RAKAMAN memaparkan pacuan empat roda (4x4) jenis Ford Ranger yang melanggar sebuah Lamborghini tular di media sosial. Dalam rakaman yang dikongsi, konvoi kumpulan kereta mewah itu sedang bergerak di lebuh raya sebelum diekori rapat Ford Ranger putih itu. Ford Ranger berkenaan dilihat dipandu secara berbahaya dari laluan kanan ke kiri sebelum bergerak ke tengah semula, seolah-olah cuba menghimpit konvoi kereta mewah tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecil hati dipertikai tak beli Mustang, mak ayahnya dah cukup gembira naik Myvi - “InsyaAllah suatu hari nanti beli GTR” ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Bakal ibu buat kejutan hadiah Lamborghini RM2 juta strategi ‘ikat’ suami, harap diberi lebih perhatian ketika berpantang Tidak lama kemudian, Ford Ranger tersebut melanggar sebuah Lamborghini berwarna hijau dari bahagian sisi sehingga ia beralih ke tepi laluan. Dakwa seorang netizen menerusi ruangan komen TikTok, kereta Ford Ranger itu dipandu dalam keadaan mabuk. "Ford ni lepas langgar Lambo hijau, dia lari kemudian langgar beberapa kereta. Geng Lambo kejar dan sekat dia. Driver mabuk," tulis Azizulaziz di ruangan komen. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Rata-rata netizen turut meluahkan rasa terkejut, malah berang dengan tindakan pemandu Ford Ranger tersebut yang 'berani mati' melanggar kereta mewah yang bernilai jutaan ringgit. "Nombor (plat) Ranger sudah ada. Nanti dah kena tangkap, jual itu ranger pun belum tentu boleh repair Lamborghini tu. Adoi. "Tak ada video pemandu Ford tu ke? Kalau ada lagi elok boleh buktikan betul pemandu Ford tu mabuk. Nak komen lebih-lebih tak tahu cerita betul. "Fuh langgar Lambo. Makan modal nak repair. Ford ni lepas langgar Lambo hijau, dia lari kemudian langgar beberapa kereta. Geng Lambo kejar dan sekat dia. Driver mabuk. NETIZEN TIKTOK "Naya Pak Karim lau langgar Lamborghini bos. Masaklah kau, jual tanah lah kau. "Simple, Kalau dah ramai-ramai konvoi ni biasa menyusahkan orang. Ada yang kepala gila dah panas hati jadi macam ni la. "Ni bukan mabuk. Ford Ranger tu saja nak ajar sport car," tulis beberapa netizen pula. Ford Ranger putih yang dikepung sekumpulan konvoi kereta mewah. Bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih lagi menjadi tanda-tanya. Dalam satu rakaman berlainan, kelihatan Ford Ranger tersebut dikepung di tengah lebuh raya oleh konvoi kereta mewah berkenaan. Malah, beberapa individu, dipercayai terlibat dalam konvoi itu turut berlegar-legar di lokasi tersebut. Dua rakaman tular itu meraih lebih 100,000 dan 80,000 tontonan di TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI