APABILA bercerita mengenai perkahwinan, busana yang digayakan pengantin merupakan salah satu elemen penting dalam menjayakan hari bersejarah itu. Selain busana yang ditempah khas, ramai pengantin memilih untuk menyewa persalinan hari bahagia dengan butik-butik pengantin yang ada. Terbaharu, seorang pereka, Farahiyah Abdul Rahim, 35, tampil meluahkan rasa terkilan apabila busana putih yang disewa kepada seorang pengantin dihantar dalam keadaan yang kotor. ARTIKEL BERKAITAN: Wedding planner demam 3 hari tengok baju sewa dipulangkan pengantin, kotor melampau... tertanya photoshoot di mana? ARTIKEL BERKAITAN: Selesa jadi ‘tukang jahit biasa’ walau hasil jahitan luar biasa! Lelaki ini kongsi kisah ditentang belajar fesyen, bawa mak ayah naik pentas selepas berjaya Menerusi satu video tular, dia menunjukkan beberapa bahagian busana itu yang tercemar, dipercayai terkena tanah ketika majlis perkahwinan diadakan. Pada Rabu, suami kepada pereka berkenaan, Asrul Izham Muhammad Alias, 45, yang juga pemilik bersama Butik Farrarahim di Johor Bahru, Johor tampil bercerita mengenai apa yang berlaku. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Ketika dihubungi mStar, dia yang senang disapa Izham mengakui ia bukanlah kejadian pertama kali yang perlu dihadapi, namun berharap ia tidak berulang lagi pada masa akan datang. "Berkecimpung dalam bisnes ini, sudah banyak koleksi baju sewa yang rosak sebenarnya. Ini merupakan kes terbaharu. Pengantin itu sewa baju untuk acara minggu lepas. "Kami pun tahu, di JB cuaca agak tak menentu kebelakangan ini, kerap hujan. Mungkin mereka buat sesi photoshoot outdoor. Tapi kami sentiasa pesan kepada pelanggan agar jaga baju baik-baik. Izhan dan Fara sudah enam tahun mengusahakan perniagaan itu. "Baju putih memang senang kotor. Mungkin hujan masa mereka shoot, atau mungkin dia jalan di atas tanah. Ketika baju dipulangkan semalam, isteri saya agak terkejut lihat kekotoran kerana ia merupakan koleksi terbaharu di butik kami. "Baju itu disewakan pada harga kira-kira RM1,000. Tapi kita tetap harap pelanggan faham bahawa konsep sewa sama macam pinjam. Janganlah buat macam tu. Ia juga sama seperti kita sewa rumah, mestilah kita kena jaga rumah tersebut," ujarnya. Ada hikmah juga kejadian ini, ramai yang baru kenal kami dan contact bertanyakan mengenai baju. Itu pun satu rezeki buat kami. IZHAM Menurut Izham yang sudah enam tahun menjalankan perniagaan dengan isterinya, kesan kotoran tersebut kini dalam proses pembersihan dan dia masih belum menghubungi pengantin berkenaan mengenai apa yang berlaku. Jelasnya lagi, jika busana berkenaan tidak dapat dibersihkan dengan sempurna, pelanggan perlu membayar ganti rugi kepada pihaknya. "Dalam terma dan syarat kami pun sudah dinyatakan agar pelanggan mengelakkan baju sampai jadi terlalu kotor. Untuk kes ini, busana dibuat menggunakan material sifon. Ia agak delicate, senang menyerap kotoran. Bila kekotoran dan dibiarkan dua ke tiga hari, sukar untuk ditanggalkan. Kekotoran turut dikesan di bahagian lengan busana itu. "Busana itu pula one piece. Kalau rosak dikira total loss. Selain kekotoran macam tanah, terdapat juga kekotoran warna kuning dekat tangan. Ia terkena pada lace. Kami dah hantar busana itu untuk cucian. Nanti kita akan tengok sama ada ia boleh diselamatkan atau tidak. Saya pun tak cakap lagi dengan pelanggan. Saya kena tunggu hasil cucian dulu. "Sebelum sewa pun kita ada minta deposit dalam RM300. Kalau rosak, kita akan kira kos untuk cover damage. Kalau total lost, mungkin akan kenakan penalti dan minta ganti kos baju. Tapi nilainya mungkin rendah sikit berbanding kos asal kerana ia pernah disewakan kepada pelanggan lain sebelum ini," ujarnya lagi. Di sebalik dugaan itu, Izham mengakui penularan video tersebut turut membawa hikmah tersendiri buat dia dan isteri. Butik Farrarahim yang diusahakan pasangan itu. Jelasnya, dia menerima mesej daripada pelanggan-pelanggan baharu yang bertanya dan berminat menyewa serta menempah baju di butik itu. "Isteri saya bukanlah marah, tapi dia sedih. Kami buat video pun bukannya nak buka aib pelanggan atau malukan sesiapa. kami tak nyatakan nama sesiapa pun. Kami cuma nak bagi pencerahan dan peringatan kepada bakal pelanggan. Antara busana pengantin yang ditawarkan di butik itu. "Tapi sejak semalam, kami dapat banyak call dan WhatsApp daripada pelanggan dan rakan pereka. Kami tengok banyak komen positif, walaupun ada sikit komen negatif. "Ada hikmah juga kejadian ini, ramai yang baru kenal kami dan contact bertanyakan mengenai baju. Itu pun satu rezeki buat kami. Bila jadi macam ni, dapat pelanggan baharu," ujarnya. Selain Johor, pasangan itu turut menerima tempahan dari luar dan pernah menghasilkan baju untuk pelanggan dari Singapura, Brunei, Australia dan United Kingdom (UK). Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI