suria

Disindir ustazah kerana warna rambut tak hitam, bikin panas saat mengaku berdarah kacukan... tapi jawapan padu ibu buat si guru terdiam!

Ain bersama datuknya yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris, (gambar kecil) Ain ketika menuntut di sekolah rendah.

MEMANDANGKAN musim persekolahan baharu sahaja bermula minggu lalu, pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsikan warganet di media sosial.

Tidak ketinggalan ada yang mengimbas kembali (throwback) insiden ketika mula-mula menjejakkan kaki ke sekolah rendah suatu ketika dahulu.

Sebagaimana perkongsian seorang pelayar ini, pengalaman dituduh oleh seorang ustazah gara-gara mempunyai warna rambut yang sedikit keperang-perangan, merupakan antara insiden yang tidak dilupakannya sehingga hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kacukan Melayu-Korea ini bikin ramai keliru, nama penuhnya jadi persoalan rakan dan abang rider - “Sampai nak tengok kad pengenalan”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mix Filipina, bukan juga keturunan Melayu Borneo! Gadis ini buat ramai terkejut selepas dedah identiti diri

"Ada pemeriksaan rambut di sekolah agama. Rambut saya secara semula jadi bukan berwarna hitam. Dan salah seorang ustazah tuduh saya warnakan rambut dan cakap 'fikir anak orang putihkah mewarnakan rambut?'

"Saya balas dan cakap, datuk saya orang putih. Dia marah dan hubungi ibu saya," kongsi pelayar bernama 'Ain Batrisyia @ 'Ain Nadiah Muhammad Nur Adile.

Menurutnya yang senang disapa Ain, ketika membuat panggilan tersebut, ustazah berkenaan menetapkan mode pembesar suara.

ain

Rambut Ain (kiri, duduk) berwarna sedikit keperangan secara semula jadi sejak kecil.

"Ibu saya menjawab memang saya tak mewarkanan rambut sebab memang tak pernah pun. Ustazah tersebut mula memberikan ceramah mengenai dosa menipu dan mewarnakan rambut.

"Ibu saya melawan balik dan bertanya kepada ustazah mengenai dosa menuduh dan memfitnah. Memang diam seribu bahasa," kongsinya lagi.

Bercerita lebih lanjut, gadis yang berasal dari Brunei Darussalam ini berkata, dia sememangnya mempunyai darah kacukan Melayu-Inggeris.

Part kelakar tu mungkin sebab muka tak adalah ala-ala orang Inggeris tapi tengok rambut, warnanya tak hitam macam pelajar lain.

AIN

"Saya kacukan Inggeris tapi sebenarnya belah ibu banyak kacukan. Rambut saya tidak seperang seperti datuk. Part kelakar tu mungkin sebab muka tak adalah ala-ala orang Inggeris tapi tengok rambut, warnanya tak hitam macam pelajar lain," ujar anak ketiga daripada lima beradik ini.

Ain yang juga pelajar tahun satu jurusan kejururawatan berkata, dia sekadar mengimbas kenangan lucu ketika di bangku sekolah bersama warganet.

"Saya terkejut juga sebab rakan-rakan di Malaysia boleh relate tweet saya ni sebab tak terfikir langsung di Malaysia pun ada juga insiden macam ni," ujarnya lagi.

ain 1

Ain (kanan) merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan sikap segelintir guru yang 'judgemental' terhadap penampilan fizikal pelajar adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

"Rambut dan warna mata saya juga tidak hitam. Dan ada guru yang marah dan dia fikir saya pakai kanta lekap dan warnakan rambut.

"Cikgu dan ustazah ni ingat semua rambut hitam-sehitamnya ke? Sikit-sikit nak tuduh orang warna rambut. Dah orang pergi sekolah pakai tudung, sibuk nak check rambut orang kenapa?" demikian antara komen netizen.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain