suria

Macam ‘buy 1 free 1’! Dua sahabat dari Pantai Timur iklan diri mahu hidup bermadu, lelaki yang berminat boleh cuba nasib

'Iklan' cari jodoh dua wanita itu dikongsi menerusi Facebook pada Jumaat.

BERTEMU jodoh menerusi media sosial bukanlah satu perkara asing pada zaman ini.

Malah, sudah acap kali kita membaca kisah penyatuan dua jiwa yang bermula dari Faceobook, Twitter, Tinder, Omi dan sebagainya.

Kali ini, tular di laman Facebook apabila dua wanita 'mengiklankan' diri mereka untuk dimadukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Asalkan jumpa jodoh, gadis abai persepsi Tinder lubuk 'orang gatal', “kalau cara betul, dapatlah yang baik”

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula dengan tabiat si gadis suka meroyan di Twitter, jurutera ini try dengan hanya satu perkataan... kini belum pun setahun mereka lebih mesra di rumah

Kedengarah aneh, namun begitulah hasrat yang dinyatakan dua wanita itu sehingga mereka meraih perhatian ramai netizen.

"Assalamualaikum. Salam tahun 2022... kalau boleh nak suami boleh madukan kitaorang sebab kitaorang kawan baik dan tak kisah," tulis individu tersebut.

Dua rakan baik berusia 31 tahun dan 28 tahun itu berasal dari Pasir Puteh, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Salah seorang daripada mereka mengusahakan mengusahakan kedai dobi, manakala seorang lagi bekerja sendiri.

dua gadis 3

Salah seorang daripada wanita itu mendakwa dia mempunyai kedai dobi. (Gambar Hiasan)

Dalam posting sama, salah seorang daripada mereka mengakui masih bujang, manakala rakannya itu merupakan ibu tunggal.

"Mencari seseorang yang menerima diri kami ini seadanya. Kalau tak boleh yang nak dua-dua pun tak apa. Kami hanya mencuba kalau ada boleh terima kami," tulis mereka lagi.

Menerusi posting berkenaan, turut dilampirkan sekeping gambar memaparkan dua wanita itu yang berpakaian serba hitam.

Posting tersebut sehingga kini meraih lebih 1,500 tanda suka dan dihujani lebih 2,800 komen netizen.

Semoga bertemu jodoh yang dapat membimbing ke jalan kebaikan.

NETIZEN

Semakan mStar di ruangan komen mendapati netizen memberikan pendapat berbeza berhubung iklan yang dibuat dua wanita tersebut.

"Cantik-cantik adik ni tapi satu je, iklan diri untuk dijual dan dibeli macam ikan di pasar. Kasihan ibu bapa malu. Ingat beza kita orang Islam dengan orang kafir ialah iman. Dalam iman ada rasa malu.

"Senang cerita, beli satu percuma satulah. Tutup cerita. Kalau beli dua-dua jadi mahal.

"Tak payah nak buat malu orang Pantai Timur sangatlah. Cukuplah Kak 7E tu seorang je.

2 gadis 3

Maklumat yang dikongsikan mengenai dua wanita itu.

"Semoga bertemu jodoh yang dapat membimbing ke jalan kebaikan," tulis beberapa netizen.

Malah, segelintir netizen turut meninggalkan komen berhubung pakaian ketat yang digayakan dua wanita itu.

Iklan cari jodoh tersebut dipercayai dihantar dua wanita berkenaan kepada pengendali laman Facebook 'Viral Sensasi Malaysia' sebelum ia dimuat naik pada Jumaat.

Selain dua wanita itu, laman Facebook berkenaan turut berkongsi banyak lagi posting cari jodoh yang dihantar oleh individu lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain