suria

Jijik! Tak sedar aksi lucah diperhatikan, lelaki tua sangap asyik melancap hidu, ramas pakaian dalam wanita... kelam kabut lari, terkejut kena sound

Lelaki warga emas yang begitu asyik melempiaskan nafsu tidak menyedari gelagatnya dirakam.

TAK senonoh! Itulah perkataan sesuai bagi menggambarkan perbuatan keji seorang lelaki yang menggunakan pakaian dalam wanita sebagai alat untuk melempiaskan nafsu syahwatnya.

Perbuatan lelaki dalam lingkungan usia 50an itu dirakam oleh seorang penghuni flat menerusi tingkap rumahnya.

Menerusi rakaman tersebut yang kini menjadi tular di laman sosial, kelihatan lelaki berkenaan berdiri di sebalik ampaian baju yang diletakkan di tepi bangunan flat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing gila seks! Tak malu ajak penumpang wanita ‘main tidur’, tawar bayaran RM200

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gila seks tak pernah serik, dua kali berdiri depan kereta gadis yang sama ‘merelakan’ aksi tak senonoh dirakam - “Dia buat dek je...”

Dengan selamba, lelaki berkenaan kemudian mencapai beberapa helai seluar dalam wanita, meramas, menghidu serta menggigitnya sambil sebelah lagi tangan memegang kemaluannya.

"Suspek sangap teruk. Hati-hati yang mana sidai kain dekat luar rumah tu," tulis pelayar yang memuat naik video tersebut di laman Twitter.

Menerusi ruangan komen, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur.

Menerusi rakaman video kedua, individu yang membuat rakaman kemudian terus menegur lelaki berkenaan sehingga membuatkannya tersedar dan tergopoh-gapah berlalu dengan menaiki motosikal yang diparkir tidak jauh dari penyidai berkenaan.

sangap 1

Video tersebut mulai tular di Twitter selepas dimuat naik pada Isnin.

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 1,000 ulang kicau (retweet).

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen mengecam perbuatan tidak bermoral lelaki berkenaan yang selamba 'buat kerja' di siang hari.

sangap 2

Pelaku melarikan diri selepas gelagatnya kantoi.

"Ada juga macam ni, tak dapat orang... seluar dalam pun ok.

"Dah satu hal nak kena samak pulak pakaian tu... ni lagi teruk daripada samak kena tahi anjing.

Ada juga macam ni, tak dapat orang... seluar dalam pun ok.

NETIZEN

"Pakaian dalam, lelaki atau perempuan sidai la di dalam atau lokasi yang tertutup. Selain faktor maruah, disidai di dalam boleh menghindar insiden begini daripada berlaku. Bini aku tak pernah sidai pakaian dalam di luar," demikian antara komen netizen.

komen

Antara komen netizen terhadap perkongsian video tersebut.

Sementara itu menerusi ruangan komen juga, ada antara netizen yang mencadangkan jenis ampaian sesuai untuk diletakkan di dalam rumah, selain ada yang menyarankan penghuni membeli sebuah mesin pengering pakaian agar tidak perlu disidai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain