suria

Lelaki bangga hanya sehari positif Covid-19, keputusan jadi negatif selepas joging 10km... Dr Rafidah sound individu tak reti kuarantin

Dr Rafidah menegur sikap seorang individu yang melakukan aktiviti joging ketika dalam kuarantin.

JIKA melihat 'timeline' di media sosial, boleh dikatakan agak 'meriah' dengan perkongsian daripada warganet mengenai pengalaman masing-masing ketika dijangkiti Covid-19.

Ada yang mengalami simptom yang teruk sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital atau dimasukkan ke pusat kuarantin untuk tujuan pemantauan.

Namun bagi kebanyakannya yang hanya mengalami simptom ringan dan menjalani kuarantin di rumah, mereka turut berkongsi petua atau tip tertentu yang diamalkan agar lekas pulih daripada jangkitan wabak berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamba buat cerita palsu kematian akibat suntik vaksin, ramai desak Mak Teh munculkan diri! - “Wahai Mak Teh air kelapa, kita perlu bincang”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita dah tidak ada masa, program vaksinasi ni lembab sangat” - Doktor rayu utamakan rakyat yang betul-betul mahu... pesakit kronik wajib!

Terbaharu, kecoh di laman sosial apabila seorang pelayar berkongsi kisahnya yang dijangkiti Covid-19 namun 'pulih' sehari kemudian selepas melakukan aktiviti berjoging.

Menerusi video yang tular di aplikasi TikTok, pelayar berkenaan turut memuat naik videonya melakukan aktiviti tersebut di mana dia berlari hampir 10 kilometer dan mendakwa tidak mengalami apa-apa kesan sampingan kepada staminanya.

"Hampir 10km, heart rate below 160, means tak semput. Saya positif tapi saya jalankan aktiviti sukan di kawasan yang sunyi," tulisnya.

test

Tangkap layar (screenshot) daripada video TikTok pelayar berkenaan.

Dalam video yang sama, ia turut memaparkan dirinya melakukan ujian saringan Covid-19 selepas selesai berjoging dan menunjukkan hasil ujiannya yang 'negatif'.

Bagaimanapun, ternyata tindakan tersebut mendapat teguran daripada beberapa pengamal perubatan, antaranya Dr Rafidah Abdullah.

Menerusi bebenang di Twitter, Dr Rafidah menyifatkan pelayar tersebut sebagai individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.

"Mengarut! Bila positif RTKAg, asingkan diri. Kuarantin. Dah kenapa pergi berlari 10km di luar??? Nak pass kan virus anda kepada orang lain? Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja," tulisnya.

Kalau anda ada jangkitan Covid-19, ada risiko serangan jantung. Rehat, kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Is that too difficult to ask? Bukan pergi berlari jarak jauh.

DR RAFIDAH ABDULLAH

Jelas Dr Rafidah, sungguhpun hasil ujian kendiri menunjukkan keputusan 'negatif' namun ia tidak bermakna tiada jangkitan.

"RTK Ag adalah ujian saringan! Jika test PCR, anda masih lagi positif. Jangkitan tidak 'hilang' dan anda 'sembuh' dan selamat keluar dari kuarantin sebelum waktunya. Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya.

"Kalau anda ada jangkitan Covid-19, ada risiko serangan jantung. Rehat, kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Is that too difficult to ask? Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggulah dahulu," tulisnya.

Sehingga kini, ciapan Dr Rafidah meraih sehingga melebihi 2,500 ulang kicau (retweet).

KOMEN

Antara komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal kerana sikap pentingkan diri pelayar berkenaan.

Sementara itu menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama menyelar sikap pentingkan diri pelayar berkenaan.

"Siapa ajar kuarantin keluar rumah? Orang cakap kuarantin, kuarantin sajalah!

"Anda sangat pentingkan diri! Fikirlah kalau menjangkit orang yang dapat gaji hari. KKM suruh kuarantin, duduk rumah sajalah!

"Kadangkala manusia sebegini kena diajar supaya lain kali tidak buat kesalahan yang serius," demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain