikir. Teruskan buat baik Insya-Allah Allah balas jasa dengan segala kebaikan dan mungkin siapa tahu, (dapat) jodoh yang baik yang buka pintu hati awak serta jaga awak dan ibu bapa," tulis @pauchan1206.

Dalam masa yang sama, netizen menyifatkan wanita berkenaan sememangnya beruntung kerana berpeluang untuk berbakti kepada ibu dan bapa sebelum bertemu jodoh kelak.

"Alhamdulillah. Allah bagi awak rezeki untuk bahagiakan family.

"Ok je ikut rezeki dan peluang masing-masing. Ada orang nak kahwin tapi tak ada jodoh.. jadi buatlah apa yang patut. Hal jaga orang tua tu pula kewajipan sebagai anak.

"Sebenarnya lewat 20an tu belum lagi terlalu lewat kalau belum berkahwin, cuma culture kita yang terbiasa dengan norma seperti itu. Bahagiakan family dahulu dan yang lain akan datang dengan izin-Nya," demikian antara komen netizen.

KERJAYA

Senario semasa kecenderungan perkahwinan lewat adalah di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan penduduk yang bekerja. Gambar hiasan

Sekadar tambahan, berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia yang diterbitkan pada Disember 2021 mendedahkan penduduk kini mula berkahwin pada umur lewat 20an berbanding pada umur awal 20an pada tahun 1980-an.

Penemuan Banci Penduduk pada tahun 1980, 2000 dan 2010, umur purata perkahwinan perempuan meningkat daripada 19.4 kepada 25.1 tahun dan kemudian meningkat kepada 25.8 tahun pada 2010.

Umur purata perkahwinan perempuan menunjukkan peningkatan daripada 27.5 tahun (2016) kepada 28.1 pada 2020.

Penemuan tersebut merumuskan senario semasa kecenderungan perkahwinan lewat adalah di kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan penduduk yang bekerja.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain