KETIKA ini kebanyakan penghuni memilih untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman masing-masing untuk tujuan keselamatan. Melalui kamera tersebut, segala sudut kediaman yang dilengkapi dengan alat berkenaan akan merakamkan apa sahaja yang berlaku dan ia sangat berguna untuk rujukan kemudian hari sebagai bukti sekiranya terjadi rompakan, kebakaran atau sebagainya. Namun berbeza pula kisah yang dialami oleh doktor ini apabila CCTV di kediamannya merakam pergerakan objek misteri di ruang tamu. ARTIKEL BERKAITAN: Pasang CCTV nak monitor anak tapi benda lain pula muncul... Wanita sarat mengandung meremang tengok rakaman, awal pagi dah ada kelibat putih di ruang tamu ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan orang curi, akhirnya nampak macam budak kecil ambil duit” - Rakam semua, bermacam kelibat boleh tengok... ramai ragu-ragu nak pasang CCTV! Menerusi satu perkongsian di Facebook, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkata, kejadian yang berlaku beberapa minggu lalu disedari oleh isterinya ketika mereka sekeluarga sedang nyenyak tidur. "Isteri saya ni jenis tak berapa taksub dengan kejadian paranormal. Jarang sangat dia bercakap tentang gangguan paranormal atau makhluk halus. "Bukanlah dia tak percaya perkara ghaib, cuma dia lebih suka cari penjelasan yang lebih logik. Jadi bila dia cerita apa dia nampak, saya jadi sangat khuatir," tulisnya. Notifikasi CCTV yang diterima daripada telefon bimbit membuatkan isteri Dr Kamarul Ariffin curiga. Gambar hiasan. Menurut Dr Kamarul Ariffin, kediamannya dilengkapi dengan CCTV yang boleh dipantau menerusi telefon pintar. "Salah satu daripada CCTV ni diletakkan di tingkat bawah di ruangan utama. Ia dihalakan untuk paparkan pemandangan ruang tamu, termasuk satu ruangan berhampiran pintu masuk rumah. "Pada waktu malam, lampu di tingkat bawah ni tidak dinyalakan, menjadikannya agak kelam dan suram. Jadi, pada waktu malam, CCTV akan ditukarkan kepada mod pandangan malam, dan ciri pengesanan pergerakan akan dihidupkan. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan banyak berkongsi hantaran mengenai isu kesihatan, hal ehwal semasa dan kisah seram di Facebook miliknya. "Pada malam berkenaan, ketika kami semua sudah tidur, tiba-tiba telefon isteri saya berbunyi. Bunyi itu membangunkannya. Bila dia periksa telefonnya itu, dia lihat ia adalah notifikasi dari aplikasi CCTV. Notifikasi itu memberitahu CCTV di ruang tamu mengesan pergerakan," ceritanya. Berasa curiga, doktor itu berkata isterinya lantas membuka paparan kamera CCTV di ruang tamu itu melalui telefonnya. "Kelihatan ada satu objek yang tak diketahui berada di hadapan CCTV tu. Digambarkan pada saya, benda itu kelihatan putih, lonjong dan bergerak-gerak sedikit. "Isteri saya mula-mula sangka ianya serangga yang berada di atas lensa kamera CCTV, jadi dia mengalihkan pandangan kamera CCTV itu menggunakan aplikasi di telefonnya. "Namun, dia dapati benda putih itu tidak bergerak bersama lensa CCTV. Ia kekal berada di posisi yang sama. Bermakna, benda itu bukan berada di permukaan lensa CCTV," ceritanya. Ternyata, selepas nyalakan lampu pun, memang tiada apa yang aneh di ruang tamu itu. DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN Disebabkan berasa tidak sedap hati dan dalam masa yang sama ingin tahu apa yang berlaku, doktor itu berkata isterinya kemudian memberanikan diri untuk turun ke ruang tamu bersendirian. "Ternyata, selepas nyalakan lampu pun, memang tiada apa yang aneh di ruang tamu itu. Setelah dia puas periksa ruang tamu, dia pun padam lampu dan naik semula ke bilik. Kemudian dia ambil telefonnya, dan periksa aplikasi CCTV. "Kali ni, benda tu sudah tiada dalam paparan CCTV. Esoknya, dia beritahu apa yang berlaku. Malangnya, dia tak rakam. Dia kata tak terfikir nak rakam sebab malam semalam dia separa mamai dan sangat curiga apa yang dia nampak dalam CCTV tu," tulisnya. Sungguhpun tidak mempunyai bukti, Dr Kamarul Ariffin berkata dia percaya apa yang diceritakan oleh isterinya itu mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku di kediaman mereka sebelum ini. Antara komen netizen terhadap perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan. "Saya tak rasa dia reka-reka cerita ni. Lagi pun, di pintu masuk rumah saya tu, dari mula kami pindah masuk rumah, memang dah ada sesuatu yang misteri. "Pada minggu pertama kami tinggal d rumah ni, di pintu hadapan tu ada bau busuk, tapi kami tak jumpa puncanya. Bau seperti haiwan mati. Ia berterusan selama tiga hari, dan akhirnya hilang sendiri. "Malah, sebelum penampakan dalam CCTV ni, kami perasan ada bau bangkai di pintu masuk itu. Habis kami punggah kabinet rak kasut untuk cari apa-apa yang boleh menyebabkan bau itu, tapi tak jumpa apa-apa yang aneh. Kami cuci rak tu bagai, tapi tak hilang bau tu. Beberapa hari selepas itu, bau tu hilang sendiri," ceritanya lagi. Sebagai langkah keselamatan, Dr Kamarul Ariffin berkata mereka membuat keputusan untuk memasang satu lagi kamera CCTV tambahan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI