TERDAPAT sesetengah perkara yang memerlukan pertimbangan 'common sense', iaitu perkara asas dalam kehidupan yang tidak perlu dipelajari di mana-mana. Sebagaimana kisah seorang pelayar wanita ini, dia berkongsi sikap tunangnya yang seolah-olah tidak mempunyai common sense kerana mempertikaikan undangan perkahwinan yang diterimanya daripada seorang sahabat lama, sekali gus membuatkannya bingung. "Saya baru dapat jemputan perkahwinan. Dia adalah daripada salah seorang rakan rapat saya semasa menuntut di kolej dan kami tiga sekawan (saya, lelaki A, gadis B). Saya dan B dah lama tak jumpa dan borak dengan A hampir enam tahun. ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu tak bertempat... Adakah anda seorang narsistik? ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘menyampah’ Oyen asyik nak berkepit dengan suami, sekali hilang sanggup pula tebalkan muka minta tolong ustaz "Jadi bila A jemput kami, sudah tentu kami nak hadir. Sangat gembira dan bila dah buat keputusan nak pergi, saya maklumkan kepada tunang saya, C, mengenainya. "Satu perkara yang perlu diketahui, saya hanya ada lingkungan kecil sahabat dan C tidak tahu mengenai A. C hanya kenal beberapa kawan saya dan semuanya wanita. "Jadil bila saya maklumkannya mengenai jemputan perkahwinan A, dia persoal kenapa tak pernah cerita pasal A," luah wanita tersebut menerusi Direct Message (DM) yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding. Tambah pelayar wanita berkenaan, perkara tersebut makin parah apabila dia memberitahu tunangnya bahawa dia perlu terlebih dahulu bertanya kepada A sebelum membawanya bersama ke majlis tersebut. Luahan pelayar wanita berkenaan yang dikongsikan di laman Twitter @twtmalaywedding. "Rakan saya, B, juga cadangkan saya tanya kepada A dahulu sebelum bawa seseorang ke majlis kahwinnya. Saya bertanya kepada A tetapi belum mendapat jawapan kerana dia sibuk dengan urusan pernikahannya. "Tunang saya, C, tanya kenapa saya perlu minta izin A untuk bawa partner. Saya pelik dia tanya macam tu sebab pada pemahaman saya, ia adalah majlis orang dan beradablah. Sepatutnya kena tanya dulu kalau nak bawa orang lain. "Saya terangkan kepada C tetapi dia pula faham sebaliknya. C bagi contoh kawan mak dia ajak mak dia seorang datang kenduri tetapi daripada hadir seorang, mak dia bawa satu keluarga. Saya tergamam seketika," tulisnya lagi. Jemputan itu kira 'per head' ya melainkan disebut 'nanti bawa family or plus one'. Dia jeles tu satu hal, lepas tu complicated. NETIZEN Menurutnya lagi, disebabkan perkara tersebut, dia dan tunangnya bertelingkah sehingga masing-masing akhirnya tidak bertegur sapa kerana ego. "Saya fikir kembali dan saya faham masing-masing ada fahaman. Dan ia juga berdasarkan apa yang diajar oleh orang tua mengenai adab. "Ibu bapa saya kalau dapat jemputan memang pergi berdua tanpa kami kecuali kalau undangan mengajak seluruh keluarga. Tambahan pula ketika ini pandemik jadi saya beranggapan masing-masing ada common sense mengapa pentingnya untuk bertanya dahulu," kongsinya lagi sambil meminta pandangan warganet. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pandangan agar pelayar wanita berkenaan cuba memberi penerangan agar tunangnya dapat memahami situasi sebenar. Antara komen netizen yang memberi pandangan terhadap isu yang sedang dihadapi pelayar wanita tersebut. "Harap awak dapat terangkan kepada dia beza jemput orang yang dah berkeluarga dengan orang yang single. Dalam kes ini kalian belum berkahwin, jadi jemputan itu kira 'per head' ya melainkan disebut 'nanti bawa family or plus one'. Dia jeles tu satu hal, lepas tu complicated," tulis @mulanzhu. "Masa saya nikah, memandangkan saya bajet untuk tetamu yang datang, memang saya pasangkan untuk satu jemputan, dua orang. Kalau dia tak ada pasangan, saya pasangkan dia dengan kawan," tulis @zahidahZ23. "Zaman sebelum Covid wujud. Kalau dekat kampung, satu kad jemputan yang diedarkan bersamaan dengan satu keluarga. Sekarang memang satu kad jemputan, dua orang," tulis @hayyimhere pula. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI