TIBANYA bulan bulan puasa, isu harga makanan di bazar Ramadan sering menjadi topik hangat dalam kalangan netizen. Terbaharu Cef Ammar Ali yang terkenal dengan menu nasi Arab lamb shank menjadi mangsa kecaman netizen kerana dikatakan menjual makanan dengan 'harga Tel Aviv'. Menyedari namanya menjadi bahan kecaman, cef kelahiran Palestin ini berkata orang ramai sepatutnya menilai sendiri kualiti makanan yang dijual, setanding dengan harga yang ditawarkan. ARTIKEL BERKAITAN: Brokoli harga ‘kayangan’! Pelanggan dakwa tak masuk akal, ada yang minta jangan pertikai lokasi T20 berbelanja ARTIKEL BERKAITAN: Kailan ikan masin kayangan: Restoran mengaku mungkin silap letak harga atau tersalah saiz hidangan "Mereka kena tahu, harga barangan pun semakin naik. Saya hanya naikkan harga nasi Arab sebanyak RM1. Sebelum ini saya jual RM49, sekarang jadi RM50. "Dalam nilai RM1 yang dinaikkan, pelbagai lagi kos dalaman perlu ditanggung. Bil elektrik tempat penyimpanan bahan mentah, barang-barang yang digunakan pun adalah premium, proses penyediaan juga dibuat teliti untuk kekalkan kualiti. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya tahu kerana saya terlibat daripada A hingga Z. Saya dan anak pergi pasar, dan saya jugalah yang memasak. "Saya juga ada kilang, tiga restoran, dan ada 34 pekerja yang bekerja dengan saya. Saya ada jenama yang kena maintain. Saya pun bukan baru dalam bidang ni," katanya ketika dihubungi mStar. Tangkap layar video Cef Ammar yang membuat penjelasan berkenaan isu yang viral. Cef Ammar menambah, adalah tidak adil untuk mengatakan nasi Arab hasil air tangannya seolah-olah hidangan kayangan yang tidak mampu dinikmati oleh golongan B40. "Orang kita nak makan mantap tapi nak harga B40. Saya bukan kerajaan nak beri subsidi. Saya tak berniat untuk memandang rendah kepada mana-mana pihak, kerana saya dulu juga B40... naik kereta lama. "Tak apalah, bagi saya, yang komen ini mungkin narrow-minded, orang yang tak educated dan tak guna akal. Ambil contoh nasi lemak, ada yang berharga RM2, RM5, RM10 malah lebih mahal pun ada. Apa yang membuatkannya mahal adalah bahan-bahannya. Jadi, nak komen tapi biarlah ada style. Proses penyediaan yang teliti dan menggunakan bahan premium. "Orang hanya nampak harga mahal, tapi tak pernah nampak apa yang kami buat. Saya berniaga ikhlas kerana Allah. Kami juga selalu sponsor untuk frontliners, sedekah pada masjid tapi kami tak sebut pun itu semua," ujarnya lagi. Sehubungan itu pemilik Chef Ammar Xpress Souk Cafe ini sekali lagi menegaskan agar orang ramai khususnya netizen melihat daripada segenap aspek sebelum membuat komen atau tohmahan secara melulu. "Jangan cakap fasal orang lain until you give the facts. Jangan hentam kalau tak ada maklumat. Sebelum cakap buruk, tengok barang kami dulu. Saya selalu cakap, kalau tak sedap, saya pulangkan semula duit. Orang kita nak makan mantap tapi nak harga B40. Saya bukan kerajaan nak beri subsidi. CEF AMMAR "Saya berani cakap macam tu sebab saya sendiri pergi pasar, saya sendiri yang masak. Lainlah kalau kami buat lebih kurang, macam kes peniaga nasi briyani tak kopek telur, letak daging pun sikit. Itu namanya dia bunuh dirinya sendiri. "Kita semua mencari rezeki halal. Berhentilah buat komen fitnah, ini semua dosa besar. Sekarang bulan Ramadan, jangan buat macam ni," katanya lagi. Terdahulu tular dakwaan segelintir netizen yang mempertikaikan harga nasi Arab yang dijual Cef Amar di bazar Ramadan. Cef Ammar menggunakan resipi turun temurun daripada keluarganya dari Palestin. Susulan itu, Cef Amar memuat naik perkongsian video bagi menjawab dakwaan sedemikian. Menerusi video tersebut, Cef Amar turut menunjukkan bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan nasi Arab dan menu-menu lain. Nasi Arab hasil air tangan Cef Amar yang dijual di bazar Ramadan USJ 4 dan Seksyen 13 Shah Alam menjadi tumpuan ramai setiap tahun. Pelanggan sanggup beratur panjang demi menikmati keenakan sajian resepi tradisi dari negara kelahirannya itu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI