suria

Polis transform diri selepas 2 kali ‘frust’ menonggeng dengan lelaki! Dulu dihina sebab rupa, kini tenang bersama anak dan bisnes

Mira pernah dihina kerana berkulit gelap, berambut pendek semasa sedang menjalani latihan polis.

SETIAP perhubungan pastinya akan berakhir dengan perpisahan sama ada semasa hidup mahupun kerana kematian.

Namun perpisahan yang berlaku akibat kecurangan lebih menyakitkan sehingga ada yang sanggup membunuh diri kerana terlalu kecewa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sabar nak disatukan, pelajar sedang hangat bercinta rancang kahwin lari di Siam - “Moga ada anak nanti, tak ikut jejak langkah korang”

Perkara sama turut dialami Nur Amira Mohamad Yusof semasa dia sedang berusaha memperbaiki kehidupannya demi merealisasikan impian untuk terus bersama pasangan yang dicintai.

Bercerita kepada mStar, dia yang kini berusia 37 tahun berkata percintaannya bersama bekas teman lelaki bermula sejak di bangku sekolah.

"Saya dah berkawan dengan bekas teman lelaki dari sekolah lagi, semasa umur saya 16 tahun.

"Semasa umur 22 tahun saya dapat tawaran polis dan perlu rekrut selama enam bulan. Malangnya, semasa tengah latihan, teman lelaki berlaku curang.

"Lebih menyedihkan semasa outing, dia bawa teman wanita baru tu datang jumpa saya dan perempuan tu memandang sinis kepada saya. Dia juga sanggup perli dan hina fizikal saya.

"Yelah masa tu memang rupa saya buruk... rambut pendek dan kulit hitam terbakar kerana sedang menjalani latihan," ceritanya sayu.

Mira menghabiskan masanya dengan aktiviti 'outdoor' bagi melupakan perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Mira menghabiskan masa dengan aktiviti 'outdoor' bagi melupakan perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu lagi, dia bagaimanapun cuba memperbaiki hubungan yang sudah terjalin lebih enam tahun itu.

Namun, katanya, dia bagaikan menangguk di air keruh kerana impiannya bukan sahaja musnah malah teman lelaki tetap memilih wanita lain berbanding dirinya.

"Selepas saya habis latihan rekrut enam bulan tu saya cuba nak pulihkan hubungan yang dah rosak ni. Tapi kira-kira dua bulan lepas tu, dia terus terang minta putus dan sejak itu sehingga kini kami dah tak berhubung.

"Disebabkan tekanan perasaan, saya mengalami depresi sehingga pernah kelar tangan dan makan ubat sehingga overdose, semuanya kerana memikirkan masa yang lama dihabiskan dalam perhubungan yang terjalin antara saya dan bekas teman lelaki.

"Saya dah terlalu sayang pada dia dan pelbagai perancangan telah saya siapkan termasuk ke arah perkahwinan," ujarnya sambil menambah, dia sanggup berpenat lelah dalam rekrut demi masa hadapan bersama teman lelaki.

Anak-anak menjadi keutamaan Mira pada masa ini.

Anak-anak menjadi keutamaan Mira pada masa ini.

Dia yang mesra disapa Mira memberitahu, selepas ditinggalkan teman lelaki, dia berusaha untuk memulihkan semangat yang sudah hancur.

"Saya ambil masa setahun untuk pulihkan diri termasuk cuba tampil lebih menawan dan bergaya.

"Masa yang saya ada, dihabiskan dengan aktiviti outdoor termasuk bersenam setiap hari. Walaupun letih melakukannya, tapi aktiviti itu dapat membantu saya melupakan setiap perkara sedih yang berlaku.

"Alhamdulillah, saya berjaya kembalikan semangat dan akhirnya berkahwin pada 2008," ceritanya.

Bekas suami tinggalkan saya tanpa sebarang kenderaan dan dengan gaji yang kecil ini saya perlu bangkit demi menyara kedua-dua anak saya.

NUR AMIRA MOHAMAD YUSOF

Turut berniaga bengkung di waktu lapang, ujar wanita jelita berketinggian 165 sentimeter itu, perkahwinan yang dibina juga tidak berpanjangan.

Ekoran itu katanya, selepas bertahan selama tujuh tahun, dia mengambil keputusan berpisah.

"Hasil perkahwinan, saya dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Muhammad Danish yang kini berusia 13 tahun dan yang bongsu lima tahun, Tengku Raisha Sofia.

"Lebih menyedihkan apabila selepas bercerai, saya terpaksa struggle seorang diri untuk membesarkan anak-anak.

"Bekas suami tinggalkan saya tanpa sebarang kenderaan dan dengan gaji kecil saya perlu bangkit demi menyara kedua-dua anak.

Perniagaan bekung dimulakan sejak dua tahun lalu.

Perniagaan bekung dimulakan sejak dua tahun lalu.

"Disebabkan itu, saya memulakan perniagaan bengkung kira-kira dua tahun lalu dan Alhamdulillah, ia semakin maju. Sekarang, saya rasa sangat bersyukur dan reda menerima segala ujian serta musibah yang datang dalam hidup saya.

"Saya juga lebih bahagia dan tenang bersama anak-anak. Jadi saya nasihatkan kepada wanita di luar sana supaya sayangilah diri sendiri terlebih dahulu, jangan jadi macam saya yang terlalu sayangkan lelaki sampai sanggup buat perkara yang tidak sepatutnya.

"Tuhan uji kerana Dia tahu kita mampu dan Dia nak bagi yang lebih baik pada masa akan datang," ujar anak kelahiran Kajang, Selangor sebelum mengakhiri kisahnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain