"KADANG terfikir dia ni orang ke bukan." Begitulah kapsyen yang ditulis oleh jejaka ini, Fiqhrul Annuar Rizal, 21, setelah memuat naik rakaman video kekasihnya sedang memakan ikan mentah terus dari plastik sebaik membelinya di pasar borong. ARTIKEL BERKAITAN: "Dah lama nak makan udang tapi itu saja yang ada" – Hidangan mi segera siswi alas perut dikata pelik, sebenarnya berkorban takut lari bajet ARTIKEL BERKAITAN: "Sushi ada pulut ikan masin"! Nak tergelak tapi keliling ada orang, 2 beranak bikin kecoh pertama kali cuba makanan Jepun... pelik tengok adik ipar berpiring-piring Malah, aksi bersahaja si gadis memakan ikan mentah yang masih berdarah itu menjadi perhatian netizen selepas video yang dikongsikan di laman sosial menjadi tular. Ketika dihubungi mStar, gadis ini, Nurin Nadrah Mohamad Jamil, 21, menceritakan semula mengenai tindakan ekstrem dirinya ini dikaitkan dengan amalan mistik yang tidak masuk akal. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya nak makan ikan tuna saku dari jenis sashimi (hidangan makanan mentah Jepun) tapi tak tahu kedai yang jual macam tu di mana. Saya dah pergi cari merata tempat tapi masih tak ada. "Jadi saya dan Fiqh (kekasih Nurin) pergi Pasar Borong Selayang dan Fiqh belikan saya ikan tu sebab nak bagi rasa isinya. "Bila dah beli ikan tu, saya ambil isi bersih je makan, tak semua kena darah, lagi pun makan lepas basuh. Fiqh record masa saya makan maka terhasillah video tu," jelasnya yang mesra disapa Nurin. Menjelaskan apa yang dilakukannya itu, gadis yang tinggal di Puchong, Selangor ini memberitahu dia dah agak lama gemar memakan ikan mentah. Gadis ini memang gemar makan ikan mentah walaupun tidak diajdikan rutin atau makanan ruji. Tambah Nurin, dia tidak mengambil ikan mentah setiap hari sebaliknya hanya sekali sekala sahaja. "Saya tak pasti sejak bila suka makan ikan mentah tapi dah lama juga la. Saya faham sesetengah orang anggap pelik dan tak suka bau ikan belum masak sebab hanyir tapi bagi saya benda tu OK saja, rasa macam makan makanan Jepun, sushi. "Nak cakap ikan tu sedap berbanding sashimi memang tidaklah sebab saya memang mengharapkan nak makan tuna sashimi sebenarnya bukan ikan mentah tu tapi dah kekasih belikan saya makan saja sebab tak nak kecilkan hati dia. Lagipun saya jamah sikit saja tak sampai seekor pun. Bagi saya, perkara ni tak ada kena mengena dengan nenek moyang, memang saya sendiri suka. NURIN "Sepanjang tempoh dua tahun bercinta, ni kali pertama dia tengok saya makan ikan mentah tu. Tapi dia tahu saya memang selalu makan ikan salmon dan tuna sashimi," jelas Nurin. Imbas gadis ini, ahli keluarganya yang lain turut mempunyai tabiat sama namun dia dan ibunya sahaja yang boleh ‘menelan’ makanan tidak dimasak seperti Nurin. Namun jelas Nurin, dia tidak menyangka perkongsian kekasihnya ini mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen. "Ni perkara tak perlu rasa bangga, tapi patut dirisaukan... cuba-cuba bawa pergi jumpa ustaz atau yang pakar dalam bidang ni. "Kalau bela saka maybe lebih elok basuh dulu. Benda berdarah macam tu manusia normal termuntah oi nak makan kunyah begitu. Fiqh telah membawa Nurin ke pasar borong demi mencari ikan mentah yang diinginkan gadisi ini. "Macam member saya dia suka makan ikan mentah, ayam yang ada darah lagi. Satu hari tu terserempak dengan ustaz dia 'tengok' kawan saya macam 'something'," komen beberapa netizen. Tidak menyangka bahawa perkongsian kekasihnya meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan di TikTok, Nurin berharap penjelasannya dapat mengelakkan salah faham orang ramai terhadap dirinya. "Bagi saya, perkara ni tak ada kena mengena dengan nenek moyang, memang saya sendiri suka. Yang orang komen pasal saka tu biarlah.... tak boleh nak puaskan hati semua orang tapi saya maafkan. Selebihnya itu urusan dia dan Allah. Nurin memaafkan segala ejekan dan spekulasi yang dikeluarkan oleh netizen terhadapnya. “Kalau betul saya ada bela saka dan ada benda tak kena dengan saya, mesti saya nak makan lagi extreme daripada ikan tuna tu. Sedangkan saya dah cakap tak makan bahagian darah tu pun, tapi ada lagi yang tak percaya. "Mungkin mereka ingat saya makan bahagian darah tu yang tuduh cakap saya ‘membela’ sedangkan dah dibasuh dulu bahagian terkena darah. Tapi tak apa saya anggap saja manusia tak pernah lari dari kesilapan," jelas Nurin mengakhiri kisah makan ikan mentahnya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI