PENGUMUMAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada minggu lalu di mana kerajaan membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 cukup melegakan hati ramai. Keputusan tersebut disifatkan sebagai berita baik di kala rakyat ketika ini bergelut dengan bebanan kewangan lantaran situasi pandemik yang masih belum reda, malah ada yang terkesan akibat bencana banjir beberapa bulan lalu. Rata-ratanya menyifatkan keputusan tersebut sebagai 'buah tangan' lebih-lebih lagi ketika sesi persekolahan baru bermula dan umat Islam bakal meraikan kedatangan Ramadan serta Syawal. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh dakwaan pencarum suka-suka keluar simpanan KWSP dicop ‘kewangan tak stabil’, betul ke bank susah lulus pinjaman? ARTIKEL BERKAITAN: Pencarum KWSP muda mungkin tenat di masa hadapan! Netizen beri idea ‘masuk akal’, kerajaan dah boleh mula sedia rumah orang tua Sungguhpun begitu, sebagaimana peringatan yang disuarakan perdana menteri, pencarum dinasihatkan melakukan pertimbangan sewajarnya sebelum membuat pengeluaran, demi masa depan. Menerusi satu bebenang di Twitter, seorang pelayar, Nor Azam Budin berkongsi 'ilmu' khususnya buat pencarum yang ingin mengeluarkan caruman masing-masing, sebagai panduan bersama. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan kerajaan membenarkan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10,000 dalam sidang media khas, minggu lalu. "Dalam kes pengeluaran KWSP RM10,000 ni, aku bahagikan dua kategori. Pertama, golongan memerlukan iaitu kumpulan orang yang memang terkesan sama ada disebabkan banjir hari tu, hilang pekerjaan, gaji dipotong atau disebabkan faktor-faktor lain. "Kedua, golongan tidak terjejas, maksudnya kumpulan orang yang masih berkemampuan. Gaji bulan tidak dipotong, masih mempunyai extra income, atau tiada masalah untuk menyelesaikan komitmen bulanan. "Kebanyakkan yang betul-betul nak keluarkan duit KWSP adalah di kalangan kategori satu. Jadi untuk golongan ini, aku rasa tak perlu kita jadikan pengeluaran KWSP ni satu isu. "Cuma aku nak berpesan kepada kategori dua. Dah ada member-member nak beli iPhone, nak berbelanja sakan masa raya, macam-macam la yang kita dengar. Duit yang dapat tu sebaiknya manfaatkan betul-betul. Tapi ini sekadar pesanan sahaja. Nor Azam menggalakkkan agar wang caruman berkenaan dijadikan wang simpanan untuk persediaan menghadapi kemungkinan pada masa depan. Gambar hiasan. "Cuma nak share macam mana boleh manfaatkan duit KWSP tu," tulis Nor Azam yang juga seorang 'trader' saham. Dalam perkongsian tersebut, Nor Azam menyenaraikan tiga perkara yang boleh dilakukan oleh orang ramai untuk memanfaatkan duit yang dikeluarkan. "Pertama, reserve cash (simpanan). Kalau jenis memang tak ada langsung duit simpanan emergency enam bulan, ini peluang untuk keluarkan dan simpan dekat tempat yang selamat... tapi bukan bank yang selalu korang withdraw. "Tujuannya, sebab kita merasakan dalam tempoh enam bulan lagi, mungkin ekonomi kita tak berapa nak baik. Seandainya ini berlaku, perlu ada back-up cash untuk kita boleh buat sesuatu ketika waktu memerlukan," tulisnya. RM10,000 tu bersamaan caruman KWSP korang untuk dua tahun. Takkan nak habiskan dalam masa dua, tiga hari. Jadi gunakan sesuatu untuk bermanfaat. NOR AZAM BUDIN Untuk perkara kedua, Nor Azam berpendapat wang tersebut sangat sesuai 'dilaburkan' untuk tujuan menaiktaraf kemahiran (upgrade skill) masing-masing. "Masa inilah peluang untuk improve banyak benda dalam diri. Cari kemahiran fizikal yang boleh generate duit. Contoh kerja-kerja wiring, skil komunikasi dan sebagainya. "Sebab skil ini akan bantu jika apa-apa berlaku dekat pekerjaan kita akan datang. Cari sesuatu yang boleh berkait dengan kehidupan yang selesa nak buat. "Perkara ketiga, boleh juga cari kursus pensijilan yang ada untuk menambah nilai (add value) dalam akademic atau pekerjaan. Carilah apa yang sesuai, boleh letak dalam resume. "Kita bukan tak pandai, malas mencari je. Sebab ramai tak share. Aku dulu banyak terlibat dengan usahawan. Aku tahu banyak gila kelas free dalam bidang ni," tulisnya sambil berkongsi beberapa pautan untuk beberapa kursus 'online' percuma tanpa sebarang bayaran. Sebahagian wang tersebut sebaiknya digunakan untuk menaiktaraf kemahiran masing-masing. Gambar hiasan Dalam pada itu, Nor Azam turut mengingatkan orang ramai agar mengelakkan daripada menggunakan wang berkenaan untuk tujuan pelaburan apa jua jenis saham. "Jangan gunakan duit KWSP untuk pelaburan saham, Forex, FCPO, Crypto dan sebagainya. Pelaburan ni memerlukan ilmu dan pengalaman. Tak salah kalau nak guna sikit untuk mendalami ilmu. Tapi kalau masih baru kebarangkalian nak hangus duit lebih tinggi dari generate duit. "Seperti mana saya mahu ramai yang terlibat dengan pelaburan tapi untuk duit ini, jangan melabur! Melainkan memang dah pernah buat duit dengan pelaburan dan konsisten. Tak ada masalah. "Sekali lagi, ini hanya sekadar pendapat peribadi. Kalau ada tersinggung dengan thread ni harap dimaafkan. Mana yang baik boleh ambil, mana yang buruk boleh abaikan. "RM10,000 tu bersamaan caruman KWSP korang untuk dua tahun. Takkan nak habiskan dalam masa dua, tiga hari. Jadi gunakan sesuatu untuk bermanfaat," tulisnya lagi. Sehingga kini perkongsian bebenang tersebut meraih 1,863 ulang kicau selain dibanjiri komen netizen yang memuji pendekatan pelayar berkenaan yang menyebarkan 'ilmu' untuk panduan bersama. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI