suria

Pensyarah viral terpalit tindakan 'cancel culture'? Ramai bimbang... ada sanggup musnah reputasi, cetus masalah kerana habuan di media sosial

Cancel culture membuatkan reputasi seseorang jatuh

MESKIPUN kata-kata seorang pensyarah bergelar profesor yang tular kerana memarahi pelajarnya tidak dapat diterima umum, namun tindakan call-out culture mahupun cancel culture tidak wajar dilakukan terhadapnya.

Ini kerana, tindakan seumpama itu merupakan satu bentuk penghinaan publik yang dilakukan di media sosial dengan tujuan meminta pertanggungjawaban masyarakat dengan cara menarik perhatian pada perilaku yang dianggap bermasalah seterusnya memboikot individu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita diuji ketika buat bisnes tampung kos rawatan ibu... ejen batal tempahan, stok sampai hampir semuanya remuk

ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik akaun Twitter diugut bunuh kerana kasihan kanak-kanak dipaksa pakai tudung, perbalahan makin panas di media sosial... apa kata Ustaz Azhar Idrus

Memetik kenyataan yang dikeluarkan penulis terkemuka Hasrizal Abdul Jamil, cancel cultre itu diumpamakan sebagai tindakan yang berlebih-lebihan untuk tujuan memusnahkan reputasi seseorang individu.

"Saya tidak suka dengan cancel culture. Apabila jumpa seseorang buat sesuatu yang kita tidak berkenan, kita mahu bertindak berlebih-lebihan untuk memusnahkannya.

"Ia menyamai kita menjadi individu sombong seolah-olah kita bukan manusia yang tidak akan terjerumus buat silap," katanya pada Rabu.

Ciapan ringkasnya itu dipercayai berhubung dengan insiden seorang pensyarah memarahi pelajarnya yang tidak mempunyai laptop untuk belajar.

Pandangan yang dilontarkan mendapat perhatian warganet

Pandangan yang dilontarkan mendapat perhatian warganet

Video berkenaan menjadi tular sehingga status dan maklumat peribadi pensyarah terbabit didedahkan di media sosial.

Malah, ramai yang mengecam kata-katanya kerana dianggap menghina golongan B40 iaitu kelompok berpendapatan rendah.

Justeru itu, perkongsian Hasrizal yang menyelar tindakan cancel culture mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya menzahirkan rasa setuju dengan pandangannya.

"Kadang-kadang tengok orang yang kritik orang lain ni macam dia tidak pernah buat dosa langsung."

Pensyarah tular akibat memarahi pelajarnya yang tidak mempunyai laptop.

Pensyarah tular akibat memarahi pelajarnya yang tidak mempunyai laptop.

"Kalau setakat tidak setuju dengan perbuatan seseorang itu okay lagi tapi siap dedahkan maklumat peribadi tu... kenapa."

Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang beranggapan cancel culture itu perlu dilakukan kerana 'budaya' rakyat Malaysia masa kini yang dikatakan suka membuat masalah demi menjadi popular sekali gus mengaut 'keuntungan' daripadanya.

"Perlu ada... kerana di Malaysia, lagi bermasalah seseorang itu, lagi popular dirinya sehingga berupaya menjadi influencer dengan masalah yang masih berterusan.

NETIZEN

Difahamkan terdapat sebilangan selebriti dan individu ternama yang sengaja menimbulkan 'masalah' atau membuat content yang melanggar etika dan budaya kerana ingin mendapatkan rating di media sosial seterusnya berupaya memperoleh wang daripadanya apabila video tersebut dikongsi ramai.

"Perlu ada... kerana di Malaysia, lagi bermasalah seseorang itu, lagi popular dirinya sehingga berupaya menjadi influencer dengan masalah yang masih berterusan. Lagi bermasalah, lagi popular. Ia menyebabkan lagi ramai suka buat masalah sebab ia boleh jadi sumber pendapatan."

Antara reaksi netizen terhadap cancel culture

Antara reaksi netizen terhadap cancel culture.

"Sistem di Malaysia memaksa cancel culture diterapkan dalam diri setiap individu. Nak salah, sila salahkan sistem Malaysia... bila sebut sistem ia merangkumi pendidikan, kewangan, politik, kemanusiaan, sosio budaya, sosio ekonomi dan sebagainya."

"Bukan nak cancel sepenuhnya tapi hukuman tu biar setimpal. Pengajaran untuk dia supaya tidak ulangi kesilapan sama, kesilapan tu pun dah nampak teruk sebab mungkin dia dah biasa dengan perangai tu."

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain