suria

Pemuda dakwa difitnah buat laporan polis... terkejut dikait dengan pensyarah viral, tuntut pelaku mohon maaf!

Shamei kecewa apabila dikaitkan dengan kes tular tersebut.

VIDEO tular memaparkan seorang pensyarah wanita memperlekehkan seorang pelajar B40 gara-gara tidak memiliki komputer riba, hangat diperkatakan sejak Selasa lalu.

Dalam kekecohan itu, seorang penuntut Insitut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berusia 20 tahun mendakwa menjadi mangsa fitnah kononnya dia merupakan pelajar dalam video berkenaan.

Hanya mahu dikenali sebagai Shameil, dia akui terkejut apabila wujud satu posting Facebook yang mengaitkan dirinya dengan pensyarah tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Padah hina siswa B40 tiada komputer, menteri minta pihak universiti beri penjelasan isu pensyarah viral

ARTIKEL BERKAITAN: Prof Dr Roshana direhatkan, UiTM siasat cari kebenaran... Awas jika sebar maklumat sulit!

Menurut Shameil, amat tidak wajar untuk mengaitkan dirinya dengan kes tersebut memandangkan dia bukan lagi merupakan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Ada seorang kawan maklumkan mengenai penemuan gambar saya di Facebook. Saya tak tahu kenapa orang tu guna gambar saya. Mula-mula dapat tahu memang terkejut.

"Saya tak ada kena mengena dengan profesor tu. Saya tak kenal dan tak tahu dia ajar subjek apa. Saya rasa sedih apabila dikecam sehingga ada yang menyentuh tentang penampilan saya.

shameil2

Posting fitnah yang disebarkan.

"Saya hanya belajar di UiTM Shah Alam dalam peringkat Asasi, dari 2020 hingga 2021. Saya tiada kena mengena dengan kes itu," ujarnya kepada mStar.

Menurut penuntut bidang perakaunan yang menetap di Setia Alam itu, dia pada Jumaat petang membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bagi mendapatkan keadilan berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Dalam pada itu, Shameil turut menitipkan pesanan kepada individu yang melemparkan dakwaan tersebut agar tampil memberi penjelasan segera dan membuat permohonan maaf.

Sesuatu perlu dilakukan untuk dia jadikan pengajaran dan tidak melakukan perkara yang sama.

SHAMEIL

"Saya dah buat laporan polis sekitar pukul 4 petang semalam. Saya nak jelaskan bahawa saya bukan pelajar dalam video itu. Posting fitnah sudah tiada di Facebook, orang tu pun dah padam akaun Facebook.

"Pesanan saya, saya harap dia bertaubat. Dia kena berubah jadi baik. Kalau tak ada benda nak cakap, lebih baik berdiam diri. Saya langsung tak kenal dia.

"Walaupun akaun Facebook dia dah tak ada, saya simpan semua screenshot dan bukti. Damage has been done. Saya mahu dia untuk minta maaf dan jelaskan semula.

"Sesuatu perlu dilakukan untuk dia jadikan pengajaran dan tidak melakukan perkara sama," ujar Shameil lagi.

shameil3

Tangkap layar video seorang pensyarah wanita memperlekehkan pelajar B40 tular sejak Selasa malam.

Untuk rekod, video tular berdurasi 1 minit 45 saat memaparkan seorang pensyarah bergelar profesor memarahi seorang pelajar UiTM ketika sesi kelas maya, tersebar sejak Selasa malam.

Menerusi rakaman itu, pensyarah berkenaan turut mengarahkan pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membeli komputer riba untuknya.

Selain menerima kecaman netizen, kes tersebut turut mendapat perhatian Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta ramai pemimpin lain.

Selepas melakukan siasatan, pihak UiTM pada Jumaat memutuskan untuk merehatkan pensyarah berkenaan bermula 1 April.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain