KERETAKAN rumah tangga akibat pasangan yang berlaku curang bukanlah satu isu baru. Kali ini, seorang wanita berkongsi video, membongkar perilaku bekas suaminya yang didakwa bersekedudukan dengan perempuan lain. Difahamkan, pasangan itu sudah bercerai, namun wanita berkenaan ke rumah mereka untuk mengambil barang miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi curang, wanita tikam leher teman lelaki sampai mati ARTIKEL BERKAITAN: Saluran bongkar pasangan curang ‘panas’, raih jutaan tontonan... ramai mahu teman istimewa mereka diuji Ketika masuk ke rumah itu, dia mendapati bekas suaminya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam sebuah bilik. Wanita itu memaksa suaminya membuka pintu untuk mengambil barang-barang, namun permintaannya tidak diendahkan. "Anak masih enam bulan, ayah dah bawa betina masuk rumah," tulis kapsyen pada video tular tersebut. Akibat tidak memberi kerjasama, wanita itu yang ditemani seorang rakan turut menggunakan lesung dan batang penyapu untuk memecahkan tombol pintu bilik tersebut. Wanita ini turut ditemani seorang individu ketika hadir ke rumah berkenaan. "Buka (pintu), buka aku cakap. Kenapa, kau takut? Aku tak akan sentuh lah perempuan kau. Aku pecah pintu ni. "Sekarang kau buka. Dalam tu selimut, cadar semua aku punya. Kipas semua aku punya. Aku nak ambil. Bukalah. Aku pecah betul ni. "Buka aku cakap, aku tak akan apa-apakan kau," ujar wanita itu dalam nada berang sambil cuba memecahkan tombol pintu. Dia terus menjerit sambil meminta suaminya membuka pintu, malah turut berjanji untuk tidak melakukan tindakan keganasan terhadap skandal suaminya. Aku tak kan sentuh perempuan kaulah. Najis aku sentuh. BEKAS ISTERI "Kau tak nak buka, aku call mak kau sekarang eh. Eh dah cerai, aku nak ambil barang aku. Bukalah. Deposit (rumah) aku nak balik tau, itu duit anak aku. "Betina, kau ni bodoh ke apa? Kau nanti mengandung kau ditinggal. Kau tak payah bodoh. "Aku tak kan sentuh perempuan kau lah. Najis aku sentuh. Tidur dengan pelacur. Bayar RM60. Engkau kak, kau ni murah sangat ke? "Kalau cantik pun, bagilah harga mahal sikit," ujar wanita itu dari luar bilik dalam keadaan marah kepada wanita yang berdua-duaan dengan bekas suaminya. Difahamkan, video itu pada mulanya dikongsi menerusi aplikasi TikTok, namun ia sudah 'lesap' dari platform berkenaan. Antara komen netizen di Twitter. Bagaimanapun, ada netizen sempat menyimpan rakaman itu sebelum berkongsi semula ke Twitter dan YouTube. Di ruangan komen YouTube serta Twitter, ramai netizen turut meninggalkan komen serta menggelarkan lelaki tersebut sebagai biawak hidup. "Biawak hidup masih banyak bersepah ya. Ingat perempuan, jangan jadi bodoh tanggung biawak. "Terpadu kak. Jangan bagi muka. Nanti ada la tu merempat kat mana-mana mintak sedekah," tulis beberapa netizen. Berdasarkan gaya percakapan, wanita itu dipercayai berasal dari Indonesia, manakala bekas suaminya dikatakan warga tempatan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI