suria

Pemuda buat content TikTok persoal siapa cipta Tuhan, video tak padam tapi tutup komen... ini penjelasan ustaz

Video dikongsi pemuda ini bertanyakan siapa cipta Tuhan mendapat pelbagai komen netizen.

PENGHASILAN content yang bersifat sensitif, apatah lagi menyentuh isu agama wajar dielakkan mana-mana pelayar media sosial.

Terbaharu, seorang pemuda menerima kecaman selepas dia memuat naik satu soalan menerusi video pendek di aplikasi TikTok.

"Manusia bermula dengan Nabi Adam dan Hawa sebab Allah yang cipta, tapi Allah pula siapa yang cipta dia?" soal lelaki itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Umur 14 tahun dah belajar agama di Afrika Selatan, cikgu mengaji kongsi petua hafal al Quran.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun selepas lafaz syahadah sendiri, pemuda ini akhirnya peluk Islam secara rasmi! Ebit Lew antara individu beri pengaruh besar

Semakan mendapati video itu masih ada di TikTok, namun ruangan komen ditutup oleh individu berkenaan.

Video itu sehingga kini meraih lebih 101,000 tontonan.

Dalam pada itu, ada netizen turut memuat naik semula rakaman tersebut ke laman Twitter sehingga ia menjadi perdebatan ramai.

Selain tidak bersetuju dengan content itu, ada yang turut membuat pautan kepada akaun Twitter Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) agar menyiasat video berkenaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

content2

Ustaz Mohamad Razif Mohamad Fuad berkongsi penjelasan mengenai hal itu menerusi Twitter.

"Demi views dan like sanggup ya buat content macam ni," tulis seorang pelayar Twitter.

"@MyJakim minta jasa baik pantau dan ambil tindakan," tulis seorang lagi individu.

Dalam pada itu, Ustaz Mohamad Razif Mohamad Fuad menerusi Twitter turut memberi penjelasan mengenai topik dalam content berkenaan.

"Isu ni telah diulas panjang lebar oleh para ulama Asha’irah ratusan tahun dulu. Banyak hujah aqliyyah (logical reasoning) yang tersedia. Saya kemukakan satu.

"Sebelum kita bincang, sama-sama kita muhasabah. Isu ini bukan baru sehari dua timbul. Rasulullah SAW dah nyatakan sejak dahulu. Bahkan kalau kita baca sejarah ateisme sejak Vedic period sampai Greek, memang soalan siapa yang ciptakan Tuhan, ni soalan yang selalu ditanya," tulis Mohamad Razif.

Tinggal satu lagi kemungkinan... diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Inilah jawapannya.

USTAZ MOHAMAD RAZIF MOHAMAD FUAD

Jelasnya lagi, asas penghujahan tentang kewujudan Tuhan terbahagi kepada tiga iaitu hujah ontologi, hujah teleologi, hujah kosmologi.

"Asas penghujahan tentang kewujudan Tuhan ada tiga; hujah ontologi, hujah teleologi, hujah kosmologi. Saya pinjam pembahagian yang dibuat Immanuel Kant dalam Critique of Pure Reason. Dari tiga jenis hujah ini, muncul pelbagai jenis hujah yang dibangunkan oleh pemikir Islam/Kristian.

"Salah satunya dinamakan burhān al-taṭbīq (Argument from Correspondence). Akal yang sihat tak akan dapat terima satu hal yang bersifat tasalsul (infinite regress) dan dawr (circular reasoning) kerana segala sesuatu yang ada dalam alam ini tak terlepas dari sebab-akibat (causality).

"Contoh tasalsul. Budak depan tak ada duit nak beli tiket bas. Mintak pada budak belakang dia, pun tak ada. Ditanya budak belakang. Sampailah belakang sekali, dia ada duit. Jadi dia pinjamkan. Segala sesuatu tindakan akan berhenti pada first cause (pinjam istilah Aquinas).

"Contoh dawr. Jika A menjadi sebab bagi B, maka B tidak akan pernah menjadi sebab bagi A. Sebagai contoh, jika Ahmad makan, maka perutnya kenyang. Kenyang merupakan akibat dari makan.

"Tidak logik sama sekali kenyang itu penyebab Ahmad makan kerana penyebab makan adalah lapar. Sebab dan akibat tidak pernah berputar, tetapi berlanjutan. A sebab dari B, B sebab dari C, C sebab dari D," ulasnya panjang lebar.

For both creators and viewers, TikTok has become a platform where people can express isolating feelings like loneliness, insecurities, and depression. (Dreamstime/TNS)

Pemuda itu menutup ruangan komen di TikTok miliknya. Foto: Dreamstime/TNS.

Dalam bebenang di Twitter, Mohamad Razif berkata al-Quran telah menyediakan empat kemungkinan bagi penciptaan alam.

"Memetik kata Imam al-Sanusi dalam Umm al-Barahin, "Adapun bukti sifat Qidam bagi-Nya, maka jika Dia bukan sedia ada maka dia adalah baharu (dicipta). Justeru Dia memerlukan Pencipta. Oleh itu pasti terjadi dawr dan tasalsul.

"Al-Quran dah sediakan empat kemungkinan bagi penciptaan alam. Nilah hujah akal dan falsafah yang Allah kemukakan sendiri. Allah dah kelaskan kepercayaan manusia kepada beberapa kelompok," tulisnya lagi.

"Adakah mereka telah diciptakan daripada “ketiadaan” (nothingness)? Adakah mereka yang menciptakan diri mereka sendiri, Abu melahirkan dirinya sendiri. Logik tak? Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi? Rujuk isu dawr.

"Tiga point ni semuanya soalan retorik daripada Allah untuk sindir materialists, naturalists, atheists. Dari tiga point ni kita boleh bina tiga kemungkinan wujudnya alam.

1. Tercipta dengan tiada yang mencipta.

2. Menciptakan diri sendiri.

3. Diciptakan oleh sesuatu yang diciptakan

"Tinggal satu lagi kemungkinan... diciptakan oleh sesuatu yang tidak diciptakan. Inilah jawapannya," tulisnya lagi.

Untuk rekod, Mohamad Razif merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda, Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Sarjana dalam bidang Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang Akidah, Pemikiran Islam, Falsafah, Tasawwuf, Sejarah, Manuskrip Melayu dan Estetika Islam, dia kini merupakan calon Doktor Falsafah (PhD) Akidah dan Pemikiran Islam, Universiti Malaya (UM) dengan pengkhususan dalam Islam dan Ateisme.

Selain itu, Mohamad Razif juga pernah menghasilkan beberapa buku seperti Tip Sebagai Muslim Bertakwa pada 2013, Lalu Aku Hidup Sebagai Apa? (2015) dan 59 Mutiara Nabawi (2018).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain