PECUT terus ke alam barzakh! Demikian reaksi seorang netizen berhubung rakaman tular memaparkan sebuah kereta sedang dipandu laju hingga membahayakan pengguna jalan raya lain. Menurut laman Twitter @My_CrimeWatch, rakaman itu dipercayai berlaku di sebuah jalan di Ulu Yam, Selangor. ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pergi kenduri tak kesampaian, 4 mangsa kemalangan meninggal di tempat kejadian ARTIKEL BERKAITAN: Kemalangan dua kereta sedan.. empat maut, seorang rentung "Ya jentera anda memang padu. Tetapi jalan raya bukan tempat untuk menguji kehebatan. "Mohon pihak berkuasa pantau jalan di Ulu Yam ini kerana ia sering jadi lokasi perlumbaan," tulis pengendali Twitter itu kepada lebih 64,000 pengikut. Rakaman berdurasi dua minit 20 saat yang dikongsi pada lewat malam Sabtu hingga kini meraih hampir 80,000 tontonan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Dalam pada itu, majoriti netizen turut mengecam tindakan pemandu itu yang dianggap membahayakan nyawa orang lain. "Kalau ditegur, dia kata kita tak faham hobi dia, dia kata kita tak mampu macam dia. Tapi benda mudah. Kau nak mati, kau mati seorang. Ini kau libatkan orang lain atas jalan. Kurang akal. "Double line tu. Memang jalan yang tak dibenarkan untuk potong memotong. Seriau apabila kita slow, depa ni yang hentam kita. Selain mengecam, ada netizen yang memuji kecekapan pemanduan individu tersebut. "Ulu Yam ni seronok lalu sebab tak sesak and sejuk je, tapi tu la... ada manusia tak bijak macam ni buatkan orang risau. "Dia laju-laju ni nak ke alam barzakh ke?" tulis beberapa pelayar Twitter. Bagaimanapun dalam kecaman, ada juga segelintir netizen turut memuji kecekapannya mengendalikan kenderaan yang dipercayai diubah suai itu. "Bakat tu ada, tapi tonjolkan la kat litar yang sebenar. Ni jalan raya, anda membahayakan nyawa orang lain juga. Buatnya bertembung, bakal ada yang kehilangan ahli keluarga. Tangkap layar video yang sedang tular di media sosial. "Ni baru power. Bukan bawa GTR kat highway lepastu berlagak. Saya tak sokong orang berlumba macam ni tapi kagum sikit skill dia. "Tengok cara bawa (kereta) dah tahu biasa dengan trek, dah hafal selok belok jalan memang padu tapi sayang still membahayakan nyawa orang lain. "Handling power gila. Syok tengok. Tempat tak kena," tulis beberapa individu lagi. Identiti sebenar pemandu serta waktu rakaman itu berlaku bagaimanapun tidak dinyatakan. Selain Twitter, rakaman itu turut tular menerusi laman Facebook. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI