suria

Bangman akui ‘koyak’ dituduh tiru KhairulAming, pelik ada lagi yang cakap belakang walau syaitan diikat bulan Ramadan

Bangman dituduh meniru KhairulAming kerana berkongsi video masakan sempena Ramadan.

KEDATANGAN bulan Ramadan turut menyaksikan 'kemeriahan' menu dan resipi masakan dikongsi orang ramai di media sosial.

Sama ada juadah berbuka puasa, moreh mahupun sahur, perkongsian itu ternyata menarik perhatian untuk dijadikan inspirasi dan diamalkan.

Namun, dalam kemeriahan umat Islam berpuasa, seorang content creator, Bangman dikatakan meniru selebriti masakan, KhairulAming yang amat dikenali kerana sering menghasilkan video-video masakan sepanjang Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai 'panas' foto Bangman dibuat poster obesiti, tapi tuan badan cuma sentap sekejap... gembira tak lama lagi dah nak kahwin!

ARTIKEL BERKAITAN: Produk laku keras dalam masa 54 minit, Khairulaming selamba tunjuk kelemahan kepada followers!

Bangman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Salim meluahkan rasa kesalnya selepas mengesan terdapat tuduhan yang dilemparkan terhadapnya di laman sosial.

"No offense to KhairulAming, I have so much respect to him. Kau nak cakap aku tiru dia sebab aku buat content masak? Ada juga yang cakap 'eh tiba-tiba je dia tu buat content masak'.

"Aku dari umur 14 tahun, aku dah belajar masak sikit-sikit. Sebab mak aku mengasuh budak dulu, lepas tu mak aku penat, jadi aku tolong masakkan makan malam," tulisnya menerusi siri ciapan di laman Twitter miliknya lewat malam Khamis.

bangman dituduh tiru khairulaming 3

Luahan Bangman di laman Twitter.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu, dia mempunyai minat terhadap dunia masakan sehingga mahu menyambung pengajian dalam bidang kulinari tetapi rezeki tidak berpihak kepadanya.

"Kau nak cakap aku tiba-tiba memasak sebab nak tiru orang? Kau nak cakap aku masak entah apa-apa? Ya betul aku tak nafikan, aku ni bukannya kerja atas cruise nak masak sedap.

"Content aku tu aku masak simple-simple, supaya ramai orang boleh ikut. Kau bayar aku ke untuk masak kat kau? Bising itu bising ini.

"Content masak aku sebelum ini 'lapaq tengah malam', aku post tengah malam. Ada orang lain yang memasak, post tengah malam?" soal pemuda ini yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

bangman 2

Tangkap layar video masakan Bangman sempena Ramadan.

Bangman yang mempunyai sejuta pengikut di aplikasi TikTok mengakui jumlah pengikut yang ramai membolehkannya untuk berkongsi video-video masakannya.

"Kau nak cakap aku buat kerja senang sebab followers dah ramai? Ya aku mengaku senang, tapi part nak menaikkan followers sehingga tahap tu, ada kau kira?

"Aku buat content dari Januari 2014, konsisten sampai sekarang. Lapan tahun, setiap hari, ada kau kira?

Aku buat content memasak, pertama sebab aku minat. Kedua sebab aku nampak peluang jana pendapatan di situ. Aku sedar aku datang dari keluarga tak senang. Salah ke aku nak cari duit?

BANGMAN

"Dan aku buat content memasak, pertama sebab aku minat. Kedua sebab aku nampak peluang jana pendapatan di situ. Aku sedar aku datang dari keluarga tak senang. Salah ke aku nak cari duit?

"Aku berani kata aku ni antara content creator yang tak banyak buat masalah, tak ada nak viral benda-benda bodoh, aku naikkan followers aku secara organic, bila followers dah ramai, aku ambil peluang untuk jana pendapatan," katanya.

bangman dituduh tiru khairulaming 2

Bangman (kiri) dan KhairulAming mempunyai cara tersendiri dalam menonjolkan masakan.

Walau bagaimanapun, Bangman yang berasal dari Kajang, Selangor mengakui dirinya terasa hati apabila terdapat pihak yang mempertikatkan minatnya.

"Ya, aku ni manusia. Aku ni rileks je orangnya, tapi kadang-kadang 'koyak' juga bila aku follow passion aku, orang nak kecoh. Niat aku nak tolong famili pun, orang nak kecoh.

"Cuba kau bagitahu aku, apa yang kau kecoh sangat dengan kelakuan aku? Content aku bersih, tak ada nak tiru orang, tak ada nak sakitkan hati orang.

"Aku ni jenis yang tak ambil port sangat tentang hate comments ini. Tapi kali ni aku 'koyak' sikit. Aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa.

"Tapi kalau betul syaitan diikat, dan kau main cakap belakang dengan aku, that means its yourself. Bukan syaitan. You just have pure hatred to me. Semua benda aku buat, semua kau tak puas hati.

"Masalahnya pada kau, bukan pada aku. The loser in real life is you, bukannya aku. Dan terima kasih kepada KhairulAming, anda membuka jalan kepada ramai content creator makanan di Malaysia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain