suria

Suami gian pakai pampers... pakar risau ramai salahkan didikan ibu bapa, rotan anak kecil kencing malam bukan penyelesaian

Lelaki ini masih memakai lampin kerana memiliki masalah ABDL (Adult Baby Diapers Lover).

AGAK pelik didengari tetapi benar-benar berlaku.

Itulah kisah yang diceritakan oleh seorang wanita yang mendedahkan tentang bekas suaminya yang mengalami masalah ABDL (Adult Baby Diapers Lover) selama bertahun-tahun sehingga perkongsiannya tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Bahaya jika kerap kencing malam... ketahui puncanya, ubah gaya hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Awas suka tahan kencing... 4 masalah ini menanti anda!

ABDL merupakan keadaan seorang lelaki yang sudah dewasa tetapi mempunyai ketagihan melampau terhadap pemakaian lampin dan mahu dilayan seperti seorang bayi.

Perkongsian kisah tersebut turut mendapat perhatian Terapis Cara Kerja, Siti 'Aisyah Rozalli yang kurang bersetuju bahawa masalah ini berpunca daripada ibu bapa yang tidak menghukum anak yang sering kencing malam ketika mereka masih kecil.

"Saya ada terbaca komen di satu page confession berkongsi tentang kisah seorang wanita pernah berkahwin dengan lelaki yang ada minat aneh iaitu ABDL.



ABDL merupakan keadaan seorang lelaki yang sudah dewasa tetapi mempunyai ketagihan melampau terhadap pemakaian lampin.

"Bekas suami dia minat pakai diaper sampai kahwin. Ini masalah mental yang perlukan rawatan dari pakar psikiatri. Ada banyak kajian dah mat salih buat pasal masalah ni. Boleh Google je sebab benda ni agak rare sebenarnya," katanya.

Berdasarkan posting tular tersebut, pada awalnya si isteri boleh menerima keadaan suami yang memakai lampin tetapi pada masa sama menyalahkan ibu bapanya kerana tidak menghukum si anak yang mempunyai sejarah kencing malam sejak kecil.

Namun tiada siapa menyangka perkara itu berlarutan sehingga menjejaskan keharmonian rumah tangga.

Bahkan selepas lima tahun berkahwin suami penghidap ABDL itu menolak untuk 'bersama' kerana enggan memiliki zuriat.

"Saya tak nafikan ada benda yang tak sepatutnya parents lelaki tu buat, yang sebenarnya menyumbang kepada anaknya rasa ABDL tu normal.

Anak boleh benci ibu ayah. Lagi scary... anak boleh benci diri sendiri! Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula.

AISYAH



"Tapi, perbuatan menghukum, merotan bila anak kencing malam adalah salah! Hukum-hukum inilah sebenarnya yang boleh lead anak berahsia, tertekan dan boleh menyumbang jadi ABDL," katanya.

Siti 'Aisyah berkata, masalah anak terkencing malam tidak akan selesai dengan cara menghukum dan memalukan mereka dengan kekerasan sebaliknya hanya menimbulkan stres dalam diri mereka.

Malah menghukum anak kencing malam juga boleh membuatkan mereka cenderung menjadi penipu dan menyembunyikan masalah daripada ibu bapa.

"Anak boleh benci ibu ayah. Lagi scary... anak boleh benci diri sendiri! Akan berisiko untuk lead kepada masalah psikiatri yang lain pula," katanya.

Menurut Siti 'Aisyah, kencing malam atau nama saintifiknya Nocturnal Enuresis yang mana penghidapnya akan kencing secara luar kawal ketika tidur memerlukan rawatan berterusan.



Tangkap layar seorang pakar mengenai penafiannya terhadap komen seorang warganet.

"Ia perlukan rawatan dengan penuh kasih sayang dan kesabaran. Tak ada anak saja-saja kencing malam suka-suka dia, jumpa pakar kanak-kanak kalau anak masih kerap kencing malam selepas umur enam tahun.

"Biar doktor periksa kenapa. Ada jangkitan kat salur kencing ke. Anak jenis heavy sleeper ke. Anak ada trauma yang kita tak tahu ke. Setiap tu, ada rawatan yang berbeza.

"Bukan menambah beban pada anak tu dengan hukuman dan memalukan," tegasnya.

Perkongsian Siti 'Aisyah ini nyata berbeza dengan komen-komen netizen yang bersetuju masalah ini tidak akan timbul jika ibu bapa bertegas terhadap anak yang sering kencing malam sejak kecil.

Malah, kebanyakan mereka beranggapan bahawa tabiat ini boleh dibendung jika diberi 'pengajaran' dengan niat untuk mendidik.

"Moral of the story semua bermula dengan mak bapa. Sepatutnya anak-anak yang masih kencing malam patut dihukum, dirotan, dimalukan depan adik beradik lain dan disuruh cuci dan angkat tilam yang terkencing tu sendiri jemur dekat luar.



Komen netizen yang mencadangkan dengan memukul sebagai 'pengajaran' disangkal pakar ini.

"Kalau tilam tak kering, tidur dekat bawah. Biar dia rasa akibat kencing malam dah tua bangka bukan semua orang gaji yang buat. Tunjukkan kemarahan betapa seriusnya masalah kencing malam ni.

"Sebelum tidur tak boleh minum. Pastikan pergi buang air kecil dulu. Tengah malam kejutkan pergi tandas. Jadikan habit. Bila dah tua bangka, dah liut, nak bentuk tak boleh. Kat akhirat esok semua ni akan diungkit dan semua berpunca dari mak ayah," komen seorang pengguna yang ditangkap layar oleh Siti 'Aisyah.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain