BELUM reda isu pelitup muka bukan perubatan yang diwajibkan mempunyai perakuan dan penandaan Sirim sehingga membangkitkan rasa tidak puas hati banyak pihak, anak kepada Presiden Umno, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menerima tempiasnya. Ia gara-gara Nurulhidayah, yang merupakan duta kepada produk pelitup muka dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang dikatakan mempunyai perakuan Sirim. Posting yang tular di media sosial itu turut memuat naik foto kotak bungkusan pelitup muka yang memaparkan wajah Nurulhidayah. ARTIKEL BERKAITAN: Anak Zahid Hamidi backup pensyarah, geram siswa tak ambil serius hal komputer... katanya B40 pun ramai berjaya sebab tahu keutamaan ARTIKEL BERKAITAN: "Bagi pad, lepas tu?" - Bagi free tanpa mendidik... Nurulhidayah 'bersuara' isu kemiskinan haid, tuala wanita di Malaysia bukan harga kayangan Nurulhidayah yang dimaklumkan bahawa produk keluaran syarikat tersebut mempunyai lesen dan pensijilan, antaranya dari Sirim mempersoalkan dirinya dikaitkan dengan isu tersebut. "Kenapa kalau face mask tu ada perakuan Sirim? Saya tak boleh jadi duta produk yang legit ke? "Biarlah nak viral pun, selama ni apa yang tak viral tentang Zahid Hamidi dan anak Zahid? Orang nak mengata dan terus mengata itu hal masing-masing. Saya percaya pada freedom of speech (kebebasan bersuara) dan hari akhirat, simple," katanya kepada mStar pada Jumaat. Nurulhidayah menjadi duta produk pelitup muka. Nurulhidayah yang turut dikenali dengan panggilan Kak Long berkata, dia selama ini mengamalkan prinsip 'move on' dan menjalani kehidupan seperti biasa. "Saya tak susahkan orang dan tak kacau hidup orang. Kalau orang nak kacau hidup saya, bukan masalah saya. "Itu masalah dia dengan diri dia sendiri. Buat apa nak pening-pening," tambahnya. Dalam pada itu, Nurulhidayah turut berkongsi kisah di sebalik pemilihan dirinya sebagai jurucakap bagi produk pelitup muka keluaran sebuah syarikat. "Salah seorang kenalan saya ni nak invest (melabur) buka kedai 100 peratus jual mask. Datang approach saya kalau saya nak melabur. "Saya beritahu dia manalah saya nak cari duit melabur masa sekarang ni. Nak bayar overhead bulan-bulan lagi," katanya. Perkongsian Nurulhidayah di Instagram berkaitan dirinya sebagai duta produk pelitup muka. Bagaimanapun katanya, dia sedia membantu dari segi penggunaan wajahnya sebagai duta bagi produk pelitup muka tersebut termasuk mempromosikannya. "Dari situlah, kawan saya ni approach pengilang dan gunakan muka saya untuk produk surgical mask (pelitup muka pembedahan). Dia janji tak akan malukan saya dan pastikan produk ni betul-betul 'legit' dan sah sebagai surgical mask. "Alhamdulillah, pihak pengilang yakin dan setuju untuk ambil saya sebagai duta produk. Saya kalau kawan minta tolong memang saya akan sedaya-upaya tolong sampai berjaya. "Itu prinsip hidup saya. kalau yang tak melibatkan duit ringgit insya-Allah saya bantu," tulisnya dengan memaklumkan rakannya itu berbangsa Cina bernama Jo. Nurulhidayah (kiri) bersama rakan yang dibantunya. foto instagram Nurul.Zahid Nurulhidayah turut menjelaskan mengenai 'pulangan' kerana membantu dan menyokong rakannya itu dalam perniagaan pelitup muka. "Apa saya dapat 'in return' untuk bantu dan support dia? Duit? Tidak. "Saya minta Jo berjanji dengan saya, sekiranya saya perlukan support untuk NGO (badan bukan kerajaan) menghantar mask secara percuma untuk bencana alam, bantu saya beri bantuan kepada yang memerlukan. Apa saya dapat 'in return' untuk bantu dan support dia? Duit? Tidak. DATUK NURULHIDAYAH AHMAD ZAHID "Alhamdulillah Jo setuju dan kebetulan selepas kolaborasi tersebut, Jo aktif turun padang bersama saya. Jo sedikit pun tak berkira untuk hantar mask, hantar sanitizer kepada mangsa-mangsa bencana alam. Jo sendiri hantar pegi ke masjid. "Saya nak tanya anda semua, apa yang saya buat ni salah ke? Haram ke? Adakah perbuatan saya ni menzalimi sesiapa? Tanya diri anda sendiri, siapa zalimi siapa?" katanya. Penghantaran sumbangan pelitup muka ke masjid. foto instagram Nurul.Zahid Terdahulu, kecoh mengenai semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS Sirim daripada Sirim QAS International Sdn Bhd, berkuat kuasa 4 Julai depan. Kegagalan mematuhi perintah tersebut boleh menyebabkan mana-mana syarikat dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 manakala bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000. Bagi individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali. Pada Khamis, KPDNHEP menangguhkan penguatkuasaan Pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, ke 1 Januari 2023. Penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada umum kepada kementeriannya dan beri peluang kepada pihak industri dan pengguna untuk membuat penyesuaian sebelum pewartaan itu dilaksanakan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI