suria

Konsert Justin Bieber vs kelas al-Quran Ramadan, Iddin Ramli tak berniat buat sesiapa terasa... tapi yuran ngaji RM1.70 sehari pun belum sold out!

Iddin Ramli (kanan) dikecam selepas membuat perbandingan harga tiket konsert Justin Bieber (kiri).

PENGANJURAN konsert penyanyi antarabangsa Justin Bieber yang bakal berlangsung di ibu negara pada 22 Oktober depan disambut dengan reaksi bercampur-baur rakyat Malaysia.

Ramai yang meluahkan rasa teruja untuk menyaksikan penyanyi kesayangan mereka, tak kurang juga yang menolak penganjuran acara berkenaan.

Content creator yang juga personaliti dakwah, Iddin Ramli pada Khamis turut memuat naik satu video, berkongsi mengenai perbandingan harga tiket konsert berkenaan dengan bayaran kelas al-Quran pada bulan Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat teruja, tak sabar nak jumpa Justin Bieber di KL Oktober ini... Tiket bermula harga RM288

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

"Breaking news, Justin Bieber is coming to Malaysia. Tickets start from RM288. Kalau macam ni kan, ramai datang. Belum sempat jual tiket confirm dah sold out ni.

"Tengok pula senarai harga dia. Dari RM288 hingga RM2,088. MasyaAllah. Pun sold out kalau macam ni. RM2,088 ni murah sangat dah bagi orang yang minat benda macam ni.

"Compare dengan kelas Iddin buat tadabbur al-Quran sepanjang Ramadan, 30 days with al-Quran, dengan Imam Muda Megat Astro Oasis, jauh la antara langit dan bumi. Yuran pun murah RM1.70 je sehari. Itu pun belum sold out lagi," ujarnya dalam video yang dikongsi di media sosial.

Menurut Iddin, dia turut menawarkan banyak hadiah percuma buat mereka yang mendaftar masuk ke kelas tersebut.

iddin2

Justin Bieber bakal menghiburkan peminat Malaysia pada 22 Oktober depan.

Tambahnya, yuran RM1.70 sehari selama sebulan bersamaan RM50 sahaja.

"Mungkinlah orang dah tak minat nak belajar agama. Iddin terfikir macam tu lah. Mungkin agama ni orang pandang sebelah mata. Sebab tu dengan yuran macam ni pun susah orang nak daftar," ujarnya yang juga seorang penulis buku.

Dalam pada itu, tindakan Iddin membuat perbandingan harga berkenaan turut mengundang kecaman netizen.

Menurut sebilangan netizen, ia tidak wajar dibandingkan kerana peminat Justin Bieber di negara ini turut merangkumi orang bukan Islam.

Terbaharu, Iddin pada Jumaat memuat naik permohonan maaf berhubung isu berkenaan.

"Mungkin isu Justin Bieber tu ada melukakan hati mana-mana pihak, menimbulkan tidak puas hati pihak lain. Terang lagi bersuluh video itu ditujukan kepada umat Islam. Kalau tak percaya kita tengok betapa ramai umat Islam akan hadir nanti ketika konsert itu berlangsung.

Iddin tak ada niat untuk guilt trip sesiapa. Yang cakap Iddin menunggang agama, cuba kalian fikir. Apakah Iddin akan kaya hanya dengan yuran RM1.70 sehari?

IDDIN RAMLI

"Ya tak semua suara yang kita lontarkan itu betul dan tidak juga semuanya salah. Boleh jadi kita rasa betul tapi sebenarnya kita buat salah. Boleh jadi kita lihat dia salah tapi sebenarnya dia betul.

"Ada masa kita perlu check semula tindakan kita betul ataupun tidak. Yes mungkin Iddin ada silapnya dan cara Iddin tidak betul. Kadang-kadang bila kita ditegur, ditunjuk dan diajar maka kita akan sedar kesilapan yang kita buat," ujarnya.

Tambah Iddin, dia tidak berniat menyakiti hati sesiapa dan akui penyampaiannya membuatkan sebilangan individu salah faham.

"Iddin minat maaf ya? Sungguh. Minta maaf. Tak pernah Iddin diajar untuk menyakiti mana-mana hati orang yang Iddin tak kenal. Mungkin penyampaian Iddin juga mengundang salah faham dan Iddin akui perkara itu," jelasnya.

Menurut Iddin, dia juga tiada niat untuk membuat promosi kelas al-Quran semata-mata dalam video itu.

Malah katanya, dia hanya mahu memberi kesedaran sahaja dan mengajak orang ramai berfikir mengenai hal tersebut.

iddin3

Tangkap layar video yang tular pada Khamis.

"Kalau nak cakap Iddin promosikan kelas Iddin semata-mata, jawapannya tidak. Even kelas percuma pun still orang tak datang. Pergilah mana-mana sekalipun. kelas agama pasti tak semeriah konsert hiburan walaupun percuma. Memang manusia itu lebih sukakan hiburan. Hanya mereka yang sedar sahaja akan menganggap agama itu berharga. Yang tidak sedar akan terus lalai dan terleka.

"Tujuan Iddin hanya untuk menyedarkan sahaja. Mungkin Iddin salah sebab mempromosikan kelas Iddin. Iddin baru sedar yang Iddin buat silap. Sepatutnya promosikan kelas agama secara umum bukan secara khusus yang Iddin buat. Tapi Wallahi, tujuan Iddin nak ajak kita semua berfikir. Sejauh mana kita bersungguh dengan agama. Hanya Allah yang mengetahui tujuan Iddin dan apa yang ada dalam hati Iddin.

"Iddin tak pernah paksa sesiapa untuk join kelas yang Iddin buat. Iddin tak ada niat untuk guilt trip sesiapa. Yang cakap Iddin menunggang agama, cuba kalian fikir. Apakah Iddin akan kaya hanya dengan yuran RM1.70 sehari?

"Tak mungkin agama yang suci ini akan dijual oleh Iddin. Selagi Iddin hidup, InsyaAllah Iddin orang yang akan menjaga kesucian agama ini," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain