suria

Lelaki Dusun sanggup terbang jauh jumpa ‘crush’ di Rusia, jawapan diberikan gadis itu sedikit hampa tapi masih harap ada jodoh

PERSAHABATAN erat boleh terjalin walau berada jauh beribu batu dan di negara berbeza.

Adakalanya kita tidak menjangka bahawa setiap perkenalan dengan seseorang itu akan membawa kepada persahabatan lebih akrab ataupun berakhir sebagai jodoh.

ARTIKEL BERKAITAN: Harungi banyak dugaan ketika bertunang, jurugambar Malaysia akhirnya nikah model Rusia - "Mencabar, macam-macam lelaki datang kat dia"

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Thai ini dedah cara 'mengayat' pelancong Rusia tak dikenalinya ikut balik gua, ramai kagum!

Begitulah kisah lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Evricc, yang telah berkawan dengan seorang wanita dari Rusia, Mary Grace, 26 yang tinggal di Moscow.

Jelas lelaki berusia 30 tahun ini, mereka berdua 'berjumpa' di sebuah kelas belajar bahasa secara dalam talian pada 2013.

Sejak itu, menurut lelaki Dusun yang tinggal di Kota Kinabalu, Sabah ini, hubungan mereka berdua menjadi lebih rapat apabila mereka mula berhubung melalu media sosial.

"Sebenarnya saya kenal dia dah lama. Masa 2013 tu saya ada join English Online Class dengan tutor dari USA (Amerika Syarikat). Dalam group tu banyak students dari Mexico, Brazil dan Eropah. Dari situ saya mula kenal dan bertegur dengan dia.

"Kami berbalas chat pun dalam group Skype saja. Tapi lepas tu kami mula pindah kepada platform lebih privasi di Instagram dan Facebook. Malangnya saya pula kurang aktif di sana. Jadi kami putuskan guna WhatsApp saja supaya lebih mudah.

Jejaka ini telah berkawan dengan Mary secara maya lebih empat tahun sebelum berjumpa.

"Kami mula rapat bila berhubung dekat WhatsApp. Hampir setiap hari saya akan contact dia sampai abang dia pun kenal saya. Saya ni kadang-kadang suka bergurau kalau mesej dengan dia. Usik dia sikit-sikit sebab dia suka gelak. OK la tak adalah rasa kekok sangat nak chat dia hari-hari,” jelas lelaki ini.

Bercerita lanjut mengenai kelas yang disertai, ia dilakukan sebagai suka-suka sahaja untuk memperbaiki penggunaan bahasa Inggeris.

Apa yang buat saya nekad nak jumpa dia sebenarnya saya dah memang ada rasa minat dekat dia masa mula-mula kenal dia.

EVRICC

Namun, lelaki yang menganut agama Kristian ini berkata dia tidak menyangka akan tertarik dan timbul perasaan suka terhadap gadis Rusia ini.

Justeru Evricc mengambil keputusan untuk ke Moscow untuk berjumpa Mary secara berhadapan pada tahun 2019.

"Tujuan asal saya masuk kelas tu online tu dulu sebab nak improve English saja. Dekat situ ada ramai tutor dalam banyak bahasa kita boleh belajar. Ada juga saya cuba masuk kelas bahasa Rusia tapi sekejap saja. Mary pun ambil kelas bahasa Inggeris juga dekat situ, jadi kami tolong satu sama lain. Tapi esoknya dah lupa apa saya belajar.

Evricc menempah tiket kapal terbang dan pergi ke Moscow pada 2019.

"Lepas empat tahun kami berborak, saya ambil keputusan nak berjumpa dia dekat Rusia. Saya beritahu Mary yang saya dah tempah tiket kapal terbang ke Moscow. Kami sangat teruja nak jumpa lepas lebih empat tahun berhubung secara online je.

"Apa yang buat saya nekad nak jumpa dia sebenarnya saya dah memang ada rasa minat dekat dia masa mula-mula kenal dia. Tapi saya tak pernah lagi ajak dia couple. Takut dia terkejut pula kan. Itu salah satu sebab saya nak jumpa dia depan-depan dulu. Saya nak kenal dia in person bukan texting saja," katanya.

Menurut Evric, ketika kunjungannya ke di Moscow, pada waktu itu adalah musim panas.

Namun, nasib tidak menyebelahi dirinya kerana cuaca di sana sering hujan.

Mary sanggup datang ke Moscow untuk berjumpa Evricc.

Jelas Evricc, kekangan cuaca menyebabkan perjalanan menjadi terhad dan mereka berdua hanya menghabiskan masa di kafe dan beberapa tempat lain sahaja.

"Saya pergi je Moscow masa tu bukan seorang tapi ada kawan dari Malaysia teman. Dia yang tolong rakam semua video dan moment masa dekat sana.

"Saya pergi enam hari saja. Tapi saya spent masa tiga hari je dengan Mary dekat sana. Kawan saya yang ikut trip dari Malaysia tu dia memang ada kawan lain belajar dekat Moscow jadi mereka lepak bersama.

"Masa tunggu dia muncul memang nervous gila sebab dia tinggal agak jauh dari bandar Moscow. Sebenarnya saya nak pergi jumpa dekat rumah dia saja tapi dia beritahu 'it's okay I will meet you there' jadi rasa macam terharu pula dia sanggup datang. Bila jumpa dan kami bagi friendly hug dan salam.

Gara-gara hujan berterusan, aktiviti mereka untuk berjalan-jalan di Moscow amat terhad.

"Di sana kami cuma berjalan dekat bandar saja. Ada juga pergi melawat muzium. Tapi saya ada juga pelawa pergi jalan jauh sikit tapi dia cakap tak boleh sebab dia masih student jadi saya pun faham. Lepas jumpa tu kami ada plan nak travel sama-sama pergi Eropah masa 2020 tapi tak kesampaian sebab lockdown," katanya.

Bercerita lanjut mengenai videonya yang dimuatnaik di TikTok, ia hanya sebagai simpanan momen manis antara dirinya dan 'crush' sahaja.

Ujar Evricc, jika mereka ada jodoh, dia tidak akan menolak namun sedar jarak dan jurang perbezaan antara dua negara ini membuatkan mereka sukar bertemu dengan kerap.

Evricc akur dengan jawapan gadis ini namun masih berharap jika ada harapan berjodoh kelak.

"Lepas lockdown 2020, kami tangguh trip ke tahun 2021 tapi masa tu masih lagi lockdown sampai sekarang. Sekarang pun dia dah graduate dan kerja. Rutin kehidupan dia pun makin sibuk tapi kami masih saja berhubung macam selalu.

"Tapi apa-apa pun saya harap masih ada jodoh. Kalau tak ada pun nak buat macam mana kan. Saya pun pernah je tanya dia 'if one day dia marry someone not from her country, sudi ke nak tinggal di negara luar' lepas tu dia jawab dia tak sanggup tinggalkan keluarga dia dekat Rusia," ujar lelaki ini dalam nada sedikit hampa.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain