SEDANGKAN lidah tergigit, inikan pula suami isteri. Begitulah yang dialami oleh pasangan suami isteri ini yang cuba melakukan sesuatu yang lain daripada lain dalam menyelesaikan isu rumah tangga. Menariknya, seorang isteri berkongsi tangkap layar mesej yang dihantar suaminya menerusi aplikasi WhatsApp yang merupakan satu 'jemputan' untuk sesi luahan hati ke hati. ARTIKEL BERKAITAN: Baru seminggu kahwin, suami sanggup 'korbankan' dumbbell untuk isteri senggugut teruk jam 1 pagi ARTIKEL BERKAITAN: Usia hampir seabad, romantik macam baru kahwin... cucu dari jauh ada sebab mula simpan koleksi video sweet datuk, nenek Jika melihat pada mesej yang dikirimkan, ia seperti satu jemputan untuk perjumpaan rasmi atau mesyuarat meskipun ia dilakukan di kediaman mereka. "Salam yayang (panggilan buat isteri), memandangkan sejak kebelakangan ini kita banyak gaduh dan salah faham, saya sebagai ketua keluarga nak ajak yayang: Jemputan ke Perbincangan Heart to Heart (hati ke hati). "Masa selepas makan dan Atlaf (anak lelaki) tidur. Tempat di bilik study," demikian menurut mesej kiriman suaminya, yang dikongsikan seorang pengguna Twitter bernama Nurul Atikah mengenai perjumpaan pada 3 Mac lalu. Isu rumah tangga ditangani bersama pasangan. -gambar hiasan Menerusi kiriman mesej itu lagi, suaminya turut menyenaraikan 'agenda luahan hati' yang bakal dibincangkan dalam perjumpaan tersebut. Antaranya adalah tanggapan terhadap suami atau isteri serta situasi yang dihadapi dari segi mental, kerja dan kewangan. "Apa yang nak pasangan perbaiki dan luahan hati (terbuka). "Saja ajak formal sikit, jadi boleh fikir sebelum meeting. Nak note point pun boleh kalau nak perbaiki diri kita dan rumah tangga," tambah si suami. Mesej yang dihantar suami Nurul Atikah. Perkongsian menerusi satu ciapan di laman Twitter @eykaaakechik diulang kicau lebih 19,000 kali dan mendapat lebih 30,000 tanda suka (like). Mengulas lanjut, Nurul Atikah menyifatkan ia merupakan realiti pasangan suami dan isteri menempuh alam rumah tangga. Buatlah dengan pasangan seminggu sekali atau paling sikit pun sebulan sekali. Insya-Allah hubungan akan lebih erat dan saling memahami. NURUL ATIKAH "Realiti alam perkahwinan mesti ada pasang surut, up and down. Kalau tiap-tiap hari manis je ada la tu something wrong atau salah seorang jenis pendam atau tak dapat peluang nak luah. "Kuncinya adalah komunikasi dari hati ke hati. Kadang-kadang sis cuak bila sesi ni sebab biasa punca daripada sis mood swing," katanya tanpa memberitahu usia perkahwinannya. Perkongsian Nurul Atikah mendapat perhatian di laman sosial. Dalam pada itu, Nurul Atikah turut menyarankan kepada pasangan suami isteri untuk melakukan perkara sama dalam mengeratkan lagi hubungan. "Buatlah dengan pasangan seminggu sekali atau paling sikit pun sebulan sekali. Insya-Allah hubungan akan lebih erat dan saling memahami," katanya. Menurut 'nota kaki' di ruangan bebenang di laman Twitter, Nurul Atikah turut menjelaskan bahawa situasi yang dilaluinya bersama suami sebenarnya tidak terlalu formal. "Sebenarnya tak pernah formal macam ni, biasa sebelum tidur mesti dah berbaik kalau gaduh, atau lepas isyak berjemaah masa salam cium tu terus insaf rasa. "Sebab tu sis screenshot (tangkap layar) ni sebab laki sis formal pula lain macam," ujarnya secara berseloroh. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI