suria

Bapa tunggal tabah besarkan 3 anak! Baru sedar wanita ada superpower, mahu undur masa sebab rasa tak cukup menyayang, bantu arwah isteri

Khairul membesarkan ketiga-tiga anaknya bersendirian.

MEMBESAR tanpa ibu atau bapa di sisi pastinya sukar, begitu juga tugas membesarkan anak-anak tanpa pasangan.

Kesukaran pastinya terasa, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak kecil.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Anak lelaki umur 11 tahun dah boleh diharap mandikan bayi baru lahir, masak dan jaga ibu berpantang - “Saya sangat tegas, garang”

Berkongsi pengalaman yang dilalui, Khairul Abdullah berkata, kehidupan sebagai bapa tunggal yang perlu membesarkan anak kecil dipenuhi linangan air mata.

Mana tidaknya, dia terpaksa mendengar tangisan kerinduan serta melihat anak-anaknya yang masih kecil kehilangan kasih sayang seorang ibu yang meninggal dunia kerana jangkitan kuman dalam darah.

"Isteri meninggal itu takdir yang aku terima, tapi anak-anak kehilangan ibu ni adalah benda yang paling meruntun jiwa. Kau tahu betapa deritanya bila tengok wajah serta tangisan anak yang rindukan ibu dia?

Anak-anak Khairul membesar tanpa belaian seorang ibu.

Anak-anak Khairul membesar tanpa belaian seorang ibu.

"Umpama ratusan kaca menikam-nikam kat jantung but nothing you can do about it. Lepas anak menangis, aku pujuk sampai tidur semuanya dan aku pula pergi menangis," ujarnya.

Menerusi perkongsian di Facebook rasminya itu, Khairul turut menyatakan, kehilangan yang dialami itu mematangkan dirinya selain menjadikan dirinya lebih kuat untuk membesarkan anak-anak.

"Namun aku bersyukur sebab kematian itu sangat 'menghidupkan' aku. Aku belajar banyak benda, aku tahu banyak perkara dan paling penting aku kuat besarkan anak-anak sampailah ke hari ini.

"Sesekali bila anak-anak tidur begini, aku kenang balik waktu depa (mereka) kecil dulu. How fragile they were, how different they were and how different I am back then.

Netizen turut menyatakan Khairul menjadi sumber inspirasi.

Netizen turut menyatakan Khairul menjadi sumber inspirasi.

"Banyak benda yang aku rasa kalau masih boleh undur balik, aku akan buat sesungguh-sungguhnya.

"Aku akan sayang sesungguh-sungguhnya. Aku akan ambil berat dan aku akan bantu semahunya. Rasanya aku tak cukup membantu, tak cukup menyayang. Tapi, semua dah terlambat," kata bapa kepada tiga cahaya mata itu.

Menurutnya yang membesarkan anak-anak bersendirian selama tiga tahun, tugas tersebut bukan suatu perkara yang mudah kerana seseorang individu itu perlu mempunyai kekuatan mental dan fizikal.

Sejak jadi ayah sepenuh masa, besarkan anak dari kecil sampailah dah besar seorang diri, baru aku tahu yang langit itu tinggi atau rendah.

KHAIRUL ABDULLAH

"Kerja membesarkan anak-anak ni bukan kerja main-main. Perlukan superpower, perlu kuat fizikal dan paling penting perlu kuat mental. Kalau tak, memang koyak.

"Salute kepada semua mak-mak di seluruh dunia.

"Sejak jadi ayah sepenuh masa, besarkan anak dari kecil sampailah dah besar seorang diri, baru aku tahu yang langit itu tinggi atau rendah.

"Sesungguhnya menjadi ibu itu adalah satu tugas yang sangat berat dan memenatkan, fizikal dan juga mental.

"Tuhan cipta wanita ini dengan kekuatan luar biasa. Namun depa juga manusia, ada limit, perlu bantuan, perlu rehat, perlu me time, perlu bercuti, itu dan ini," jelasnya sambil mengucapkan selamat Hari Wanita kepada wanita-wanita di seluruh dunia.

Khairul semasa ditemuramah sebuah stesen televisyen.

Khairul semasa ditemuramah sebuah stesen televisyen.

Mengakhiri kisahnya, Khairul berkata, golongan wanita yang juga isteri dan ibu perlu diberi perhatian sewajarnya sama ada daripada suami mahupun anak-anak.

"Jadi mohon semua anak-anak, bantulah ibu anda... mohon para suami, bantulah isteri anda.

"Sayangilah mereka sepenuhnya, bantulah mereka semahunya dan jagalah hati mereka... selagi mereka masih ada," katanya.

Perkongsiannya itu dikongsi lebih 11,000 pelayar Facebook malah rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan Khairul dan anak-anaknya.

"Semoga Allah limpahkan segala kerahmatan dan keberkatan setiap titik peluh ayah yang membesarkan anak-anak ini semua," kata Noor Rasidah Kasbi.

"Allah beri sebab Allah tahu kemampuan dan kekuatan saudara. Semoga terus istiqamah menjadi yang lebih baik. Semoga arwah isteri sentiasa dalam rahmat dan pengampunan Allah, berada di taman syurgaNya," ujar Jam'iyah Darmawan.

"Moga dipermudahkan segala urusan super daddy membesarkan ketiga-tiga super heroes. Moga mereka semua membesar menjadi anak yang soleh mendoakan kesejahteraan arwah ibu di sana dan kekuatan ayah mereka di sini," Khairun Nisa Jaafar.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain