[DIKEMASKINI]DITAMPAR di bahagian muka dengan kuat bertalu-talu, begitulah kejamnya perlakuan seorang wanita terhadap bayi yang sedang berada di hadapannya. Badan dan tangannya juga dihentak ke lantai, malah ditarik dengan begitu kuat. Lebih memilukan tangisan teresak-esak bayi malang itu langsung tidak dipedulikannya. ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar! Pengasuh tampar, ketuk budak guna sudip didakwa pernah dera kanak-kanak lain... selalu ada kesan luka cubit di badan Wanita berkenaan dipercayai pengasuh kepada bayi itu dan rakaman perlakuan tidak berperikemanusiaan tersebut kini tular di media sosial. View this post on Instagram A post shared by Majoriti (@majoritiofficial) View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, kejadian berlaku ketika wanita berusia lingkungan 50-an itu sedang memakaikan baju bayi. Lebih menyedihkan, bukan satu video, tapi empat video tersebar memaparkan perlakuan wanita itu tanpa belas kasihan. Satu lagi video menyaksikan pengasuh berkenaan menampar pipi seorang kanak-kanak yang hanya memakai lampin dengan kuat termasuk menarik tangannya secara paksa. Dua lagi video dirakam dari meja makan menunjukkan perakam sedang melakukan kerja sekolah, sambil pengasuh itu dipaparkan sedang memberikan makanan kepada seorang kanak-kanak. Seorang wanita mahu menampar seorang kanak-kanak. Walaupun tidak kelihatan kanak-kanak di dalam rakaman, hanya tangisan yang kedengaran selepas pengasuh berkenaan beberapa kali dilihat mengetuknya menggunakan sudip kayu. "Diam, diam... sini, sini... sini dekat. Buka mulut," tengking wanita itu, dipercayai memaksa seorang kanak-kanak mendekatinya. Pengguna Twitter yang memuat naik video tersebut mendakwa ia dirakamkan oleh anak tiri pengasuh yang berusia 11 tahun. "Orang yang rakam tu adalah anak tiri pengasuh. Umur 11 tahun, kena dera juga," katanya menerusi satu ciapan pada Selasa malam.Bercakap kepada mStar, pengguna Twitter yang enggan dikenali memberitahu, kanak-kanak yang didera kini berada dalam penjagaan ibu bapa mereka. Menurutnya, insiden dikatakan berlaku di sebuah flat di Taman Utama, Gelugor di Pulau Pinang. "Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam. "Tak pasti berapa ramai yang didera. Ibu bapa mangsa ada buat laporan polis," katanya secara ringkas ketika dihubungi. Wanita itu mengetuk kanak-kanak menggunakan sudip kayu. Dalam pada itu, pengguna Twitter itu turut memaklumkan terdapat dakwaan bahawa pengasuh tersebut mengalami masalah mental. "Sampai ada baby, tulang tangan retak. Kes dera makin berleluasa."Semoga nasib baby dan budak-budak yang didera tu semua dibela," katanya. Posting yang dimuat naik pengguna Twitter @cocoandbrownie sejak Selasa malam itu diulang kicau lebih 7,000 kali dan membangkitkan kemarahan ramai terhadap tindakan kejam pengasuh itu. Keadaan mereka (mangsa) trauma, takut nak jumpa orang. Terdapat kesan lebam. PENGGUNA TWITTER @COCOANDBROWNIE "Bawa bertaubatlah makcik, kalau tak boleh buat kerja baik bersara je makcik. Jangan cederakan anak orang." "Weh ini yang dia rakam, yang tak rakam tu aku tak tau la." "Kalau tak ikhlas jangan jaga anak orang. Jaga setakat nak duit je tak payah jaga. Jaga kalau asyik nak mendera tak usah jaga. Jaga tapi tiada sifat keibuan lebih baik pulangkan cara baik. Macam mana maknya hantar macam itulah kita pulangkan, bukannya pagi hantar malam anak meninggal, sedih. "Tolonglah pihak berkuasa tangkap makcik ni, isi je dalam lokap. Tak sanggup dah aku tengok video ni, dia hempuk muka budak tu, pukul dengan sudip kayu, insane! Tak perlu lepas pun tak apa. Aniaya anak orang. Anak tiri pun sama kena. Ya Allah. Mental ke apa ke, letak je dalam pengawasan," demikian antara komen-komen netizen. Antara komen-komen netizen. Sementara itu, dilaporkan polis mengesahkan klip video dera melibatkan kanak-kanak di sebuah rumah pengasuh yang tular dalam media sosial merupakan insiden lama. Selain itu, polis turut menafikan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pengasuh tersebut seperti yang didakwa. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong sebaliknya memberitahu bahawa suspek iaitu seorang wanita warga asing berusia 53 tahun akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat dan pihaknya sedang menunggu kebenaran Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa suspek di mahkamah. "Selepas menerima laporan daripada seorang wanita tempatan pada 7 Disember tahun lalu, kita menahan suspek pada keesokkan harinya kerana didakwa mendera empat kanak-kanak. "Kita menahan reman suspek selama enam hari dan dia kini ditempatkan di Penjara Jawi sebelum didakwa di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur pada Rabu. Mengulas mengenai kejadian itu, Soffian berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Persiaran Minden, Gelugor di Georgetown pada 2 Disember 2021. "Susulan daripada laporan polis itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 31(2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana penderaan kanak-kanak. "Selain itu, suspek juga dituduh mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen kerana kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI