suria

Luluh hati tengok kucing nazak depan mata, 8 ekor mati serentak... Penduduk dakwa jiran warga Singapura jadi dalang, ada sejarah benci si bulus

Empat daripada lapan ekor kucing yang menjadi mangsa, dipercayai angkara perbuatan khianat jiran Zulkifli.

ADAKAH suratan atau kebetulan apabila lapan ekor kucing mati serentak?

Namun itulah yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di Aliff Puteri, Damansara Aliff, Johor Bahru, baru-baru ini.

Perkara itu menjadi tular selepas seorang pelayar berkongsi tentang kejadian aneh lagi mencurigakan itu di laman Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Tergamaknya manusia! 6 ekor kucing mati diracun buat hati si ayah sebak

ARTIKEL BERKAITAN: Perut terburai, mulut dan hidung berdarah... 20 kucing mati disyaki diracun

"Dua tahun Singaporean tak balik, elok semua kucing. Ada jiran yang terpaksa lepaskan kucing sebab tak mampu nak jaga masa PKP, jiran lain tolong bagi makan. Singaporean balik, habis mati semuanya diracun," demikian ciapan pelayar berkenaan.

Sehingga kini perkongsian berbentuk dakwaan tersebut meraih sehingga 12,800 retweet dan dibanjiri ratusan komen.

Salah seorang penduduk taman perumahan berkenaan yang dihubungi mStar mendedahkan, kejadian 'misteri' tersebut berlaku pada Selasa lalu, iaitu lima hari selepas pembukaan sempadan Malaysia-Singapura.

"Ada seorang jiran kami yang diketahui memang tak suka dengan kucing sebab dia pelihara burung. Selama dua tahun dia tak ada, rumahnya dijaga oleh adiknya. Si suami rakyat Singapura manakala isterinya pula orang Malaysia.

kucing

Perkongsian yang tular di Twitter, baru-baru ini.

"Dia baru saja balik rumahnya beberapa hari lalu. Mungkin ada perkara yang tak menyenangkannya, seperti kucing-kucing ini buang najis atau mengusik burungnya.

"Selepas dia pulang, tiba-tiba saja kucing-kucing terbiar ini mati dan anehnya, sampai enam ekor dalam sehari. Saya orang pertama terjumpa bangkai-bangkai kucing ini sebab memang rutin saya bagi makan kucing liar setiap pagi sebelum pergi kerja," dakwa individu berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zulkifli

Menurut Zulkifli lagi, situasi sama turut berlaku kepada jirannya yang lain.

kucing 1

Dua ekor kucing tanpa tuan ini turut menjadi mangsa akibat diracun. (Gambar sebelum kejadian)

"Bukan saya saja, jiran-jiran pun sayang kucing jalanan ini dan kami sama-sama beri makan. Terkejut apabila saya jumpa bangkai dua ekor. Kemudian pengawal keselamatan cakap dah tanam tiga ekor.

"Kemudian jiran lain pun beritahu kucing mereka mati. Padahal sehari sebelum kejadian, saya nampak kucing-kucing ini terlalu asyik makan di tempat sampah di depan rumah jiran berkenaan. Setakat ini semua sekali ada lapan ekor termasuk kucing liar dan kucing peliharaan mati keracunan," ujarnya.

Kali ini dia tak mengaku melakukannya dan cabar saya buat laporan polis.

ZULKIFLI

Tambahnya, apa yang membuatkan dia mencurigai jiran tersebut adalah disebabkan 'sejarah' yang berlaku beberapa tahun lalu, melibatkan kucing peliharaannya sendiri.

"Dia pernah racun kucing saya. Waktu itu kucing saya usik burungnya, dia datang rumah dan 'serang saya' dan kata one day you will know. Esoknya kucing saya lesu, berair mulut. Saya suspect diracun, saya confront dan dia mengaku.

kucing 2

Jabatan Perkhidmatan Veterinar hadir dan menggali semula untuk mengambil bangkai-bangkai kucing yang telah ditanam.

"Sebab itu apabila berlaku kes ini, saya petik kata-katanya dan confront dia. Saya kata 'you benci kucing dan you buat macam di Singapore. Saya akan ambil tindakan'. Tapi kali ini dia tak mengaku buat dan cabar saya buat laporan polis," dakwa lelaki berusia lingkungan 50an ini lagi.

Menurutnya sejak insiden tersebut, dia tidak membiarkan tujuh ekor kucing peliharaannya keluar rumah kerana bimbang menerima nasib yang sama.

komen kucing

Antara komen netizen yang turut mengecam tindakan individu yang menganiaya kucing-kucing di taman perumahan Zulkifli.

Tambah Zulkifli, buat masa ini pihaknya sudah membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar dan menunggu siasatan pihak berkenaan.

"Manusia punya akal fikiran. Kalau tak suka, biarkan saja atau confront pemiliknya. Jangan sesekali aniaya, ia hanya makhluk menumpang.

"Saya sendiri sanggup bawa kucing terbiar ini untuk dimandulkan. Saya pernah bawa kucing orang pergi klinik. Saya tak minta balasan pun kerana memang seorang pencinta kucing. Tolonglah, jangan aniaya haiwan," katanya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain