SATU penghinaan yang amat nyata. Begitulah komen Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh mengenai sehelai baju yang tertera perkataan carutan dalam bahasa Arab. Menerusi perkongsian di Facebook, Sharifah Zahidah menegur pengeluar baju berkenaan yang dianggap biadab dan tidak peka dengan sensitiviti agama. ARTIKEL BERKAITAN: Menggeletar, liuk-lintuk badan malu disentuh suami selepas akad nikah... ustazah ada teguran sayang buat pengantin ketika sesi batal wuduk ARTIKEL BERKAITAN: Jijik! Tak sedar aksi lucah diperhatikan, lelaki tua sangap asyik melancap hidu, ramas pakaian dalam wanita... kelam kabut lari, terkejut kena sound "Berderau darah terlihat gambar ini. Satu penghinaan yang amat nyata. Yang tertera atas baju ini adalah perkataan yang ditulis dalam Bahasa Arab, menggunakan tulisan Resm Uthmani iaitu tulisan yang menulis ayat al-Quran dan ditandakan tanda bacaan juga seperti ayat al-Quran. "Namun, apa yang tertera bukanlah perkataan yang baik melainkan perkataan hina dan carutan what the f**k yang ditulis untuk memberi gambaran seolah-olah ia adalah ayat al-Quran. Atas apa jua alasan, tindakan pencetak dan penjual baju ini amat biadab. "Pencetak baju, penjual, pengedar, pembeli dan semua yang terlibat nyata bersikap biadap dan tidak sensitif dengan kemuliaan agama Islam sendiri," ujarnya. Sharifah Zahidah mengajak orang ramai agar menolak penjualan pakaian tersebut. Menurut Sharifah Zahidah, bahasa Arab yang sinonim sebagai bahasa kalam suci Allah tidak wajar digunakan atas tujuan sedemikian. "Pertama sekali, mengapa harus mempromosi carutan pada pakaian? Sudah habiskah perkataan elok dan idea kreatif yang boleh dijadikan hiasan? "Keduanya, kenapa ianya ditulis di dalam bahasa Arab? Bahasa yang Allah muliakan dalam agama Islam. Bahasa yang dipilih Allah sebagai medium firman-Nya yang Maha Mulia. "Ketiganya yang paling ketara, mengapa perlu meniru tulisan al-Quran Rasm Uthmani siap bertanda lagi dengan tanda bacaan yang sekali pandang memang nampak persis al-Quran walhal tulisan itu tidak lain hanyalah sebuah carutan," ujarnya lagi. Tindakan menjual pakaian sebegini adalah amat tidak wjar dan harus mendapat tentangan walau apa jua alasan. USTAZAH SHARIFAH ZAHIDAH Dalam teguran sama, guru pengajian al-Quran dan bahasa Arab itu mengajak orang ramai agar menolak penjualan pakaian tersebut. "Ini bahana apabila semua benda nak dibuat keunikan sampai kejahilan dan penghinaan juga mahu ditafsirkan sebagai kreativiti dan unik. Unik dan kreatif itu lain. Bodoh dan biadap itu juga lain. "Tindakan menjual pakaian sebegini adalah amat tidak wjar dan harus mendapat tentangan walau apa jua alasan si peniaga yang menjual. "Nastaghfirullah wanatubu ilaika ya Allah... Ya Rabb, lindungi kami dan zuriat kami daripada memperolokkan agama dan kalammu. Ini saja sekecil-kecil usaha dan selemah-lemah iman kami cuba mempertahankan dan membela agamamu," ujar penceramah itu lagi. Perkataan mencarut yang ditulis dalam Bahasa Arab, menggunakan tulisan Resm Uthmani. Dalam perkongsian berkenaan, Sharifah Zahidah menunjukkan foto pakaian tersebut yang sedang tergantung di atas rak dalam sebuah kedai. Bagaimanapun, lokasi kedai tersebut tidak dapat dipastikan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyelar tindakan pengeluar pakaian tersebut yang dianggap biadab dan menghina Islam. "Masih tak boleh fikir, dari mana hamba Allah ni dapat keberanian edit, cetak dan jual baju macam ni. "Kalaulah tak dihuraikan macam ni, saya pun tak perasan apa maksud yang ditulis. Terima kasih atas penjelasan. "Allahuakhbar, mengapa mereka sangat biadab begini? "Memang kurang ajar," tulis beberapa netizen di Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI