BELUM reda isu seorang pensyarah kontrak Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memperlekehkan seorang pelajar B40 yang tidak mempunyai komputer riba menerusi kelas dalam talian, kini tular laporan 'siasatan dalaman' mengenai isu yang hangat diperkatakan. Sejak awal pagi Khamis, tular laporan kronologi yang dipercayai dibuat oleh pihak UiTM secara dalaman berhubung video tular membabitkan seorang pensyarah bergelar profesor. Menerusi laporan itu, proses kenal pasti kumpulan pelajar dan kesahihan video telah diadakan pada pagi Khamis di Bilik Mesyuarat Utama, Bahagian Pentadbiran, UiTM Cawangan Perak. ARTIKEL BERKAITAN: Panas, panas! Pensyarah suruh kakak pelajar B40 gadai gelang emas, bengang sebab tiada komputer... ini reaksi pantas Syed Saddiq ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Profesor viral akan dikenakan tindakan rupa-rupanya pensyarah kontrak UiTM Seri Iskandar... hikmahnya, siswa B40 dapat komputer riba Seramai lima pelajar yang dipanggil dan hasil temubual mengesahkan video tersebut berlaku semasa kuliah minggu ke-8 pada Semester Oktober 2021-Februari 2022 bagi subjek yang diajar oleh pensyarah berkenaan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Laporan itu turut memaklumkan satu pertemuan telah diaturkan bersama pensyarah terbabit, di sebuah bilik mesyuarat pada tengah hari Khamis. Pelajar B40 yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan itu dilaporkan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Teknologi Pembinaan. Turut didedahkan adalah latar belakang keluarga pelajar berkenaan, di mana bapanya tidak bekerja atas sebab yang tidak dapat dipastikan. Malah, pelajar tersebut juga masih mempunyai ibu yang bekerja. "Ibunya masih ada dan bekerja sebagai operator pengeluaran kilang. "(Pelajar) mempunyai tiga adik-beradik (kakaknya baru sahaja menamatkan pengajian dan memulakan pekerjaan manakala adik sedang menuntut di UiTM Rembau. "Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN," menurut laporan itu. Laporan kronologi didakwa berkenaan isu video tular membabitkan pensyarah UiTM. Tambah laporan itu, pelajar tersebut didapati menggunakan telefon bimbit bagi mengikuti kuliah dalam talian kerana komputer peribadinya tidak dibawa bersama ke kampus. "Pelajar ini telah lulus dalam peperiksaan akhir yang lepas dan ini termasuk bagi kod kursus tersebut," tambahnya. Dalam pada itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa video yang tular bukan dirakam dan disebarkan oleh pelajar berkenaan, sebaliknya dikongsikan oleh pihak lain sehingga menjadi tular di media sosial. "Pelajar tidak bersetuju sama sekali atas tujuan video ini ditularkan," menurutnya. Mengikut rekod, pelajar ini tidak pernah memohon bantuan wang zakat, namun begitu beliau memperolehi pinjaman PTPTN LAPORAN KRONOLOGI Menurut laporan itu juga, tindakan pengurusan UiTM melalui Mesyuarat Pengurusan Eksekutif UiTM bertarikh 30 Mac 2022 boleh mengambil salah satu pilihan keputusan sama ada tidak mengambil apa-apa tindakan kerana pensyarah dan pelajar yang terlibat telah bertemu dan berbincang dan mengambil keputusan untuk mengharmonikan keadaan. "Atau menamatkan kontrak pensyarah ini yang telah diperbaharui pada 15 Mac 2022 di mana pihak UiTM boleh menamatkan tantikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan tawaran. "Namun keputusan UiTM bergantung kepada nasihat dari Kementerian Pengajian Tinggi," demikian menurut laporan tersebut. Latar belakang keluarga seorang pelajar B40. Susulan itu, UiTM membuat laporan polis terhadap dokumen tiga muka surat mengenai laporan kronologi tersebut yang dikatakan sulit serta untuk melindungi institusi berkenaan, kakitangan dan mahasiswanya. Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr Roziah Mohd Janor pada sidang media, Khamis, berkata, laporan tersebut juga dibuat sekiranya terdapat keperluan untuk merujuk kebocoran maklumat itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Menurutnya, beliau mempersoalkan tindakan pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan terhadap isu tular yang dihadapi UiTM dengan membocorkan maklumat sulit. Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita itu memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40. Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut meminta pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya. Dalam pada itu, UiTM akan mengambil tindakan ke atas seorang pensyarah wanita selepas tularnya satu video sejak Selasa malam. Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dilaporkan berkata, pihaknya sedang meneliti kes berkenaan yang mana pensyarah tersebut memarahi pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI