suria

Ibu panik, fikir macam-macam anak bubuh manik dalam hidung! Tak ikut suami ke hospital, nak berdoa malam Nisfu Syaaban

Gambar Azzara bersama manik yang dimasukkan ke dalam hidung.

PANIK!

Itulah gambaran situasi yang berlaku pada jam 1.30 pagi apabila seorang kanak-kanak, Azzara Eiman, 8, terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara sebutir manik tersangkut dalam hidungnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas tegur anak asyik korek hidung, ibu terkejut lihat keluar cecair hitam bau asap rokok... dah X-ray baru nampak bateri! - "Doktor guna wayar dan besi"

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi nyaris maut minum sirap disuap ibu saudara... isi perut yang dimuntahkan benar-benar mengejutkan - "Kalau aku jadi mak pak baby ni aku report polis"

Situasi ini diceritakan semula oleh ibunya, Elley Nadia Elliazir, 38, yang mana insiden cemas itu berlaku di rumahnya di Padang Lati, Perlis, awal pagi Jumaat.

Mesra disapa Elley, katanya, menyedari keadaan itu suaminya, Aizat Suhrawdy Zainol Abidin, 39, terus bergegas ke Hospital Tuanku Tengku Fauziah (HTF) di Kangar, Perlis.

"Anak saya suka sangat pakai beads (gelang manik) di tangan. Istimewanya gelang dia tu sebab saya belikan dari Sabah. Gelang tu bulat dan comel berwarna macam jade. Cantik je dekat tangan dia bila pakai.

"Malam kejadian tu, dia masuk tidur jam 11 malam. Diam je dalam bilik, saya ingatkan dia dah tidur. Tepat jam 1.30 malam, Azzara keluar dan beritahu saya hidung sakit. Mata dia dah merah, hidung pun dah nampak ada air keluar.

"Sebagai seorang mak yang penakut, saya serahkan kepada suami untuk siasat. Nah! Bila disuluh dengan lampu telefon, ada luka dalam lubang hidung kanan. Bila ditanya lanjut, barulah dia mengaku ada masukkan sebutir bead dalam hidung. Bila dia tak boleh keluarkan, dia jolok guna pensil warna," jelas Elley.



Fotot Aizat dan anaknya yang berada di Hospital Tuanku Tengku Fauziah, Kangar, Perlis.

Bercerita lanjut, ibu kepada tiga anak ini mula berasa cemas dan mula berfikir perkara yang tidak baik akan terjadi kepada anaknya.

Pada mulanya, pasangan ini cuba mengambil inisiatif sendiri terlebih dahulu sebelum dibawa ke hospital namun tidak berjaya.

"Masa dapat tahu tu perasaan saya bercampur baur. Paling utama rasa nak marahlah sebab takkan dah besar masih masukkan benda dalam hidung. Tapi dalam masa yang sama, saya takut bead tu masuk dalam otak atau dalam paru paru.

Saya berharap mak ayah tengok apa anak-anak buat dalam bilik tidur waktu malam untuk pastikan anak tidur dan tak buat 'eksperimen' yang bukan-bukan.

ELLEY

"Sebelum ke hospital, kami ikhtiar suruh dia hembus hidung dia, tapi dia tak reti nak hembus. Jadi daddy (ayah Azzara) terus bawa ke hospital. Dalam perjalanan tu saya dekat rumah berdoa sebab kebetulan malam Nisfu Syaaban agar dia tak apa-apa dan manik tu boleh keluar," ujar Elley.

Imbas Elley, setelah tiba di hospital, bapa Azzara terus bergegas ke unit kecemasan untuk berjumpa dengan doktor pakar bagi menjalankan prosedur seterusnya.

Jelas wanita yang berniaga sendiri ini, suaminya terpaksa menunggu selama satu jam untuk proses mengeluarkan manik tersebut.

Menurut Elley, keadaan menjadi agak genting apabila doktor menjelaskan bahawa proses mengeluarkan manik bersaiz 0.8 sentimeter (cm) ini agak berisiko tinggi.

"Bergegas pergi ke ER (Emergency room) malam tu juga. Tunggu dekat sejam sebab doktor tak berani nak keluarkan sendiri. Kena tunggu ENT (ear nose, throat) specialist (Otorhinolaryngologist) datang untuk procedure seterusnya.



Foto perkongsian Elley saiz manik yang dimasukkan dalam hidung oleh anaknya.

"ENT akan guna skop untuk buat nasal scope. Tujuannya untuk check dalam hidung. Kemudian, doktor buat nasal endoscopy untuk Foreign Body Removal procedure by ENT on call.

"Kebetulan adik saya bekerja di ENT Klinik di IIUM (Universiti Islam Antarabangsa) Kuantan. Jadi kami dapatkan nasihat daripada dia juga. Alhamdulillah, dua kali je terus keluar manik dari hidung. Macam tak percaya bead besar tu muat dalam lubang hidung dia," ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai video yang dimuat naik di TikTok, wanita ini berkata ia dikongsi untuk memberikan peringatan kepada para ibu bapa lain.

Malah, dia turut menitipkan pesanan kepada orang ramai dan jika situasi ini berlaku, sekurang-kurangnya mereka sudah mengetahui langkah seterusnya yang perlu dilakukakan.

"Saya post video tu untuk jadikan ingatan kepada semua. Anak bila dah umur lapan tahun pun ada juga yang masih masukkan benda dalam hidung. Juga untuk saya tunjuk dekat Azzara bila dia besar nanti sebagai kenangan semasa membesarkan dia.



Perkongsian Elley yang menjadi tular ini hanyalah untuk peringatan dan kenangan sahaja.

"Saya berharap mak ayah tengok apa anak-anak buat dalam bilik tidur waktu malam untuk pastikan anak tidur dan tak buat 'eksperimen' yang bukan-bukan.

"Tambah lagi zaman pandemik ni nak ke hospital bukan macam dulu. Ada banyak tapisan ya, terutamanya untuk saringan Covid-19," ujar Elley.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain