RAKAMAN seorang abang bertemu adik perempuannya di pagar belakang asrama meraih hampir sejuta tontonan di media sosial selepas dimuatnaik dalam tempoh kurang 24 jam. Video berdurasi 28 saat itu juga mengundang sebak berikutan si adik kelihatan menangis teresak-esak ketika melihat abangnya. ARTIKEL BERKAITAN: Dihina mandul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan... Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah dihina demi rezeki halal sara keluarga, Kak Long tetap teruskan kerjaya bersama geng lelaki... impian nak jadi minah rempit, berlumba di trek musnah Berkongsi kisah menyentuh hati kepada mStar, Amir Ashraff Abdullah memberitahu, kali terakhir dia bertemu dengan adiknya, Nur Shuhadah yang berusia 11 tahun adalah pada awal Februari lalu. Ujarnya, bekerja di lokasi yang jauh menyebabkan dia sukar untuk bertemu dengan adik bongsunya yang kini berada di asrama. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya bekerja di kedai makan di Jerteh, Terengganu manakala adik tinggal bersama dengan bapa saudara di Felda Perasu, Gua Musang di Kelantan dan bersekolah di sana. "Disebabkan saya mendapat cuti selama empat hari, saya bercadang untuk balik kampung dan berbuka puasa bersama dengan adik-adik. Wajah Shuhadah muram kerana abangnya perlu balik ke Jertih. "Tapi saya terlupa yang Shuhadah dah masuk asrama, jadi saya tidak berpeluang untuk berjumpa dengan dia kerana SOP sekolah menetapkan ibu bapa mahupun penjaga tidak dibenarkan melawat murid bagi mengekang penularan wabak Covid-19. "Malah barang makanan yang dibelikan untuk Shuhadah juga dikirim melalui pengawal keselamatan," katanya yang merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik. Menurut anak muda berusia 19 tahun itu lagi, sejurus mengetahui dia berada di kampung halaman, adiknya mengirim surat untuk bertemu. Katanya, surat ringkas yang dikirim itu meminta dia datang ke pintu belakang pada pukul 5 petang untuk berjumpa. Surat yang dikirim Shuhadah kepada abangnya. "Surat tu dia bagi pada 5 April melalui sepupu yang belajar di sekolah sama selepas dia tahu saya ada kat kampung. Sebelum itu pada Ahad 3 April saya bercadang nak jumpa dia tapi makcik cakap tak boleh melawat, jadi saya beli makanan kat kedai RM2 untuk dia," luahnya sebak. Katanya lagi, disebabkan masalah keluarga yang dihadapi, adiknya tidak berpeluang menikmati kasih sayang daripada ibu bapa dan hanya menumpang kasih daripada ibu serta bapa saudara. Oleh itu tambahnya, sebagai anak sulung sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dan memberi kasih sayang kepada adik-adik yang masih kecil. Bercerita lanjut, dia memberitahu peluang untuk bertemu dengan adik-adik adalah pada waktu cuti sahaja selain jika dia mempunyai kewangan lebih untuk pulang ke kampung halaman. Pertemuan terakhir pada bulan Februari lalu. "Tempat saya tinggal di sempatan Terengganu dan Kelantan, saya balik ke kampung dengan menaiki bas... perjalanan kira-kira tiga jam. Disebabkan sukar untuk balik, jadi Shuhadah rindu nak jumpa dan dia merupakan satu-satunya adik perempuan yang saya ada, yang lain semua lelaki. "Apabila bertemu dia akan bercerita semua perkara kepada saya, apa yang buatkan dia sedih atau apa yang berlaku pada dia," rintihnya sayu. Dalam pada itu, dia juga memasang impian untuk membawa kesemua adik-adiknya tinggal bersama suatu hari nanti. Tambahnya, dia akan memastikan kewangannya stabil serta mempunyai kenderaan yang memudahkan pergerakan. Insya-Allah suatu hari nanti semua anak daripada broken family boleh berjaya dan bahagia. Semoga Allah permudahkan semua urusan. NETIZEN Perkongsiannya di TikTok mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji kasih sayang yang ditonjolkan Amir Ashraff dalam video tersebut dan menyifatkan dia sebagai satu dalam 1,000. "Pengorbanan abang untuk bekerja dan cari duit, pengorbanan adik untuk terus belajar... dah berjaya nanti jangan lupa pengorbanan masing-masing, susah kejap sahaja. "Insya-Allah suatu hari nanti semua anak daripada broken family boleh berjaya dan bahagia. Semoga Allah permudahkan semua urusan. "Mesti abang dia jaga adik dengan baik sebab tu sedih apabila kena berpisah sementara," kata netizen. Antara reaksi netizen selepas melihat keakraban dua beradik itu. Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menyatakan sebaliknya dan mula membandingkan Amir Ashraff dengan abang masing-masing. "Abang aku hantar pergi sekolah terus 'blah' langsung tak pandang-pandang. "Abang aku tak adanya nak manjakan adik dia begitu. "Abang saya perangai macam apa marah sana sini... nak nangis rasa," kongsi beberapa netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI